Followers

Tuesday, 6 September 2011

Si comei menyampaikan kisah

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.


Hati tengah berbunga ni, selepas sahaja menonton cerita CJ7. Kisah alien comei penuh suka duka dan pengajaran. Nadh tertarik dekat satu quote ni. 

"Saya nak jadi orang miskin. Ayah saya kata walaupun kita miskin, tetapi kita tak mencuri, kita tak menipu, kita pasti dihormati dan disayangi. "
Menarik sekali apa yang dipaparkan. quote atas ni buat Nadh terkedu sendiri setelah memandang apa yang berlaku dalam masyarakat kita. Masing-masing terlalu sangat mengejar kekayaan, kemewahan, hinggakan perkara-perkara wajib yang sepatutnya diberikan perhatian lebih di kesampingkan begitu sahaja. Contoh terbaik adalah, ANAK. 

Jika dilihat kepada permasalahan anak-anak zaman sekarang adalah kerana, tiada atau kurangnya perhatian dan kasih sayang dari ibu dan ayah. Dan atas sebab itulah jiwa mereka memberontak, kerana jiwa yang dahagakan perhatian, dan akhir sekali, setelah silapnya pilihan dibuat, maka beranak-ranaklah masalah-masalah sosial berkaitan belia kita di hari ini.

Kedua yang Nadh perhatikan adalah, elemen sayang dan kasihnya si bapa kepada si anak. Hinggakan sanggup bekerja bermatian hanya demi menunaikan permintaan anak. Dengan anak dihantar ke sekolah yang bagus-bagus, demi untuk menjadikan anak itu anak yang bijak pandai dan berguna di masa depan. Semua nya adalah kerana dia membayangkan dirinya yang dikatakan "tidak berpelajaran" tu. 

Sedih juga ya melihatnya, tapi itulah hakikat kan? Ibu bapa mana nak anak mereka hidup dalam kesusahan? hidup dalam penderitaan? Semestinya yang mereka sedang buat itu demi anak yang tersayang. Para anak plak, mampukah kita menjaga mereka baik lagi dari apa yang mereka dah lakukan pada kita? kalau tak tak keluar quote "Sepasang ibu dan ayah, mampu menjaga 10 anak, tetapi 10 anak mampukah nak jaga sepasang ibu dan ayah? "
Nilai ketiga, mengenai diri seorang boss yang mulanya marahkan staffnya, tapi kemudian meminta maaf kepada staffnya kerana dirinya yang terlalu ego dengan memarahi anak staffnya di hadapan staff lain. Bagi Nadh, ini baru betul seorang ketua. Bila bersalah, masih lagi sanggup meminta maaf kepada staff dia, dia sanggup merendahkan darjat seorang ketua, kerana sedar kesalahan diri sendiri. Kita yang membaca, kita seorang yang macam tu ka? kalau kita bukan seorang staff atau boss pun, bila kita berbuat salah, adakah kita TERLALU EGO untuk memohon maaf pada yang berkenaan? renungkan seketika. 


Note :: Mungkin sekadar kisah alien bodoh bagi sesetengah orang kan? Tapi dalam terisi penuh dengan pengajaran. Moga kita dapat mengambil iktibar. :D

9 comments:

NadiRah said...

btol...

aimie amalina said...

tersgtla betol!
menjadi LEMAH itu selalu disayangni-Nya =]

CIK PARO! said...

Tengok juga tadi..
touching juga tengok..
hmpir mengeluarkn air mata..

fRaMe+LenSeS said...

Nad :: ehh apa yang betoi ni? apa tu apa tu? :P

Aimie :: setuju. bila kita tau kita lemah, kita takkan nak tindas orang kan? :D

Cik Paro :: tacing ae? ehehe. tacing jugak tadi. :D

asamasin said...

like.. :D

Fitri Senin said...

semalam pun tgk juga cite ni..walaupuan dah tayang kat tv byk kali

FasiHaH SupiaN said...

cj7 ni banyak berikan teladan cerita ni..betul, mak ayah bleh jg 10 anak, belum tentu 10 yg tadi bleh jg ibu bapa...

shaliza khairi said...

betul tacing cerita cj7 tu. cerita yg full of love and pengajaran. =)

p/s: alien tu comelll sangat. hehe

fRaMe+LenSeS said...

Asamasin :: suka jugak. :D

Fitri :: ya ka da banyak kali kua tibi? hihihi.. maksudnya sebelum ni nadh tapenah tgk la ni. hihihi

Fasihah :: so kita kena la jadi antara 10 anak yang leh menjaga ayah dan ibu key? :D

Shaliza :: a'ah la. ada lagi tak? Nadh nak sekor.. :D

Buta+Pekak+Bisu=CINTA