Followers

Tuesday, 22 November 2011

Wahai Sang Juara

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Malam ni semua bercakap mengenai sang garuda terhempas kan? Nadh x pula ingin menyebut yang sama, tapi hendak berbicara mengenai sang juara.

Semua orang inginkan menjadi juara, menjadi number satu, emas, dan apa sahaja yang buat dia disanjung menjadi yang terbaik, tapi bukan itu sebenarnya yang utama dan menjadi agenda besar kehidupan. Berikut beberapa pandangan Nadh mengenai ciri sang juara yang penting.

1. Macam kita lihat tadi adalah mentaliti mereka. Bagaimana kita bertahan dan menyerang. Walaupun moral mereka boleh dijatuhkan dengan hampir 80,000 penyokong lawan di stadium, tapi mereka bijak mengawal emosi dan tenang.

2. Tidak putus asa. Ketinggalan 1 - 0 bukan petanda jatuh, tapi pemangkin buat mereka lebih usaha memburu goal. Malah, jika kita perhatikan, mereka bijak mengawal dan bertubi-tubi menyerang.

3. Professional n sikap. Nadh terus terang, Nadh kagum dengan sikap seorang pemain Indon td, walaupun dia kalah, tapi dia masih bersifat pro. Dia Nadh perhatikan tadi bersalam dengan pemain kita waktu pemberian pingat tadi. Bagi Nadh ini salah satu sifat n ciri juara.

4. Harga diri. Minta maaf andai apa y Nadh katakan ini berat, tapi Nadh tak dapat rasakan yang peminat mereka kurang bab ini. Pasukan mereka punya harga diri dengan bersikap pro masa bermain, tapi sikap fanatic yang entah apa-apa jatuhkan mereka, buat malu negara ja, bila pelawat kena naik barracuda untuk masuk dan keluar stadium, macam perang la plak kan? Tapi ianya sangat teruk. Mana pergi semangat kesukanan?

5. Semangat. Nadh nk minta maaf sekali lagi pada peminat fakri, tapi dia sgt spoil malam ni. Tapi memang boleh tengok yang dia spoil the game dengan prestasi dia tadi. Pass yang lemah, attacking yang gugup, n sahabat Nadh cakp, most of the time, apa yang dia buat memperlahankan tempo prmainan. Last minit leh nampak la dia macam buat hal, tunggu bola, pass teruk, then tak habis buat faul bodoh, dan last sekali, penalti macam x makan nasi.

Kita sebenarnya sudahpun juara satu ketika dahulu. Buktinya, dari berjuta sperm yang terpancut ke dalam rahim, kita yang menjadi juara bertemu ovum dahulu. Apa lah lagi yang nak dikejarnya? Tiada, tapi mentality, segala macam perangai juara perlu dititipkan didalam hati. Perjuangan masih jauh.

Bukan hanya mengejar number satu, tapi mengejar redha Yang Satu. Hari-hari perbaiki diri, akhirnya berakhir aman di tempat yang abadi. Lalai disini bermakna gagal juga di sana.

Takkan nak jadi juara yang gagal?
Published with Blogger-droid v1.7.4

13 comments:

Nor Fadila Rosli said...

huhu..setuju nadh..puas hati..
kalau harimau muda kalah sekalipun..
saya tetap bangga dengan mereka..:)

aizamia3 said...

kemenangan malam tadi memang ditunggu-tunggu seluruh rakyat Malaysia.. tahniah buat pasukan negara yang berjuang berhabis-habisan..

berdebar-debar tengok perlawanan malam tadi.. hikhikhik..

Anum said...

anum siap melompat suka kegembiraan malaysia

kiera'sakura said...

Alhamdulilah.. Allah buka pintu rezeki untuk kita..tetap sokong walau ape pown yg jadi...

feza said...

kisah bola, bola juga. Harap tidak bergaduh dua negeri kerana semangat bola.

tahniah buat Malaysia.

Iffah Afeefah said...

erm terer nadh komen

tau men bola eh

fRaMe+LenSeS said...

Nor Fadila :: setuju ng kamu. kalah ka menang ka. SOKONG TETAP SOKONG. ;)

kak Aizamia :: betul kak mmg ebrdebar semalam..

Anum :; ehehe. sukanya dia. Nadh kat umah kawan. jerit pn da terjaga anak dia. hihihi

iera :: alhamdulillah. ;)

Feza :: peminat kita, orang kita pro. orang depa tu. apa y mencik sgt kat kita pn nadh tatau.

mas saari said...

akak setuju dengan no.4!
mereka datang negara kita takde pun kita buat camtu kan? dahlah ramai yang cari rezeki kat negara kita

Rozuan Ismail said...

banyak kita boleh belajar dari permainan semalam.=D

efa said...

setuju dgn kata2 abg nadh apa2 pn tahniah buat pasukan malaysia

Eera Shera said...

suka ayat yg terakhir tu..

Hanif Idrus Blog said...

2 orang penyokong Indonesia meninggal dunia semalam saksikan perlawanan semalam sebab sesak nafas.
Esok boleg baca kat entri aku ..
Kasihan!!!

Подтверждаю said...

as salam..
huhu..
[pakcik tak tahu nak komen pe..tak tengok habis.pun tak ambil tahu sangat


=_=

Buta+Pekak+Bisu=CINTA