Followers

Tuesday, 6 September 2011

Waste Allocator Load Lifter - Earth Class

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Ouchh.. Sekarang Nadh dalam fasa baru sakit Nadh. Mungkin sedang pulih, tapi sakit. Apa pun Nadh redha, n arap sakit ni sebagai penawar dosa yang Nadh da lakukan sepanjang Nadh idup ni. Arapnya adik-adik Nadh tak sakit macam Nadh.

umm.. semalam tengok satu cerita lagi. Iaitu mengenai Waste Allocator Load Lifter - Earth Class atau dipendekkan sebagai WALL-E

Satu lagi cerita penuh dengan teladan. Nadh akan ceritakan dari beberapa sudut pemahaman Nadh.

1. Naluri yang menginginkan untuk berteman. Kalau dalam cerita ni, kita leh tengok la Wall-E yang dah lama sangat berseorangan kat planet bumi tu punya la menginginkan kawan. Bila dia nampak saja Eve, terus dia mengikut ja Eve tu walau Eve sangat dasat dan ganas. 

2. Naluri melindungi. Bagaimana Wall-E menjaga Eve selepas Eve "terpadam" selepas dia berjumpa dengan pokok. Macam tak ada apa-apa tapi sebagai manusia, kita pasti bertindak yang sama melindungi insan yang kita sayangi. Sebab tu Nadh selalu tersentuh bila melihat, suami atau isteri yang sanggup bertahun-tahun menjadi pasangannya yang sakit. sangat sweeet. dan itulah baru dipanggil Cinta Sejati. 

3.Teknologi buat kita semakin pemalas. Yang ini patut diberi perhatian ya. Sepertimana cerita ni, bila dah keterlaluan dimanjakan dengan teknologi, nak berjalan pn dah tak larat. Badan pun dah gemuk lagi dari Badak Sumbu, nak tergelak, tapi itu hakikat kehidupan kita sekarang nak dibandingkan dengan dahulu. Orang dulu-dulu, kalau tinggal dalam hutan, dia tak mati kering, sebab dia senantiasa bersedia dengan situasi, letak di mana sahaja, dia tahu apa nak wat, bagaimana nak survive, tapi orang sekarang, terlalu manja, kira la, nak buat lubang kat dinding beberapa biji pun nak kena panggil orang?

4. Hujan Emas diNegara Orang, Hujan Batu Di Negeri Sendiri, Lebih Baik Negeri Sendiri. Ini sesuatu yang sangat baik untuk diketengahkan kepada warga-warga kita yang selepas sahaja selesai menamatkan pelajaran kat luar negara, terus stay sana, kerja kat sana. Minta maaf jika Nadh kata, tapi bak kata Pak Bad dalam Senario Ops Pocot, "Jangan tanya Apa Negara Buat Untuk Kita, Tapi Tanya Apa Kita Buat Untuk Negara? " . Macam dalam kisah Wall-E ni, selepas 700 tahun mereka pulang juga ke bumi, dengan penuh kegembiraan, kita bagai mana? Seronok dengan EMAS, tapi di sini? 


Note :: Sekadar pemerhatian dan pandangan sendiri Nadh mengenai kisah yang Nadh tengok. Lagi suka tengok yang kartun-kartun. (mungkin sebab tak ada perkara-perkara menjelekkan di pandangan mata kot)

6 comments:

cintatulip said...

suka sgt cita walle ni abg!!! yup2.. dn walle ni kumpul n pack brg2 lama.. hahaha.. cute.. "eva" walle.. suara dyorg bes.. <3

fRaMe+LenSeS said...

Dik Naqiah :: ya betoi.. sgt comei kan depa.. hehehe. punya la banyak bangunan dia wat dari sampah2 terpack tu kan? :D

aimie amalina said...

yay!
katon owes d best
hahahaha
walau katon wall-e ni x becakap tap beskan
comel je die...hehehehe
byk moral plak tu

Anum said...

suka cerita nie
wall e comel

JIJI YU said...

naluri berteman noksss

fRaMe+LenSeS said...

Aimie :: tahu takpe.. :P

Anum :: besh kan cita ni..

Jiji :: tak betoi ka aku kata weyh? ahahahahhaha. :P

Buta+Pekak+Bisu=CINTA