Followers

Saturday, 24 September 2011

Hidup itu hanyalah keperluan


Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.
 
Hari tu Nadh bersembang dengan boss Nadh . Dia ceritakan tentang hidup dan keperluan. Kami berbicara macam mana manusia hidup dan macam mana pendapatan kurang itu mampu hidup di kota raya. Nadh rasa Nadh kena kongsi cerita ini dengan semua. Walau cerita ini agak da lama (dari hari selasa hari tu tapi Nadh tak berkesempatan nak menaip) tapi Nadh rasa cerita ini sedikit sebanyak akan membuka minda kita tentang satu erti kehidupan yang didalamnya kita isi dengan keperluan.

Ada seorang kawan boss Nadh ni. Dia nak kahwin, tapi dia takut, dia kata dia risau tak cukup gaji dia nak sara bini dia. Gaji dia RM 1500 Dan gaji bakal isteri dia hanya RM800 (tak silap Nadh).  Tapi bila dia tanya pendapat boss Nadh, boss Nadh kata, kau kawin je. Lepas tu sebelum dia kahwin, boss Nadh n dia pergi cari rumah. Dapatlah sebiji rumah di Bukit Beruntung, flat sewa RM150. Lepas tu dengan simpanan dia yang ada tu, mereka belikan barang-barang perabot basic untuk rumah. Bilik ada set bilik tidur, RM399 lepas tu dapur lengkap. Ada peti sejuk (cari yang 2nd hand, RM250). Untuk ruang depan, belikan TV dan lepas tu susun semua kat depan dengan bantal besar dan karpet. (tak ada sofa). N lepas tu cat rumah sendiri.

Tahu apa jadi selepas kahwin?
 isteri dia masuk rumah dan kata, dia suka dengan dekorasi yang simple tapi cantik ini. Dan puas hati dengan apa yang ada. Dan menakjubkan, bila gaji dia tu, tambah dengan sedikit OT mampu dia pelihara isteri dia TANPA menggunakan wang isterinya. Maksud di sana, hanya wang dia untuk segala hal keperluan rumah. Dan hebat lagi bila dia masih mampu menyimpan sedikit dari wang gajinya. (sedikit itu lebih baik dari TAK ADA LANGSUNG, kan? ).

Baru-baru ini boss Nadh cakap, dia pinjam duit dari boss dia (dan bayar dengan duit gaji sedikit-sedikit), dalam RM5000 untuk dia beli kereta Kancil cash, cukup untuk kegunaan dia dan isteri.

Apa yang nak Nadh sampaikan disini adalah, kehidupan itu mudah bila kita sedar KEPERLUAN itu dan KEMAHUAN itu yang mana. Bila kita hidup dengan KEPERLUAN, maka hidup kita senang, sebab segalanya yang kita cari adalah, yang asas, yang mana untuk kita hidup sahaja, tanpa memikirkan yang berlebihan itu. Dan yang penting sekali TIADA HUTANG.

Berlawanan dengan seorang lagi sahabat boss Nadh. Dia dulu kerja besar, Manager bank tak silap Nadh. Gaji semesti la besar gile kan? Beribu riban, tapi sekarang dah tak ada kerja. Boss Nadh kata, kalau setakat kerja nak cari makan tu boleh, tapi dia tak boleh cari kerja macam tu sebab.. HUTANG.

Cuba kita kira bersama, gaji 1500 tapi tak ada hutang dari gaji RM15000 tapi hutang sahaja dah lebih dari RM5000, tapi bila sesuatu terjadi, katakan keduanya dah diberhentikan dari kerja. Si gaji RM1500 masih mampu untuk tampung hidupnya, mungkin kerja dengan gaji RM 800 masih mampu untuk dia menyara diri, dari si RM 15000 yang PERLU mencari kerja dengan gaji lebih dari RM5000 yang memerlukan duit ini untuk HUTANG SAHAJA lepas tu baru berfikir untuk HIDUP.

Begitulah kehidupan kita apabila kita beratkan dengan sesuatu yang rasanya boleh kita kurangkan dengan mengikut ajaran ALLAH, sepertimana disebutkan di dalam ayat Al-Quran di bawah :

Dunia by Sisi Gelap.


Persoalan untuk semua sebelum Nadh mengakhiri perkongsian ini :
Kita hidup dalam Keperluan atau Kehendak? Renung-renungkan…



Note :: rasa terinspirasi dari kisah ini. Tak sabar pula rasanya untuk diri proceed ke tahap baru.

8 comments:

Rozuan Ismail said...

org kata ikut kemampuan la kan.huhu.kalau semua nak yg mahal,matilah

Muslimah Optimis said...

kami rsa nak nangis pulak baca nih..
u know what, i ni kan mata duitan.. nak demand gaji tinggi (dalam hati) la tapi lepas ni rehda je dibayar yang selayaknya dengan kerja.. asalkan rezeki halal..

daripada entry di atas, itulah bezanya rezeki berkat dan tak..wallahualam..

sesuatu yang Allah berkat, yang sikit tu rasa banyak

PCL said...

sememangnya hidup kita ni adalah utk memenuhi keperluan dan bknnya mengikut kehendak nafsu diri...setuju sangat tu, terima kasih atas motivasi tersebut., sedikit sebanyak menyedarkan kita yang sering selalu mengikut kehendak nafsu.

..besar periuk besar keraknya, tp kalau org yg pandai masak tu..xkan ade kerak langsung pon...insayaAllah kita boleh melawan kehendak yg bukan2 tu.

terbaik !

Iffah Afeefah said...

Due2 jiran nak

bole ke

Sunah Sakura said...

alhamdulillah..segalanya cukup sebenarnya untuk kita, tapi kita kena tahu macam mana nak bahagikan baik2..

kiera'sakura said...

owh nie la cite nye...

terinspirasi jgak... =)

Suhaili Sarif said...

gulp!! memang kagum betul dgn cite ni
bos nadh pun turut main peranan
bertuahnyaaaaa...
mmg kalau nafsu semata nk ikutkan kemahuan,mmg gaji puluh2 ribu pun x cukup.hmmmmm

fRaMe+LenSeS said...

rozuan :: tu la.. ikt kemampuan kan?

aimaa :: yang penting berkat.. betul .:D

PCL :: amin2. nadh suka tang kerak n periuk tu. hebat perumpamaan tu. :D

iffah :: yo lah.. :P

sunah :: setuju.. :D

kiera :: :D

elly :: tahu takpe. :D

Buta+Pekak+Bisu=CINTA