Followers

Tuesday, 13 September 2011

Tawenn. Part 2

Assalamualaikum . Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Ada tak yang membaca Part 1? Okeh ni dia Part 2.

Hantaran yang mahai.
1. Sebab utama, mendapatkan restu JIRAN. Redha JIRAN?? Ye lahh, bila besaQ, orang pn tengok, wahhhh.. gahnya kenduri depa.. Mesti hebat kan anak depa? kecik sangat kang kena kata anak kena crettt plak..
2. Mengaji dah tinggi, ellow, mak bapak ai dah kuarkan duit banyak tau sementara ai nak besaQ. Yu kena la paham, mesti la diorang nak tengok anak diorang tawen "Grand" cket..
3. Sekali seumur hidup la. Takkan nak wat kecil-kecil. Yu ni. takkan itu pun tak paham..

Maka dengan itu, bermulalah kehidupan sebelum tawen yang penuh dengan pancaroba.
1. Si yang Mampu. - Tak apalah, bukan selalu kan? Ai lap yu dear. takkan nak kuarkan duit untuk majlis tawen kita pn i nak berkira kan? Dan ai pun keluarkan duit dengan penuh perasaaan, Habis simpanan ai keluarkan, tu belum kira ai pinjam, kat Along, Angah, Achik, Adik pun sama jugak. Ai pecahkan tabung dia. Last-last tak jadi. Habis la yu, ai NAK SAMANN!!!

2. Si yang tak mampu - Berusaha terus berusaha. Cari sini sana, usaha macam nak gila. Last sekali apa pun tiada. ai lap yu yu lap me, menge-lap-lah berduaan dalam bilik. .bila duit tinggi.ramai yang kawin dalam bilik saje. Paham maksudnya??


Lepas kahwin.
Banyak nak dijaga, banyak nak di kira. Duit Mak Ayah (WAJIB), Anak dan isteri (WAJIB), lepas tu duit kereta(dah kali 2), rumah sewa, duit entertainment, tu tak kira lagi yang hutang sana sini sebelum tawen. Semuanya PERLU DISELESAIKAN. Last-last, makan pasir masak lemak, rumput wat sayur campur.
"semua ni mak awak punya pasal la ni, anak dah tiga pun belum selesai hutangnya lagi" <-- dialog cerita P. Ramlee

Akhirnya, permulaan untuk keseronokan a.k.a GRAND membawa kepada kesusahan.


"Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya." [Surah al-Israa : 27]

Sudahpun dipesan sebelum bermula segalanya kan? Malah disebutkan dengan jelas sekali dalam Surah al Haj ayat 78 yang bermaksud “Tidaklah dijadikan ke atas kamu perkara yang menyusahkan dalam urusan agama

Kita mampu, dan kita mampu, kita buatlah, akan tetapi bila semuanya mula kepada menunjuk, maka akan wujudnya satu perasaan dalam jiwa :

"Tidak akan masuk syurga seseorang yang dalam hatinya ada sebesar zarah rasa takabbur" [Sahih Muslim : Book of Faith, 166]

Note : Kahwin bukan untuk hari ini sahaja. Bukan untuk masa sekarang aja. Bayangkan, segalanya dihabiskan hanya demi sebuah GRAND, dan akhirnya susah bertimpa-timpa, silalah jangan. Kerana dari sana akan wujudnya satu PENYESALAN, yang pastinya TIDAK BAIK UNTUK PERKAHWINAN.Tuntutan perkahwinan adalah satu ikatan penuh suci demi mendekat kan diri lagi kepada Yang Maha Pencipta, akan tetapi bila ia mula dilacuri dengan Adat Yang Di majukan, maka akan berhamburanlah kerosakan diatas dunia ini. (Anak-anak haram, seks luar nikah, banyak lagi..)

Renung-renungkan...

8 comments:

Anum said...

good info

kiera'sakura said...

susah kan... demi nk ngikut adat,,, yg senang pn disusahkan... hurmmm

fRaMe+LenSeS said...

Anum :: thanks,,

Kiera :: a;ah. susah sbnrnya..

aimie amalina said...

huuuuuuu
abis ilang erti kahwin yg mulia tu kan..mmmmm

nadzli azlan said...

waaaaaa , tak sabaQ nk timang anak menakan ! errrrrrrrrrrrrrrrr :p ngiahahahhahahahahah

fRaMe+LenSeS said...

Aimie :: begitulahh ceghitanyaa.. hihihi

Adik :: suh kakak ang p cpt.. :P agagagagag

MerLe said...

betul tu..wat simple2 pun tape..asal senang smua pihak

fRaMe+LenSeS said...

Merle :: setuju. utamakan yang utama kan? :D

Buta+Pekak+Bisu=CINTA