Followers

Thursday, 1 December 2011

Ingat Nak, Bila Kamu Tidak Sholat. Diakhirat Ibu Akan Disiksa.

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Air matanya mengalir teringat pesan ibunda tercinta, 
"Ingat Nak, Bila Kamu Tidak Sholat. Diakhirat Ibu Akan Disiksa."
Disaat kenyataan pahit menghempas hidupnya. Usahanya dibidang pertanian dan makanan, gagal kerana faktor alam yang membuatnya mengalami kerugian. Disaat itu dirinya benar-benar dirasakan di bawah, bila dihitung antara aset dan hutang, lebih banyak hutangnya.

Sejak peristiwa itu, diri seakan dipukul dengan ujian dan akhirnya jatuh sakit. Perniagaan yang telah dibinanya hampir tutup dan sakit yang dideritainya telah menyedarkan diri yang sehebat mana manusia merancang akhirnya ALLAH jugalah yang menentukan. Dalam hatinya menjerit. 'Ya Allah, apa yang salah dariku? Perusahaanku hampir hancur, malah Engkau berikan aku sakit?' Air matanya mengalir. Ditengah istri dan anak-anaknya tertidur lelap. Tak kuasa menahan perih dihatinya. Terasa begitu sakit yang luar biasa dideritanya.

Dalam kesendirian dirinya merenung, selama ini betapa dirinya telah jauh dari Allah. Keyakinan terhadap diri sendiri telah membuatnya mengabaikan peranan ALLAH dalam usahanya. Ibadat seperti solat, zakat, puasa dan sedekah tidak pernah dilakukannya. Teringat pesanan arwah ibu tercinta, "Ingat Nak Bila Kamu Tiada sholat. Diakhirat Ibu Akan Disiksa, karena kamu tidak pernah berdoa untuk Ibu. ''.

Baju basah tergenang air mata kerinduan kepada sepeninggalan. Telah sekian tahun BERLALU, solat tidak pernah dikerjakan, tenggelam dalam mengejar impian. Tergambar Jelas begitu menggebu-Gebu Dirinya, siang malam bekerja merintis usahanya. Istri dan anak-anaknya Sebaliknya telah kehilangan Dirinya sebagai Suami dan ayat yang baik. 'Ampunilah hambaMu ini, Ya Allah ..' Ucapnya lirih tak terdengar. Cubitan Allah itu telah menyedarkannya segera Bangkit. 

Dari kisah diatas, apa yang dapat kita simpulkan adalah, solat, yang menjadi jalan kepada doa-doa kita. Mungkin sesetengah memandangnya enteng, tapi kepentingan nya disebutkan Rasulullah dalam sabdanya, Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya amalan pertama seseorang hamba yang dihisab pada hari kiamat ialah solatnya."  ( Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi )

Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah S.A.W. telah bersabda : "Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan tiga macam :
1. Sedekah yang berjalan terus (Sedekah Amal Jariah)
2. Ilmu yang berguna dan diamalkan.
3. Anak yang soleh yang mendoakan baik baginya. 

Jelas di atas betapa pentingnya peranan solat, doa dan menjadi anak yang Soleh demi untuk kesejahteraan kedua ibu dan ayah di sana. 
Logiknya, dari mereka kita datang, kerana mereka lah kita dilahirkan, dan mereka yang bertanggungjawap mewarnakan kain putih (iaitu kita) sedari kita kecil hingga tiba masa kita sendiri yang memilih jalan hidup kita. Jadi berhati-hatilah dalam hidup.

7 comments:

Anum said...

renungan yang baik

AmirFX said...

Berhati2 jugak dijalanraya...

Rozuan Ismail said...

thanks sebab ingatkan.sola itu tiang agama

Iffah Afeefah said...

mekasih atas ingatan

Raisya Haris said...

Solat itu tiang agama, terima kasih sebab ingatkan abang nadh. :)

deen azmee said...

nice entri nadh.. maceh :)

mas saari said...

banyak akak baca entri pasal solat hari ni... nampaknya kita masih belum benar2 menjaga solat kita kan?

akak harap moga solat akak terpelihara!!

Buta+Pekak+Bisu=CINTA