Followers

Monday, 20 February 2012

Movie | Ghost Rider 2 : Spirit of Vengeance

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Umm, semalam lepas Nadh memasak, lepas makan terus housmate Nadh ajak keluar. Mula tu ingat tak jadi nak pergi, tapi dia nak juga-juga pergi, so Nadh pun siap. Tu pun jenuh kena berleter sebab tak solat lagi. Terus Nadh kata,
 "ellow, tadi kan saya dok kat dapur dok memasak, amboihhh makan dah kenyang dah kata kat saya plak. "

Dipendekkan cerita tu pergi juga la jenguk cerita tu. Cerita apa lagi kalau bkan cerita kepala terbakaQ, rambut api, moto api, bersenjatakan rantai besi panjang kan.

Ghost Rider 2 : Spirit of Vengeance

Sinopsis cerita :
Kali ni Johnny Blaze kena selamatkan Danny anak setan dari ditangkap oleh setan besar sebab nak tukaQ badan dengan budak kecik tu supaya dia jadi lagi kuat. Dan yang menariknya masa ni dia dah tak ada kuasa sebab dia dah berjaya ubatkan diri dia dari kuasa antu api tu.

Banyak babak lawak kali ini, Nadh tergelak sangat tengok masa babak flamethrower tu. Tambah nak tergelak masa pacik setan tu cerita dekat Danny macam mana muka dia boleh jadi buruk, elok dia sebut flamethrower, dah tergelak Danny.

Paling Nadh suka la, walaupun sangat merepek kan, Nadh sangat suka masa Antu api ni boleh takeover crane dan tukaQ jadi crane api. Lori askar jadi Lori Api. Gle Coooooll~~~ 

P la tengok. Tak rugi rasanya. :D

Rate Nadh - 3/5.

5 comments:

azam said...

katanya sedikit mengecewakan.....

mungkin more nak buat kepada 3D nyer movie

mas saari said...

tengok jugak ye! tapi memang seronoklah sebab banyak babak lawak kan?

CekbOlat-bOlat said...

blogger saiazuan ckp xbest.. -_-

Rozuan Ismail said...

seriesly best? kawan ckp x best. bgantung pada masing2 kot

Suhaili Sarif said...

housemate sy pn sibuk nk tgk
mcm klaka je cite ni dr gaya nadh review
hehe

Buta+Pekak+Bisu=CINTA