Followers

Wednesday, 1 February 2012

Review | Belog Cik Chenta

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Semalam masa Nadh menjawab komen-komen tu, terjumpa satu komen ni. Lepas tu, Nadh pun terus belek-belek belog dia. Dia ni bukan blogger baru sebenarnya, tapi dia pernah stop satu masa dulu sebab kesempitan masa dan kekeringan idea katanya. Tapi kini dia kembali.
Meh Nadh nak kenaikan, Cik Chenta.
To be honest, tak banyak yang dapat Nadh belajar dari tuan punya belog ni sebab tak banyak info mengenai diri dia dalam tu. Yang Nadh dapat tengok, Belog dia kemas sangat. Dengan warna yang tak menyakitkan mata, gadget merapu yang entah apa-apa, buat belog dia nampak simple sangat. Tapi yang Nadh pasti kan, kata-kata dia, quote dia memang superb. Salah satunya yang ni. :
Dunia blog adalah sangat indah. Kerana setiap titik bicara terletak pada jari kita. Mungkin kelainan pada blog kini berbeza pada blog dulu. Tapi siapalah kita untuk mengubah sifat semulajadi yang tertanam dalam diri sejak azali. 
Nadh rasa setuju sangat dengan apa yang dia kata tu. Beza zaman sekarang tak bererti kita dah lapuk kan? itulah dia antara nya yang dikongsikan dalam entry sulung dia dalam belog http://cikchenta.blogspot.com/. Baca quote dia ni, Nadh rasa kan, dia ni adalah seorang yang begitu suka menulis.

Godek-godek lagi, jumpa lagi satu.
Masalah kita hadapi sekarang ni tak sesukar macam dulu. Banyak lagi dugaan yang Allah nak kasi kat kita. Rasulullah lagi hebat dugaan dia, macam mana dia pada mula seorang diri nk sebarkan agama Islam. Macam mana nak buat orang percaya? Susah kan?
Ini quote yang Nadh jumpa dalam entry blogger tu..Wowwwwwwww.. Quote tu sangat dalam tu. Buat para-para yang berfikir, kenapa mereka diuji teruk sangat, tak pernah sunyi dari dugaan, rasanya itu cukup untuk basuh minda tu dari berfikir yang bukan-bukan.

Best kan cara blogger ini berfikir? Meh kita berkenalan dengan dia nak? 


P/s : Nadh ucapkan selamat kembali pada dia. Selamat menceriakan dunia ni dengan perkongsian-perkongsian menarik, moga-moga semua mendapat manfaat darinya. ;)

1 comment:

Cik Chenta said...

waaaaaaaaaaaaaaaaaaa.....hahahahaha....1st time kena review.... hahahaha....

u know me nadh... ^_^ sila check msg fb...

Buta+Pekak+Bisu=CINTA