Followers

Sunday, 11 December 2011

Semua telan serupa ja kan?

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

My Lovely Sis dah sampai Penang. Alhamdulillah. Baru ja dia SMS Nadh. Rasa lega juga. Kalau tak tadi risau juga kenangkan perjalanan dia tu. Macam nak ikut balik pun ada juga la. Sebab macam tak harap la kononnya. Risaukan dia. Lepas tu fikir punya fikir punya fikir. Dia pun dengan kawan-kawan kan? InsyALLAH tak apa la. 

Sebenarnya kan, dalam kehidupan kita ni, kita senantiasa akan dirundung keresahan, kerisauan dan macam-macam lagi, kekadang apa yang datang (perasaan tu) , halang kita untuk buat sesuatu. Contohnya, kita nak masak, lepas tu, dalam fikiran dok fikir, kang kalau kita masak, tak sedap la, tak menjadi la, apa la. Macam-macam dalam fikiran tu.

Akhir sekali, Sebab kita rasa tak jadi, dan dengan risiko-risiko yang kita 'cipta' tadi, kita pun tak buat apa yang kita nak buat tu. 

Dalam hidup, kita kena bersedia nak hadapi situasi mendatang ni. Alasan semua tu hanya mendatangkan TIDAK kepada tindakan kita. Macam Nadh selalu sebutkan kepada orang, "penghalang terbesar kita adalah diri kita sendiri". Sebabnya, macam kes ni, kita tak buat, sebab ada konflik dalam hati kita yang halang kita dari bertindak. Sedangkan, kita tak buat lagi. Mana tahu gagal kan? Itu yang Nadh maksudkan dengan diri sendiri. Kita sendiri dan tak babitkan orang lagi ni.

" Slurppppp " by Funmaafia

Cer kita negative kan dalam hati, nak makan, nanti takut tak tertelan. Agak-agak ada ka orang nak buat macam tu? Semua telan serupa ja kan?

5 comments:

H.J said...

ye ye,,betul tu..penghalang yang paling besar adalah diri kita sendiri..

Nur Ezzati said...

suke entri nyh =)

AmirFX said...

Nak gak cuba negatifkan diri untuk makan.. Namun tetap makan.. haha..

Iffah Afeefah said...

sy tak mau jd negatif

erk tetibe

mas saari said...

manusia memang suka berfikiran negatif... nak positif tu susah!

Buta+Pekak+Bisu=CINTA