Followers

Monday, 19 September 2011

Ouwhhh.. Saya bukan hipokrit

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Malam ni Nadh nak berbicara mengenai hipokrit. Menurut kamus kefahaman diri, hipokrit ni adalah sejenis perangai (ehh betoi ka ni) yang mana manusia menutup seketika diri sebenar n menjadi diri orang lain. Atau dalam erti kata lain, bermuka-muka atau 'berlakon' depan orang dengan tidak menjadi diri sendiri.

Soalnya sekarang kan, perlu ka kita buat macam tu? Jadi orang lain? Berlakon? Atau hinakah sangat bila tetiba kita buat macam tu?

Pendapat peribadi Nadh, rasanya tak adalah teruk sangat bila kena dengan situasinya. Mungkin kekadang dipandang HIPOKRIT bila kita berada depan orang dan tiba-tiba menjadi hati suci, konon dah berubah jadi baik (orang kata). Tapi rasa Nadh, dia tak salah sebab itu cara dia membawa diri, dalam satu sudut lain, menjadi duta Ayah dan Mama yang melahir n menjaga juga mencorakkan diri sejak dari kecil.

Satu situasi lain, marah dengan tiba-tiba, maki hamun orang dengan penuh perasaan. Kemudian bila ditegur, ''ini aku, aku tak suka jadi hipokrit'', pada Nadh kan, ini tiada soal kait dengan menjadi hipokrit. Sebab nya, secara tidak langsung sedang menunjukkan diri yang kurang adab dengan perangai yang tidak menggembirakan orang yang melihat. Kena plak diri tu perempuan. (lagilah kan? Bukan kata laki boleh ya).

Note :: Hipokrit atau tidak, itu mungkin penunjuk diri dihadapan yang tahu. Tapi bukan bererti adab n etika kita sebagai manusia diletakkan ke tepi, kan? Asal kita pandai menjaga diri, meletakkan ALLAH sebagai yang teratas, Rasulullah sebagai penunjuk aras akhlak diri, Nadh pasti kita dah berjaya menjadi yang terbaik, juga contoh tauladan buat yang lain.

6 comments:

CIK PARO! said...

tak perlu..

kiera'sakura said...

say no to hipokrit... :D

haslinda said...

sangat sokong 100%. its ok utk hipokrit jd org baik. but its K.O kalau x nk hipokrit konon n bangga tunjuk sifat buruk sendiri...

aimie amalina said...

weeeeeeeeee
jauhi H ini =]

Iffah Afeefah said...

Tula sme cm isu ttp aurat

aku xmo pkai tdg sbb aku xnk jd org hpokrt

fRaMe+LenSeS said...

Cik Paro! :: ye betul. :D

Kiera :: oww yeah..

Haslinda :: setuju ng kamu. :D

Aimie :: mari menjauhkan diri dari H. :D

Iffah :: kan? napa suma camtu ae? ng ALLAH pn nak berkira. kot kang tiba2 ALLAH kata takmo bagi oksigen camna? mati keras la kamu

Buta+Pekak+Bisu=CINTA