Followers

Saturday, 10 December 2011

Bila Tunang

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Semalam Nadh cakap pasal tunang, hari ni meh nak berseloka plak pasal ni. Buat yang dah OTW tu, selamat la ye. Pada yang dah tawen tu, tahniah juga. Moga-moga kekal ke taman-taman syurga.

Bila tunang
Orang kata selangkah ke alam kahwin
Dari single jadi double kan
Dari sorang sudah berteman
Dah tak boleh njoy kena menyimpan

Bila tunang
Kata orang da selangkah milik
Tapi bagai ditilik
Masa depan bukan kita punya milik
Tapi punya Dia Ya Khalik

Bila tunang
Selangkah sudah, tapi belum sah lagi
Bukan setangan memegang sana sini
Memeluk sakan tak kira kanan n kiri
Konon berpaksi wo ai ni
Dosa tau x suma ni?

Bila tunang
Ada pantang larang
Bukan apa, belum milik tau abang
Moto pun belum sain belum boleh pegang
Apakan lagi nak menunggang

Bila tunang
Diri kenalah berani
Perbaiki diri
Bukan sengaja gatai nak berbini
Tapi mencari cinta hakiki
Dia disini,
Mudah mudahan kesana sekali

Pesanan buat semua. Baik jadikan pedoman. Salah sila betulkan saya ya? ;)
Published with Blogger-droid v1.7.4

11 comments:

Подтверждаю said...

as salam..
alhamdulillah..teruskan usaha! ;)
ni dah babnayak keluar entri pasai nikah kawen ni..bila lagi nadh dengan iffah?

hohoho~
bila dah bertunang, selangkah menanggung beban amal perbuatan yang lebih berat.huhu..dah nikah, terjadi dayus..hAA...

wallahua'lam..

AmirFX said...

Insyaallah semoga semua mendapat berkat dari apa yang disampaikan... Cehhh.. Ayat macam ustad pilhan... haha... Nway, thanks for sharing..

Munnafendy said...

heee suka tang 'belum sain' haha

Iffah Afeefah said...

nadh payah ni
nak komen ape tatau

sebab dok bace komen pakcik
lekas2 la tunang
takdela org slh paham

xgitu?

Rozuan Ismail said...

wah,wat sendiri ke.kreatif.betollah tunang bukan pas tiket untuk sentuh sana sini

Gen2Merah said...

woww... cantik susunan ayat ni.. keep it up...

Insya Allah, buat mereka yang bertunang, moga berkekalan sehingga ke gerbang ke perkahwinan dan sehigga ke pneghujung nyawa hendaknya

aisha said...

hehe. sweet. betul tu :)

mas saari said...

masing2 kena pandai jaga batas pergaulan kan? tepuk dada tanya hati sendiri..

sea_lavender said...

nice =)
erm bertunang bkn blh menghalalkn sgala2nya~

kiera'sakura said...

hahaha...trus tergelak bce komen pakcik kt ats tue...hihihi :p

Eza Boom Boom :) said...

sweet la, hehe. .. cepat-cepat la nikah :)

Buta+Pekak+Bisu=CINTA