Followers

Sunday, 25 September 2011

Gejala murtad. kenapa?

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Nadh dah 2 hari mengikuti laporan kes murtad di TV9. Dari apa yang dilaporkan, Nadh terpanggil untuk berkongsi sebab yang rasa Nadh punca berlaku perkara ni.

Punca UTAMA adalah kelemahan umat Islam tu sendiri. Kalau ada yang membaca entry Nadh semalam mengenai kekuatan kita mesti paham apa maksud Nadh.

Dari laporan hari ni mengatakan, dia makan babi bila mengikut cina dan terpengaruh bila dikatakan "boleh aihh nak makan, kan ke kalau dah darurat."

Laporan semalam pula dek kerana cinta, dia mengikut ke kuil n akhirnya dia juga turut sama menyembah berhala. Dan juga terpengaruh bila dikata "tuhan kamu tak nampak.". Nauzubillah tapi itulah reality kelemahan kita sang manusia yang menidakkan arahan Maha Pencipta untuk mengikut sahaja susunan perjalanan alam dengan garis panduan yang juga telah tersedia.

Jika dilihat dari dua contoh diatas, sebenarnya ia cuma contoh kecil dari ribuan kes murtad yang dilaporkan. Itu belum lagi diambil kira dari kes muallaf kembali ke agama asal. Alasan dia masih sama, KELEMAHAN UMAT ISLAM. Bukan Islam tau yang salah, tapi umat dia yang brtanggungjawap atas kes ni.

Kesalahan kita bila :
1. Hiburan melampau dan keterlaluan. Sebab tu bila panggil ustaz kita tak kenal. Ajak pergi ceramah agama, ada artis, penuh satu dewan. Kna plak ada konsert kan?

2. Tak pandai agama tak ada hal. Tapi kalau tak lulus SPM memang tak daya la. Sebab tu bila masuk Enginerring ka, medic kena straight A, tapi aliran agama E pun masih ok.

3. Agama, AL-Quran dipandang enteng. Yang penting mengaji sedap-sedap. Bukan kefahaman akan isinya. Sebab tu ramai bantah hukum hudud. Sebab tak faham isinya. Cuba tengok kat Mekah tu, slumber ja tokei kedai tinggal kedai bila datang waktu solat. Barang tak hilang. Kat sini cuba la tengok?

4. Kata-kata ulama ditutup para BIJAK PANDAI POLITICIAN YANG KONON PANDAI UGAMA. Sebab tu susah nak bertindak. Mudah betul mereka menidakkan tindakan ulama. Padahal yang dilakukan tu untuk jaga institusi Islam.

5. 1 Malaysia. Sebab tu jadi telur hilang. Tak berani nak komen hal bila kait dengan agama. Owhh ya saya lupa, jaga keharmonian kan? Sebab tu makin lama makin kena pijak. Dibodohkan. Sedang dalam Islam awal lagi dah termaktub dua golongan iaitu ahlu zimmi n ahlu harbi yang perlu dijaga n diperangi.

Sebenarnya banyak lagi. Tapi apa pun kita kena jaga diri sendiri n jaga kesedaran kita akan hal ini. Kita jaga yang patut n DIA akan tolong kita dari sana.

"bacalah apa y ang diwahyukan kepada mu iaitu kitab Al-Quran dan dirikanlah solat. Sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingati ALLAH adalah lebih besar keutamaannya dari ibadat-ibadat yang lain. " (Al-Ankabut : 45)

Note :: kita masih berdiam diri kan? Lalai dengan alam fana yang terlalu disogokkan dengan hiburan melampau. Dan mengabaikan yang sepatutnya terlebih jaga. Udah-udah la ye. Mari kembali martabatkan agama ALLAH ni.
Published with Blogger-droid v1.7.4

4 comments:

Niena Pengembara Ilahi said...

sbbtu kna masuk Islam secara menyeluruh, bukan separuh2... smuanya berasal dari hati.. kalau hati yg xsihat maka mudah lah kta terpengaruh... sy ada kwn yg plbagai agama... bukan nk kta iman sy ni kuat tpi kta kna pandai cntrol situasi.. bla rasa org nk hnyutkan kta sikit... cpat2 kta kejutkan hti kta... InsyaAllah mereka yg akan ikut kta :)

Iffah Afeefah said...

Hurm tula jiran

lemahnye kite

sng sgt nk berpaling

kiera'sakura said...

sbb tue Al-Quran tue kene bce, dan faham.. bila dh fham tau ape yg ptt dan x ptt di buat...

fRaMe+LenSeS said...

niena :: betul tu. tapi peranan orang yang disekeliling tu main peranan jugak. sebab sokongan tu peranan dia besar juga sebeanrnya.

iffah :: ummm T.T

kiera :: betul..

Buta+Pekak+Bisu=CINTA