Followers

Saturday, 24 December 2011

Besar periuk, banyaklah keraknya

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Tersebutlah kisah, A iaitu seseorang itu bergaji 800, dia kata x cukup, sebab masa tu dia kena bayar rumah la, untuk makan la, untuk kiriman kepada keluargalah, banyak betul untuk dia guna. Kekadang dia buntu, ye lah kan, untuk diri x berapa cukup nak belanja sampai terpaksa pinjam dari kawan pula.

Satu hari, nk dijadikan cerita, si A yang rajin ini telah dinaikkan pangkat, dan sudah pasti gaji nya juga telah dinaikkan. Kalau dulu 800, tapi sekarang beserta dengan insentive dan elaun, dia telah mendapat 1200 sebulan.

Pada awalnya, A tersangat gembira, sebab kenaikan 400 bererti dia ada banyak duit lebih untuk disimpan memandangkan gaji sebelum ini hanyalah 'cukup makan'. Namun, lain pula yang terjadi, bukan kata semakin mewah, tapi hal yang sama masih berlaku, masih berlaku kesusutan wang buat A, dia masih lagi kurang wang bila tiba hujung bulan.

Setahun berlalu. A masih seorang yang sangat komited pada kerjanya, dan kali ini, sepertimana janji ALLAH, kita diblas dengan usaha yang kita buat, A dapat kenaikan gaji lagi. Sebanyak 300 lagi ditambah pada koceknya bila tiba hujung bulan. A tersangat gembira. Sekali lagi dia berpeluang untuk menyimpan.

Namun, sangkaannya meleset. Dia telahpun menjual motosikalnya untuk digantikan dengan kereta. Kali ini, habis sudah baki 300 yang sepatutnya disimpan itu, hendak diburukkan lagi keadaan, dia meminjam lagi 3000 buat habuan mengubahsuai keretanya.

Akhir bulan, dengan tangan yang memicit micit dahi, dia tertunduk dan mengomel,
"ruginya aku dah x ada motor, kalau dulu isi 5.00 cukup 3hari, tapi kini kena isi 10.00 sehari, campur toll dah 13.00 sehari ". A mula menyesal dengan tindak tanduknya.

Begitulah realitynya dalam masyarakat. Semua beranggapan gaji besar itu penjamin hidup senang, namun sebenarnya tiada yang perasan bahawa TIADA HUTANG itulah penjamin kesenangan hidup. Kemungkinan pada mereka 1000 itu kecil, tapi tanpa hutang 1000 itu juga nilai yang agak besar dibandingkan dengan 10000 dengan hutang 9000. Mungkin dari nilai baki itu sama, tapi yang nk ditekankan adalah 'nilai tanpa hutang' tu. Katakan satu hari jika keduanya tidak bernasib baik, dibuang kerja keduanya, si 1000,masih mampu hidup denamgan kerja baru bergaji 500, tapi si 10000 tak mungkin mampu hidup walau dengan 5000 kerana dia perlu 9000 untuk menutup mewah.

Mereka mungkin tidak mewah, tiada kereta vios, kondo 14 tingkat, tapi itu semua kan KEMAHUAN? Tak semestinya rumah pangsa biasa 44 tingkat n moto cub lampu bulat tu x hidup x boleh pergi kerja kan?

Semua merupakan pilihan kita. Sedang untuk makan pun dah dipesan "berhenti sebelum kenyang", inikan pula hidup dengan luas liputan yang lebih besar.

Apapun pilihan anda, Sama ada anda menambah kerak atau menTIADAkan kerak waktu berubah periuk besar, berada pada tangan anda. Pilihlah diantara KEHENDAK atau KEPERLUAN. Anda mampu mengubahnya! ;)
Published with Blogger-droid v1.7.4

5 comments:

Iffah Afeefah said...

Mnusia xkn pnh puas

skaye mne pon ttp de rase xckop kn

Munnafendy said...

kemahuan semata2..insyaAllah kalau kita mengekalkan cara hidup yg sama dan pndai mengagihkan pbelanjaan semua akan ok =)

Raisya Haris said...

Keperluan itu lebih penting dari kehendak, jangan layan sangat nafsu tu.

AmirFX said...

Ayat yang last abis tu macam iklan jalanraya la pulak.. haha.. "Anda mampu mengubahnya"

aimie amalina said...

betoool
sokong nannaaadhhh :))

kecil atau besar nilai gaji tu, akan jadi sama je kalau tidak pandai manage mana keperluan mana kehendak kan.

Buta+Pekak+Bisu=CINTA