Followers

Wednesday, 7 September 2011

Nak puas hati dengan hidup kita, kita kena tengok hidup org lain

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Baru selesai tengok cita Semerah Cinta Stilletto. wahhhh.. (ati munga-munga jap ye. :p )
Tertarik dengan satu quote ni. (sebenarnya ada banyak. Tapi amek satu dulu la yekk)

"Kesempurnaan dalam hidup memang tak ada. Yang wujud cuma kebahagiaan. Yang penting saya rasa bahagia bila dengan awak.."

Ya, setuju sangat sebab memang tak akan wujud kesempurnaan dalam hidup selagi mana nafsu didalam diri. Sebabnya diri akan senantiasa membezakan dengan apa yang ada disekeliling. Bila yang bersama itu lebih dari kita, kita akan berasa sedikit tergugat, kemudian tercari-cari apa yang kita rasa kurang tu. (masa ni tak sempurna kononnya bagi kita.)

Nadh ambil 2 entiti sebagai contoh. 

1. Si Miskin. - Merasakan diri tak cukup sempurna sebab dia tiada KEKAYAAN. Ye la kan, nak beli itu tak mampu, nak beli ini TETAPI TAK MAMPU, sedang hati sedang membuak-buak akan kesenangan dunia. Terlalu banyak yang teridam namun hanya sekadar menjadi santapan mata dan minda sahaja. Bila melihat kocek, akhirnya terkecewalah hati kerana diri tak mampu memilikinya.

2. Si Kaya - merasakan miskin itu lebih baik. Sebab bila dia terlalu kaya, hidup tak semudah orang lain. Nak keluar takutkan si penculik. Nak tidur takutkan si perompak. Hidup sentiasa dalam ketakutan. Sedangkan ketika ini, yang dimahukan hanyalah satu KEBEBASAN. Akhirnya hampa kerana tak mampu berbuat apa-apa.


Namun, bila keduanya bertukar, masing-masing akan tersedar yang apa yang mereka mahukan itu sebenarnya tak semestinya sesempurna yang mereka mahukan. 

Si Miskin - "Susahnya hidup berprotokol. Aku nak makan kat warung pun dah tak boleh, macam mana nak makan roti canai kesukaan dan minum teh tarik mamak warung sedang hidup dengan golongan berkedudukan dan kaya raya. Jatuhlah air muka nanti.."

Si kaya - "Aduhh.. susahnya.. aku nak makan bila aku mahu, bukan makan bila aku mampu..kais pagi makan pagi, kais petang makan petang... Arghhhh.. "


Atau mungkin pada yang telah menerima kesempatan dengan sebaiknya..

Si Miskin - "Alhamdulillah.. Rupanya beginilah hidup dengan kekayaan. Aku bisa mendapat apa yang aku mahu sewenangnya, tapi aku rindukan hidup aku yang dulu. Walau aku senantiasa dengan susah, tapi ini sebenarnya aturan ALLAH agar aku senantiasa mengingatinya.." 

Si Kaya - "SubhanALLAH, aku suka benar hidup dalam keadaan bebas sebegini. Tapi baru aku sedar, kesenangan aku selama ini bukan untuk diri aku sendiri, tapi untuk aku kongsikan dengan yang kurang berkemampuan.. "

Akhirnya, keduanya akan sedar yang ALLAH tak jadikan segalanya dengan sia-sia. Kaya ka, miskin ka, masing-masing diberikan kebahagiaan yang tersendiri, dengan cara dan kaedah tersendiri. Pokoknya, kesyukuran itu penting. 


Note :: bak kata kisah tadi, "Nak puas hati dengan hidup kita, kita kena tengok hidup org lain."

5 comments:

aimie amalina said...

=]
pendek kate
bersyukurlah dgn tiap yg diberi kan?

msredcheesecake said...

kalau kita tahu bershukur insyaAllah walaupun tak sempurna tetap bahagia...

nadh, jom share macamana nak belajar bershukur walaupun ke atas sekecil2 nikmat sekalipun...

FasiHaH SupiaN said...

tiada siapa yang perfect...

Anum said...

good sharing

fRaMe+LenSeS said...

Aimie :: betul tu.. :D

Msred :: betul tu msred. nadh setuju.. :D ketidaksempurnaan tu pn atu kesempurnaan. :D umm nak share camna? msred wat entry ae?

Fasihah :: a'ah. mana ada yang sempurna?

Anum :: maceh kamu..

Buta+Pekak+Bisu=CINTA