Followers

Monday, 26 September 2011

hidup tak susah la

Assalamualaikum dan salam sejahtera pada yang membaca.

Hidup ini tidak susah. Siapa yang kata ianya susah? Sebenarnya, susah hidup ini bila kita yang menyusahkannya.

Bila kita rasa lapar. Kita makan. Rasulullah berpesan, "makanlah bila lapar n berhentilah sebelum kenyang."
Dan apabila tidak dijaga, datanglah sakit n mudaratnya. Bukti terbaik, obesiti.

Hutang. Kadang-kadang kita terlalu sangat mengikut nafsu. Contoh terbaik, kereta perodua kancil berharga RM10,000, itu mampu kita bayar cash, tapi kita cari Evo 10, konon kita mampu, tapi bazir nya bila sebenarnya itu adalah kemampuan mulut, tapi bukan diri. Sayang duit yang boleh diselamatkan itu sebab dirugikan dek keinginan.

Sayang n cinta. Soal hati n perasaan ini paling sukar rasanya. Ibarat kata seseorang tadi, Sayang ini punya 100 cabang, tapi cuma satu diturunkan di bumi ini buat penduduk bumi, tu pun dah ramai yang terbabas hanya kerananya dek kerana terlalu asyik n sedapnya. Hairan mengapa yang 99 itu tidak dikejar, maka pastinya kesayangan ALLAH n janjinya akan datangkan lagi 1 untuk melengkapkan 100.

Kebencian. Kita selalu marah bila disakiti. Tapi kita tidak pula berkira-kira yang tiap yang berlaku punya sebab n musabab, jadi alasan itu kita gunakan untuk dendam. Sayangnya bila kita tak bayangkan yang memaafkan itu satu kepuasan terbesar bagi hamba kerana redha atas kejadian itu dikurniakan ALLAH sebesar-besar pahala.

Note :: ia indah bila segalanya ada didalam redha dengan menempatkan diri sebagai hamba, yang senantiasa diuji untuk melihat keimanan dalam diri.
Published with Blogger-droid v1.7.4

7 comments:

Anum said...

good sharing
terima kasih

BeloG MTT said...

Hidup akan jadi menyusahkan kalau kita yang mencorakkannya dengan mencari susah..Pendek kata manusia sendiri yang cari masalah.. Hehe :D

kiera'sakura said...

bila diri sentiasa ingt yg semua ujian untuk menguji sejauh mana iman.. insyaAllah akan redha dgn ujian Allah...

Eza Boom Boom :) said...

nice entry, keep it up.. hidup yang banyak dugaan, akan buat kita menghargai setiap ciptaan Allah..

Iffah Afeefah said...

Terlalu ingin sesuatu

buat kite susah

dan mula salahkan org

aimie amalina said...

hidupalah dengan DIA
mesti x susah =]

fRaMe+LenSeS said...

Anum :: sesama.. :D

Qaisyirah :: betul2.. kita yang cari susah kan ? :D

Kiera :: amin2. :D

eza :: maceh2.. moga kita menghargainya kan? amin2.. :D

jiran :: betul tu. nadh setuju..

aimie :: mesti tak susah... yayyy :D

Buta+Pekak+Bisu=CINTA