Followers

Monday, 26 December 2011

Bercinta dengan Rupa

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca. 

Nadh rasa sangat letih ni, seharian di luar hari ni menyelesaikan kerja sikit. Lepas tu, da balik, lepas mandi, rasa badan sangat segar dan lepas tu mula la rasa mengantuk. Tapi yang anehnya, mengantuk tu tak dapat nak lawan rasa nak menaip Nadh ni. Dah nak terjelepok tadi atas lantai, tapi entah napa, bila tengok lappy tak dapat nak lawan ghairahnya rasa nak menaip malam ni, tapi heran jugak, sebab nak menaip tapi apa nak dijadikan bahan pun tak tau. 

Yang bestnya, ALLAH ni sangat sayang pada kita kan.? Lepas Nadh habis solat tadi, ALLAH beri ilham untuk Nadh kongsikan malam ni, iaitu Bercinta dengan Rupa. 

Tadi masa nadh kat bawah dengan Mama, ada cerita Cave of The Golden Roses. Dalam tajuk malam ni, Romualdo tukar jadi rupa buruk yang betoi-betoi buruk ni, macam golem la, jadi dia rasa malu nak bersama dengan Fantaghiro. Lepas tu dia pun lari dan uji Fantaghiro, adakah dia tu betoi-betoi cintakan dia.
Kisah mengenai cinta dan rupa. Dan Nadh panjangkan kepada persoalan buat yang membaca. Adakah cinta kita hari ini kerana rupa? Kerana satu masa kita melihatnya, kemudian bak kata orang Melayu dulu-dulu 'dari mata jatuh ke hati', dari hati lahirlah satu perasaan yang dipanggil Cinta. Cinta yang bermula dari mata, kemudian turun beralih ke hati dan akhirnya bertapak dalam jiwa seterusnya bermula langkah awal mendekati untuk memiliki.

Dan sekiranya jawapannya adalah YA. Adakah sekarang ianya masih bertaut hanya kerana rupa? dan bukannya hati sudah mengambil alih peranan rupa dan mencintai dia kerana dia adalah dia, yang mana bila dia 'berubah' rupa, kita akan masih setia dan menemani dia hingga dia sudah melelapkan mata buat selamanya. 

Suka Nadh nak kaitkan dengan cantik menarik segak, lawa, comei, kacak, bergaya, dan segala berkaitan dengan rupa dan pandangan. Bermakna kita mencintainya dengan sebab. Dan satu hari nanti, bila tiada lagi sebab yang tinggal maka tiada lagilah cinta yang tinggal untuknya. 

Contohnya ya, ada beberapa sebab mengapa dia yang menjadi pilihan kita.

1. Rupa - Kacak bergaya, hensem, cantik. - Sekarang memang la dia paling cantik, emsemm bagi kita, tah tetiba jumpa yang lagi emsemm cantik, dia kena tinggal tak? Ye lah kan, dulu emsemm dan selim, tapi sekarang, emsemm tapi ada specs tambahan, perut one pack, KITA SAYANG LAGI TAK?




2. Rupa - Maneh elok. Takkan la satu hari nanti, bila tiada lagi manehnya dia bakal dibuang kerana tiada lagi manis yang sememangnya menjadi penyedap mata kita?


3. Rupa - Putih Gebu. Nak jadi cerita, satu hari dia kena hempap dengan cat hitam, habis gelap tubuh dia sebab cat tu memang tak boleh nak tanggal lagi, adakah terus ON THE SPOT dia nak kita tinggalkan?



4. Rupa - Kulit Cekang elok. Adakah bla satu hari nanti si dia berkedut, tiada lagi rupa idaman sekarang, dianya bakal dilupakan?




Cuma beberapa contoh pada yang membaca. Lepas tu kita belek sat tubuh kita ni. Pastu kan, kita tengok CINTA ALLAH pada kita.

1. BILA KITA RASA KITA GEMUK- Cuba kita rujuk uncle gugel sat, dekat luar negara tu, ADA ORANG YANG LANGSUNG TAK MAKAN, adakah itu bererti ALLAH tak sayang kita?

2. BILA KITA RASA KITA GELAP - Cuba plak la kita belek channel pelajaran, ada satu info menarik : Sebenarnya orang gelap ni kurang risikonya pada kanser kulit.

3. BILA KITA RASA KITA KURUS SANGAT - kesiankan lah pada yang obesiti, pada si gemuk-gemuk yang mencari-cari kaedah menguruskan badan, dan kita bebel kerana kurus sangat kita ni, Bersyukur tak kita? 

Terlalu banyak untuk kita bualkan tentang RUPA dan Cinta. Akhir sekali, penutup bebelan Nadh malam ni adalah, bila kita terlalu membanding RUPA dan CINTA, pandanglah keistimewaan ALLAH pada semua dari kita, adakah si gemuk yang tak cantik tu TAK DIBERI AIR UNTUK DIMINUM? atau si gelap TIDAK DIBERI UDARA UNTUK BERNAFAS? Atau si cacat tidak diberikan REZEKI UNTUK HIDUPNYA?

Pendek kata KASIH SAYANG DAN KECINTAAN ALLAH tidak terbatas, malah buat semua, tanpa ada lebih dan kurangnya. Sama sahaja yang diberikan. Persoalan akhir sebelum Nadh meminta diri, 

" Cantik ka si dia tu bila Mengerbang rambutnya, cantik ka tu?"

" Handsome yang mendedahkan betisnya dan lututnya pada tatapan umum sedangkan itu AURAT, handsome ka? "

Tidak bergunalah "kelebihan" yang dikurniakan itu, bila mana kegunaannya adalah untuk DOSA.

"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal." (Al-Hujuraat : 49)

Akhir kata, RUPA YANG SEPATUTNYA DI PANDANG adalah HATI. :) Kerana itu ALLAH kata, TAKWA, sebab TAKWA tu adalah dari HATI. Bukan dari rupa tau! (tak ada pula sebut handsome, cantik, kacak, lawa, segak)

Renung-renungkan. :D

13 comments:

Rozuan Ismail said...

CINTA PADA RUPA TIDAK AKAN KEKAL LAMA KERANA KECANTIKAN ITU PUDAR BILA USIA MENJANGKAU TUA.

cinta pada Allah itu yang abadi, bersyukurlah jika kita dicipta sedemikian kerana masih ramai lagi yang lebih sengsara dariapda kita

AmirFX said...

Biasanya yang banyak membebel pasal gemuk dan kurus nie perempuan.. haha..

Iffah Afeefah said...

best sgt

IBU GEBU said...

ILMU & AMAL YANG MEMBEZAKAN INSAN... BUKAN RUPANYA

bila hati kita selalu dekat dengan Allah, kita dah tak perlukan pandangan mulia disisi manusia kerana lebih suka dipandang mulia disisi penciptanya

melainkan yang terlalu taksub dgn dunia akan merasa diri mereka tak cukup & tak sempurna dalam segala segi... ada sahaja yang tak puas hati...

wallahua'lam

anyway...thanks Nadh

aimie amalina said...

tq nanadh :)
semoga sesiapa mengenali kita menerima kita bukn kerana rupa, tetpi kerana hati..

Nur Ezzati said...

kebykkn org lelaki skrg pilih rupa drpd pilih hati ..

Sunah Sakura said...

yang penting sihat... :)

FasiHaH SupiaN said...

Tak slh melihat rupa kerana Rasulullah pun kata cari pasangan atas kecantikannya keturunannya hartanya dan paling penting agamanya.... Kan..tapi betullah hati tu penting.. :)

Bru wat post sal ni gak..

Raisya Haris said...

Hmm~ Adik tak mahu dah rungut-rungut yang adik ni pendek dan kurus, biar je lah. Allah SWT sayang adik. heeee~ :)

oli-go said...

tapi kebanyakannya skang ni mmg mencari yang cantik paras rupa =(

kiera'sakura said...

bila ade yg bertanya "kenapa kau suka dia?"

lidah kelu nk menjawab...

itu maknanya cinta tanpa sebab... :)

BeloG MTT said...

Kalau cinta pada paras rupa tu memang tak kemana lah. Habes nanti kalau dah berumur,nak cari yang bergetah juga? Yer tak? -.-'

azwa amani said...

like emtry ni nadh...

Buta+Pekak+Bisu=CINTA