Followers

Friday, 23 September 2011

Balasan surat itu.

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

awak.. awak.. awak...

saya tak pandai la nak menterharu menterharu ni.. 
tapi saya tahu.. 
hati, kalau kita sayang kita kena jaga.
hati kalau kita kasih kita kena ingatkan,
sebab peringatan tu tak datang selalu, tapi hasutan syaitan itu senantiasa ada.
syaitan tu kan awak, dia ada kawan, nama dia nafsu.
sebab tu kita kena senantiasa memperingatkan..

awakk...
awak nak tahu, ramai orang kata, 
kalau sayang kita kena sayang betul-betul,
tapi saya nak pesan, kalau sayang sila sayang yang disekeliling tu betul-betul
sebab yang ada disekeliling tu yang akan senantiasa menjaga awak..
saya tak ada. saya jauhhhh sangat...

awak...
ada setengah berpendapat, kalau sayang kita kena limpahkan dengan kasih sayang..
tapi saya tak berani..
sebab saya hamba, kasih sayang saya ini kekadang melalaikan.
jadi saya sarankan awak untuk menyayangi tiap kejadian yang ALLAH dah tentukan ni.
saya nak awak sayangkan apa yang awak ada.
Dan lebihkan sayang awak pada ALLAH, Rasulullah, kemudian Ibu dan Ayah
lagi adik beradik, sedara mara, kawan-kawan dan semua sekali yang ada bersama awak.

awakk..
saya ni tak ada apa pun. 
nak kata kaya, saya tak ada banyak wang,
nak kata miskin, tak ada pula saya sampai tak makan.
tapi kan awak..
saya yakin, rezeki ALLAH tu kan, dah ditentukan, 
yang penting, usaha.
sebab tu saya nak suruh awak, banyakkan usaha, 
kayakan diri dengan ilmu, 
lengkapkan jiwa dengan iman, 
sebab bila kita dekat dengan ALLAH, dia pun dekat dengan ALLAH,
orang yang ALLAH sayang kan awak, ALLAH senantiasa jaga tau..

awak..
bila dah bersama kan, orang selalu mengucapkan terima kasih kepada memasing
konon sebab memberi peluang kepada dia atas sebab hubungan tu,
tapi saya nak bagitau awak, 
jangan kita macam tu,
kita jangan terima kasih kepada kita, 
tapi terima kasih kepada ALLAH, dia dah kurniakan perasaan, 
dia dah kurniakan satu nikmat, tapi andai kita tak jaga dia tak jadi nikmat,
dia akan jadikan kita kufur .
oleh itu kan awak,
kita kena usaha, jaga diri sebaiknya. 

awak, 
saya nak bagitau, mulai sekarang,
kita akan jauhkan diri,
syaitan senantiasa menghasut,
nafsu senantiasa menyucuk,
manusia senantiasa mempengaruh,
jadi oleh itu, kita kena jaga, tiap apa yang kita ada,
agar ALLAH pula pelihara apa yang kita sayang ni.
moga-moga satu hari nanti, ianya diperkenankan dan disatukan.

saya tak pernah lupa apa awak bagitau saya. 
ALLAH akan menghukum mereka yang tidak endah kepada dosa di era Praperkahwinan, dengan hukuman perasaan. Perasaan syak wasangka dan sulit membina rasa percaya selepas berumah tangga.


"TIDAK MUNGKIN SYURGA DI AKHIRAT MENJADI HABUAN KITA,
ANDAI DUNIA BERSALUT NERAKA.

DUNIA LADANG AKHIRAT,
APA YANG DISEMAI PADA HIDUP SEMENTARA INI,
ITULAH TUAIAN DI AKHIRAT YANG KEKAL ABADI. "


yang baik itu dari ALLAH dan yang kurang itu dari saya. moga saya senantiasa akan ingat akan peringatan ALLAH agar saya dapat memberi peringatan pada yang lain.

6 comments:

Iffah Afeefah said...

Hurm tak terkata

fRaMe+LenSeS said...

apa yang tak terkatanya jiran?

kiera'sakura said...

insyaAllah awk... ;D

ijA said...

terima kasih di aats entri ini..

msredcheesecake said...

Macamana nak pastikan niat kita bercinta kerana Allah?

fRaMe+LenSeS said...

kiera :: yo lahhh.. :P

Ija :: sesama.. :D

Msred :: nak memastikan? bila cinta itu tidak melalaikan, bila cinta itu membawa diri kita lebih baik ingatan pada ALLAH, makin mendekati ALLAH..

Buta+Pekak+Bisu=CINTA