Followers

Sunday, 12 February 2012

Cobaan 1 2 3 | Asam Pedas Ayam Nyonya Style

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Hari ni cabaran sungguh aih rasa. Kisahnya Nadh nak memasak tapi tengok dalam peti tu macam tak banyak bahan je, jadi segan la nak memasak, sebabnya Nadh tak rajin nak pergi kedai mencari bahan-bahan nak memasak. Tapi lain yang jadinya, banyak plak yang menggoda Nadh dengan makanan pagi ni.

Mula sekali Enchik Mikro dengan Laksanya. Lepas tu kakakecik pun sama juga, tunjuk kek marble dia. Lepas tu Humaira a.k.a kawan baik Ummi pula cakap Ummi suruh hantarkan laksa dekat Nadh ( memang rugi la Nadh ada kat KL kan? tapi nak buat macam mana, tak ada rezeki nak rasa kan?). Lepas tu akak sorang lagi plak dengan Puding Roti Nutella Berry dia. Mencabar sungguh pagi Ahad Nadh minggu ni. 

Tak ke sudah, lepas tingat enchik housemate sebut ada ayam dalam peti semalam, Nadh pun mula mengorak langkah. Tapi lepas beberapa ketika bertafakur mengingatkan apa ada dalam peti tu (punya la segan nak keluar p tengok sendiri apa ada kan? boleh plak la main ingat ja apa ada dalam peti tu) Nadh pun keluarlah mencari bahan-bahannya. Dan bawah ini hasilnya : 

" Asam Pedas Ayam Nyonya Style "


Bahan-Bahan. 
Ayam
Serai
Asam jawa - campur dalam air ye.
Cili giling
Daun limau purut
Garam / gula secukup rasa.
Air


Bahan-Bahan (Kisar halus)
Bawang besar
bawang putih
Halia
Lengkuas
Kunyit hidup
1 batang serai
Buah keras (1 biji setengah)

Cara-caranya :
1. Panaskan minyak lepas tu tumiskan bahan kisar halus kat atas ni. Lempar sekali serai sebatang yang dah diketuk-ketuk.
2. Lepas tu masukkan cili giling. Tumis sampai garing lepas tu masukkan ayam. Teruskan menggaul.
3. Agak ayam tu dah nampak kecut sikit, tuangkan air dan air asam jawa dalam tu.
4. Teruskan masak sampai nampak ayam dah masak. Letakkan garam dan gula secukup rasa.
5. Kacau sampai rasa ok. Lepas tu tutup api.
6. Hidangkan dan makan.

Selamat mencuba ye? ;)


Resepi asal dari belog tok guru kat SINI.

18 comments:

H.J said...

chef nadh..haha

Sarah Mohd Saleh said...

amboisdpnyaaa bg lahh sini sketttt

elly.s said...

thanks 4 sharing chef...tengah cari2 selera malaysia nih..terjumpa yg ini...yuk mau buat dooong..

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

wahh chef nadh dah tunjuk cara nak buat.lempar2 je rupanya. nyum3..membuat air liur akak tak tertahan ni..haha

missina said...

wow,,nampak sedap la,,nyumnyum

Iffah Afeefah said...

hebat jiran hebat

Sunah Sakura said...

pehhh..untunglaaa~~~

ina_noorlina♥ mY oWn LiL StoRy ♥ said...

sodap ni :) hihik

Rozuan Ismail said...

sedapnya nadh!!

CekbOlat-bOlat said...

wahh2... sddapnyeee

yad'z said...

wahhh.. nyummmyyyy~ =)

Suhaili Sarif said...

hambooiiiiiiiiii..untungla org tu...

mizzkechique said...

nmpk sedap!!!

mas saari said...

sedap2! boleh cuba ni...
akak pun semalam cubaan pertama masak kari...heheheee

Munnafendy said...

wahh selalu makan asam pedas dgn ikan je, ni dgn ayam =)

Yumida said...

sedap nyer...klo beli asam pedas paste yg dh sedia ade tu ok jugak kan...ringkas....

jahajahatable said...

cam sedap je

Nong Andy said...

wah... sungguh nampak menarik. meleleh air liur di buatnya. tak boleh jadik nih! :)

Buta+Pekak+Bisu=CINTA