Followers

Wednesday, 29 February 2012

Besarnya satu penghargaan

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Semalam Nadh sembang dengan boss. Dia cerita la pengalaman dia pergi ke negara-negara orang masa dia kerja kat satu company besar satu masa dulu. Seriously kagum dengar pengalaman orang ni. Ye la, kita tak berpeluang kan? Kurang-kurang dari cerita ni dapat la kita ilmu sedikit kan tentang tempat tu. Dalam bebanyak yang dia cerita tu, Nadh tertarik nak share dengan readers tentang India. 

Katanya, masa dia memula dia sampai sana dulu. Dia tak ada lesen memandu. Oleh kerana itu, dia gaji seorang yang dia jumpa kat tepi jalan sebagai pemandu dia. Masa mula tu dia tanya la, kamu ada lesen tak? Kemudian dah sembang-sembang, baru dia tahu mamat tu siap ada degree in engineering tu. Gle kagum la. tukang juai menda jahitan kat jalan ja tu. Punya la susah dia ni, sampaikan boss Nadh kata, rumah dia tu kan, macam setinggan tu, tapi kat tempat macam parit tu, tempat laluan air busuk. Lepas tu plak, rumah berlantaikan tanah ja. Kat sana lah Mak dia tidur.

Lepas tu boss Nadh cerita, lepas tu dia kasi la kat mamat ni kerja. Gaji dia bagi kat orang tu tak silap dalam RM10 sehari la kalau ikut duit kita. Dia tak tahu, rupanya kan, gaji tukang pandu macam ni hanya dalam RM2 ja kat sana sehari. tapi tak apalah katanya, memandangkan elaun dia banyak juga masa tu. Lepas tu dia gtau la dekat mamat tu, esok pagi, kita jumpa kat tempat sekian-sekian. Pastu pagi tu masa Boss Nadh bangun dia tanya la dekat kat orang hotel tu, kata depa, dia dah tunggu sana dari semalam tak silap. Kira-kira 10 jam kat situ. Bayangkan la dia tunggu tu punya la lama. Tapi dia tak dibenarkan masuk hotel sebab dia selekeh, kiranya tak standard la dia pakai tu. 

Esoknya, boss Nadh ajak dia p shopping complex dlu mula-mula. Sampai kat sana, dia shopping la baju kat mamat tu. bagi elok sikit. Ceritanya, mamat tu berlinang air mata. Lepas tu pergi kedai lain plak, beli enpom plak. Nangis lagi mamat tu kata Boss Nadh. Boss Nadh kata, dia tak sangka, tak terbayangkan pun akan dapat macam tu. 

Pada masa tu boss Nadh kata, kat sana ada rusuhan tau. Boss Nadh kata, dia punya la jaga boss Nadh. dia peluk boss Nadh tak lepas. takut boss Nadh diapa-apakan. Punya la dia jaga boss Nadh. Kata boss Nadh, kalau kata masa tu ada orang nak takek boss Nadh dengan parang, dia pasti akan jadi benteng, biar yang mati tu dia, bukan Boss Nadh. nak jadi pape kat boss Nadh pun selepas dia mati mempertahankan. Ada juga sekali tu dia marah kat orang kedai sebab masa boss Nadh panggil nak order orang tu tak datang-datang. Jenuh boss Nadh nak gtau dia jangan wat macam tu.  Yang lawaknya, boss Nadh kata dia tu dah anggap macam dia ni hamba boss Nadh tau. Padahal kan, Boss Nadh tak la anggap macam tu, just anggap macam pekerja biasa ja tau. Tapi dia tu punya la pegang menda tu. 

Bayangkan la, satu hari tu, boss Nadh ajak dia tidur hotel sesama. Dia tak mahu, katanya dia nak tunggu dalam kereta saja, tapi boss Nadh paksa juga, dan akhirnya dia ikt ja. Tahu dia lena kat mana? Dia tidur kat depan pintu masuk tu. Bila Boss Nadh ajak dia mai tidur sekali atas katil, katil ni kan besar, dia tak mahu, dia berkeras sangat-sangat. Rupanya dia anggap , kalau dia tidur sekali kat atas katil tu, macam dia menghina tuan dia. Dia dan boss tak standard. tu la pada pemikiran dia. 

Ending dia, last sebelum boss Nadh tinggalkan India, dia dapat kerja kat sana lepas kena promote ng boss Nadh. Jadi engineer juga dia akhirnya. Gaji pun boleh tahan. Akhirnya hidup dia pun berubah. Sampai ke tahap jadi Project Manager kat sana. Punya la dia berterima kasih kat boss Nadh. sampai sekarang pun berhubung, melalui email. 

Apa yang Nadh tertarik nak kongsikan adalah, macam mana dia punya lah menghormati boss Nadh, bukan sebagai tuan dia, tapi macam mana hormatnya dia pada orang yang berbudi kepadanya. Macam kita ni, adakah kita begitu hormatkan orang macam mana dia buat?

Lagi satu adalah, macam mana orang yang susah itu menghargai hidup. 10 jam tunggu kat luar untuk kerja, appreciate apa yang dia dapat, kerja sampai capai yang terbaik, iaitu kerja sungguh-sungguh, lagi pertahankan orang dengan nyawa sendiri, Adakah kita mampu?

4 comments:

.........cP~ said...

Sesetengah orang tu bila dah berjaya terus lupa dah orang yang tolong dulu. Malu nak mengaku dulu kerja macam tu.

kiera'sakura said...

terinspirasi :)

Eza Boom Boom said...

Fuh, bermakna entry kali ni. Eza tak penah jumpa lagi orang appreciate Eza macam gitu. P, Eza selalu appreciate orang yang baik ngan eza. Alhamdulillah, orang kat entry awak tu dah dapat jadi engineer dah. Rezeki dia.

Kagum la dengan nilai yang ada kat diri dia. Tak banyak yang ada value macam tu. kan? kan?

Iffah Afeefah said...

masyaallah bagusnya org tu

Buta+Pekak+Bisu=CINTA