Followers

Saturday, 10 September 2011

Putus Asa Sumber Derita

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Putus Asa Sumber Derita

Apabila seseorang merasa bahawa dirinya mendapat tekanan hingga tahap max yakni batasnya hingga timbul ketidaksanggupan untuk menghadapinya, maka semua yang ada dihadapannya menjadi hampa, dan dia merasa yang dilakukannya tiada perubahan apapun dan mula berputus asa. Putus asa adalah satu sifat buruk kita yang mana bila sudah ditimpakan dengan musibah, diri menjadi lemah, hilang ghairah untuk hidup, hilang ghairah untuk bekerja dan buat apa apa seharian. Perasaan sedih timbul, rasa bersalah, lambat berfikir dan ebrtindak dan menurunnya daya tahan tubuh, badan pun mudah untuk jatuh sakit kerana yang ada dalam fikiran hanyalah kekosongan seolah diri sedang dihimpit sehinggakan tiada peluang untuk mengenjak sekalipun. Begitulah hebatnya penangan putus asa apabila ianya sudah mula meracuni kehidupan kita.

''Manusia tidak jemu memohon kebaikan dan jika mereka ditimpa malapetaka dia menjadi putus asa dan putus harapan.'' (QS. Fushilat : 49).

Ada dua faktor yang menyebabkan keputusasaan. 
1. Kurang sedar akan fitrah manusia dan kebergantungan kepada ALLAH. Lantas menjadi keterlaluan berharap yang diusahakan akan menjadi dan berubah kepada kejayaan.
2. Jiwa yang kurang jitu ingatan dan kepercayaan kepada ALLAH. Lantas ujian yang datang dibaca sebagai satu per satu yang hadir demi menghancurkan diri, bukan sebagai satu proses peringatan yang ALLAH turunkan demi untuk melatih diri hambanya agar beriman dan kembali ke jalan Takwa.

Depressi ataupun tekanan luaran didalam kehidupan sehari-hari boleh memberikan impak positif bagi diri bila mana beberapa perkara dilakukan. 

1. Berhentilah untuk mengeluh, lakukanlah apa yang anda bisa lakukan
2.  Bersyukurlah dengan kehidupan anda yang sekarang
3. Memohonlah kepada pertolongan ALLAH dengan solat dan sabar. Maka hal ini akan memberikan ketahanan diri hinggakah walau seberat mana ujian yang datang, kegagalan dalam usaha, bisnes, karier dan perjuangan hidup tidak akan membuat anda berputus asa dalam menghadapi kehidupan. 

Ketakwaan kepada ALLAH itu bisa membuatkan diri anda kuat, dan "gagah" dalam menghadapi tekanan kehidupan sebesar apa pun sehingga bisa menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi.

''Barangsiapa bertakwa kepada Allah niscaya Allah menjadikan baginya kemudahan dalam segala urusannya.'' (QS. Ath-Thalaq : 4).

Note : Perlu sedar akan Kebergantungan kepada ALLAH. Sebab segala yang berlaku adalah dengan izinnya.. 


 
Edited from : Us. M. Agus Shafii



6 comments:

anGah said...

baru renovate umah eh.. tapi ada silau silau mata skit.. huhu baca tak puas..huhu.. sorry eh..

Rozuan Ismail said...

sebenarnya sebagai orang islam tak kan ada istilah putus asa kerana kita punya Allah SWT tempat memohon pertolongan dan perlindungan

Miss Nadya said...

tu lah...kita seharusnya bersyukur..kan2..:)

new entry :: Cik Anon Komen Muka Nad ツ

aimie amalina said...

sesungguhnyaa..
dugaaan dan ujian yg dtg menimpa kita menunjukkn Dia syg kita?
hmmm.kite kene berbangga dgn ini
walau berat asenye...
masih diberi peluang utk mnjadi pilihan Dia kan?

kiera'sakura said...

betol.. sentiasa ingt yg kita HAMBA yang sentiasa perlukan bantuan Allah s.w.t

fRaMe+LenSeS said...

Angah :: ehh tak la.. dok lagu tu ja.. tak ubah pape.

Rozuan :: toi tu kamu. Islam tade istilah putus asa. istilah tu hanya pada kapir laknatullah..

Miss Nadya :: ya betoi.. hehehe

Aimie :: indah sekali kata2 kamu tu.. tapi memang benar pn.. :D

Kiera :: ;)

Buta+Pekak+Bisu=CINTA