Followers

Tuesday, 20 December 2011

Parut-parut cinta

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Minggu lepas kalau readers perasan Nadh hampir hilang terus. Kesibukan melampau. Nadh x dapat nk jenguk sayang Nadh ni kerap kerap, sian dia x sempat nk sembang.

Dalam berjumpa sanak sedara tu, jadi perhatian juga masa mcik Nadh belek muka ni. Parut da mkin kurang. Lepas tu bila sebut parut dibadan, dia bising la. Sebab Nadh x letak ubat. Tau apa dia kata?

"sebab kat badan kan? Orang x nampak, tu x kisah tu kan? Cer kalau kt muka?"

Lepas balik, Nadh balik n check, memang betul la. Makin x cntik badan ni jadinya. Byk sgt bintat. Betul kata mcik tu, parut masa muda ni senang nk baik, bila da lama lama susah sikit, tapi insyALLAH ok la.

Kaitkan dengan kehidupan kita jap, bab parut juga ya. Tapi parut hasil sakit hati kita dengan masyarakat keliling, dalam cinta maybe? Sama juga la konsepnya HARUSLAH secepat mungkin diubati, kerana takut kesannya akan terbawa ke masa depan.

Nadh ambil contoh, bila dikecewakan, diri terbawa-bawa dengan sejarah untuk menghukum kaum sejenis, sedangkan mungkin masa tu ada alasan tepat untuk kejadian tu. Walau sejahat mana pun dia, bukan alasan untuk disimpan dendam dan dibiarkan parut itu kekal di hati.

Bukankah kita telah sedia maklum yang 'kita tidak disatukan dengan cinta kita tapi bersama dengan jodoh kita'. Alasan paling baik untuk diamal sebagai penawar duka, pengubat lara kita.

Ditambah lagi dengan hujah ni,
"boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik untukmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk untukmu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak tahu." (Surah. Al Baqarah : 216)

Dan jelaslah sudah kan, yang kita sebenarnyalah yang berlaku zalim pada diri sendiri dengan mengejar yang 'bukan milik'. Sedang sudahpun tersedia seseorang buat kita.

Terlintas kah untuk bercinta sedang belum tiba masanya? Fikir-fikirkan.
Published with Blogger-droid v1.7.4

7 comments:

Raisya Haris said...

Kenapa badan abang Nadh ada parut? o.O

aimie amalina said...

sgt mndalam
betol2 tu nadh :))

kiera'sakura said...

sesungguhnya Dia lebih tau sape yg terbaik buat kita... :)

AmirFX said...

Bercinta selepas kahwin pun ok gak.. haha..:D

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

ubati parut kat badan tu nadh..nnt pasangan adik tgk tak cantik..hehe.parut apa tu?


mengejar cinta yg bkn milik kita itu sgt parah

Iffah Afeefah said...

skng blom tlintas lg

fRaMe+LenSeS said...

Raisya :: panjang ceritanyaaa.. :P

Aimie :: kan mimie kan? :D

Amir :: nak jugak macam tu.. tak sabar plak rasa. opss. :P

kak Lydia :: ehehe. pasti kak. tgh usahakan. :D

Iffah :: nt terlintas la tu. :P

Buta+Pekak+Bisu=CINTA