Followers

Monday, 28 November 2011

Duit beli Kepsi buat mereka

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Kemarin Nadh jumpa satu situasi tu lebih kurang macam ni la.
"24.50? Baiklah , bulan depan saya dapat gaji, dapatkan la saya 100 orang untuk saya peristerikan."
"Oih mana boleh la."
"A'ah kan, empat saja la kuota yang ada. Camtu tak apalah, empat pun empat la. "

Opss. Apa yang Nadh nak kongsikan malam ni adalah mengenai Mas Kahwin.
Maskahwin atau mahar adalah pemberian yang wajib diberi oleh suami kepada isterinya dengan sebab perkahwinan.

Menurut undang-undang Keluarga Islam, mas kahwin ialah pembayaran kahwin yang wajib dibayar di bawah Hukum Syarak oleh suami kepada isteri pada masa perkahwinan diakad nikahkan, samada berupa wang yang sebenarnya dibayar atau diakui sebagai hutang dengan atau tanpa cagaran, atau berupa sesuatu yang menurut Hukum Syarak dapat dinilai dengan wang.

Malah, adalah HARAM untuk suami atau sesiapa sahaja mengambil wang ini dari isteri, sekiranya dia tidak izinkan, dan akan dituntut sampai bila-bila oleh isteri sebagai hak dia.

Firman Allah s.w.t. dalam Surah An-Nisaa’ ayat 4 yang bermaksud : 
Berikanlah kepada orang-orang perempuan itu maskahwin mereka.”

Sabda Rasulullah s.a.w. dalam hadith riwayat Bukhari yang bermaksud : “Carilah untuk dijadikan maskahwin walaupun sebentuk cincin yang diperbuat daripada besi .

Kedua ayat diatas adalah ayat yang mana menunjukkan yang mas kahwin adalah perkara WAJIB yang perlu diberikan oleh seorang suami kepada yang isteri. Jadi base on cerita atas yang Nadh tempek atas tu, Nadh terbuka untuk buat satu kesimpulan sendiri, dan Nadh rasa Nadh nak share dengan readers.

RM24.50. Banyak mana sangat duit tu? Rasanya kan, kalau pergi kepsi, dan beli 2 set dinner set pun Nadh rasa tak cukup dan kena tambah lagi beberapa ringgit untuk set ni. Cuba bayangkan bahawa yang selama ini PEREMPUAN diserah kepada lelaki setelah di ajar bertahun-tahun , di belai dan dimanja, di lindung sebaiknya, dan diserahkan dengan harga yang menjadi WAJIB hanya dengan RM 24.50. Maaf ya, Nadh bukan sedang mempersoal, cuma nak soal aja, ini kah harganya? Kan baik kalau di UP cket duit mahar tu, buat mereka (anak-anak), kemudian hantaran tu kurangkan.

Kemudian, ada orang kata dekat Nadh balik. Hadis ni tau,
" Sebaik-baik maskahwin ialah yang lebih rendah ". ( Riwayat Abu Daud ) 

Pun Nadh tidak mempersoalkan tentang hadis ini, cuma Nadh nak buka minda masyarakat kita. 
YES kita rendahkan MAS KAHWIN, kononnya murah sebab nak ikut hadis. Tapi duit belanja a.k.a duit hantaran BERPULUH RIBU tu macam mana ya? Bukan sama ja ke maksudnya. Dah la tu, kalau MAS KAHWIN jadi milik si gadis, HANTARAN tu tidak? Sayang kan? Apa dia dapat at the end? Owhh ya, bapa kasi anak murah, anak dara dapat duit beli kepsi. 

Terbaekkk kan?

9 comments:

Eera Shera said...

baik bg mas kawin banyak dari hantaran..mas kawin tu konpem dapat kat isteri

ps:x sempat lagi nak bace cerpen nadh..hehe

gedek! said...

belanja perkahwinan uncle serba kekurangan...

Erin Azizan said...

terbaik lah entry abang nadh..

duit hantaran ngan mas kawen ni kadang2 buleh jadi isu yg sensetif dlm msyarakat kita...kadang2 sb bnda2 ni pon buleh bawak gaduh kan..


pasai nak bagi banyak mana tu terpulang la pada diri masing2. ada akai then kena guna la..tak sedaplah kalau nak ikut saja...

Iffah Afeefah said...

stuju

org lebih pentingkan hantaran sbnrnye..

bile adat mendahului agme

psstt nadh akak ai kawen, takde hantaran..duit rm8,503.12 terus dijadikan maskawen

selangor da stat wt gitu rasenye..terus sebut mas kawen mse akad nikah tu

mas saari said...

sekarang ni orang dah bagi mas kawin dalam jumlah yang tinggi...

azwa amani said...

aritu ada bincg dengan ibu tuk mas kahwin... amani letak rendah je...pastu kazen cakap, uihhh sikitnya, hang blajaq tggi2, minta lah banyak sikit....

p/s : kdg2 makcik2 ni tak faham kan.. and sangat susah nak bagi kefahaman pada mereka... hiishhh

aizamia3 said...

rasa macam terlalu sedikit kalau nak dibandingkan dengan wang hantaran tapi itulah hak yang suami tak boleh amik dari isteri..

Rozuan Ismail said...

org skang ni byk kasi wang hantaran tggi

myblog said...

setuju..tapi apa nak buat budaya melayu macam ni.
Lagipun dalam perkahwinan kos belah perempuan lagi tinggi..
Lelaki takwajib sangat nak buat pelamin tapi belah pompuan wajib ..dan ditambah kos ubahsuai bilik pengantin...
It fair....semuany ananti pengantin pompuan dapat juga...
datang dari bloglist Hanif

Hanif bin Idrus Blog

Buta+Pekak+Bisu=CINTA