Followers

Sunday, 26 February 2012

Resam bersahabat

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Baru jap tadi sorang sahabat SMS Nadh. Katanya tetiba plak teringat dekat Nadh. Setelah agak lama juga menyepikan diri, malam ni berhubung semula.

Ni antaranya kawan yang lama juga dengan Nadh. Dan antara persahabatan lain dari lagi sebab kami kenal semenjak Nadh habis sekolah melalui seorang kawan juga la. Masuk tahun ni ingat dekat 9 tahun dah kenal. Dari lepas sekolah, sambung belajar, sampailah dah ke alam pekerjaan. Dan kami tak pernah jumpa, hanya melalui SMS , email dan call ja.

Bila dah nama bersahabat ni kan, mesti la ada sesi sharing kan? Orang kata jauh tapi susah senang ka tak lupa pada sahabatnya. Hari tu masa dia hubungi Nadh dia bagitahu ibu dia meninggal. Dia memang sedih la masa tu. Setahu Nadh dia ni anak bongsu. So dapat rasa la cmne rasa kehilangan tu.

Rasanya okeh ja kan kalau dah nama bersahabat. Tak kiralah takat mana perkenalan tu. Tak semestinya tak pernah jumpa, tak boleh bersahabat kan?

Bak kata boss :
" Tidak sempurna iman seseorang itu, sehinggalah dia mengasihi saudaranya, seperti mana dia mengasihi dirinya sendiri." (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

Betul kan?
Published with Blogger-droid v1.6.9

7 comments:

H.J said...

betul sangat la tu nadh..haha

Dalila said...

Sahabat sejati ;D

kay_are said...

betul2.. tak kesah r tinggal jauh mane pun.. kawan tetap kawan.. yang blogger pun bukan pernah jumpe tapi kawan gak kan.. =)

Iffah Afeefah said...

Hurmmm sahabat tak smstinye bersua muka

Suke y tu

Eza Boom Boom said...

sahabat tetap sahabat. Takziah kepada sahabat awak yang baru kehilangan insan tersayangnya..

mas saari said...

memang seronok kalau jumpa semula sahabat2 lama...

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

sayang menyayang amat dituntut dlm islam.jgn sesekali kita membenci insan lain-peringatan buat diri sendiri.

Buta+Pekak+Bisu=CINTA