Followers

Sunday, 20 November 2011

Part 14: I'm nothing without you

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.
(Untuk kronologi kisah sila rujuk dekat widget di sebelah anda tu. ada dari episode satu dalam tu.)

Shahir mempercepatkan langkahnya ke tingkat empat bangunan hospital itu. Dia baru sahaja mendapat panggilan daripada Adilla. Walaupun diri masih terkejut dengan kejadian sebentar tadi, tapi dia gagahkan juga ke atas untuk menemui Adilla. Sebaik bertemu Adilla. 

"Kenapa ni awak? kenapa awak menangis ni?". Soal Shahir.

"Mama...". Jawap Adilla sepatah, dalam keadaan ter-esak-esak.

"Kenapa dengan Mama awak? ". Shahir bertanya lagi. 

"Mama dia jatuh dari tangga tadi. Semasa nak turun mendapatkan Adilla. " Jawap Rasyid bagi pihak Adilla yang disoal sebentar tadi. Saat ini, Adilla yang tadinya teresak dalam tangisnya tidak dapat nak menahan dirinya lagi, dia pantas mencapai Rasyid dan dipeluknya. 

"Uncle, Maafkan Dila Uncle, Dila tak sengaja.. Semua ini salah Dila.."

Rasyid terpinga-pinga dengan tindakan Adilla. Namun, dalam hatinya, benar-benar tersentuh, saat itu juga, air matanya berjuraian. Sudah lama, 24 tahun sudah dia menanti saat dan ketika ini untuk mendapat pelukan dari anak kesayangannya ini, namun, dia tidak pernah mendapatnya, kerana dia begitu dibenci oleh anak nya ini, kerana Adilla berpendapat, dia cuba merampas tempat Arwah Papa Adilla yang sudah lama meninggal dunia. 

"Sudahlah Adilla, mungkin sudah ini takdirnya, sekarang ini, bukan saat untuk kita biarkan air mata kita berjurai bak empangan pecah kerana meratapi kejadian ini, tapi kita biarkan ia turun ketika kita berdoa memohon agar Mama kamu selamat dari apa-apa musibah yang bakal menimpa. ". Rasyid cuba menenangkan Adilla. Sambil tangan nya mengusap ubun-ubun anak kesayangannya itu.

Shahir cuma sekadar tersenyum. Dia sendiri tak sedar yang dia juga terharu dengan apa yang berlaku di hadapannya. Dia gembira bagi pihak Adilla yang akhirnya berdamai dengan Bapa tirinya. Sedang asyik dia melihat drama petang yang sedikit menyayat hati itu, tiba-tiba pandangannya menjadi kabur dan Shahir tiba-tiba rebah ke bumi. 

Adilla dan Rasyid mendapatkan Shahir dan menjerit meminta pertolongan dari pihak hospital. Ketika itu, baru Adilla tersedar yang kepala Shahir berlumuran darah, tapi tidak pula dia bertanya akan keadaan Shahir tadi.

**********************************************

"Arghhhhhhhhh......... tak guna punya laki, apa lagi yang kau mahu ha? Aku dah bagi free pun kau tolak? bodoh, tak pernah pula buaya menolak bangkai, kau mungkin buaya bodoh yang menolak makanan percuma yang datang cuma menanti masa untuk di ratah." Amani menjerit macam orang gila di sebelah padang yang di singgahnya ketika dia pulang dari hospital sebentar tadi. 

Pakcik tidak dikenali. : "Adik, tak elok sekiranya adik menjerit-jerit begini."

"Apa yang kau tahu orang tua? Berani kau mencuri dengar apa yang aku buat tadi." Amani meninggikan suaranya. 

"Adik, bukankah malu itu satu dari ciri yang terkandung dalam iman? sepatutnya adik menjaga maruah diri dan bukannya begini, tahukah adik, jeritan adik tadi, mengejutkan semua.". Pakcik menambah lagi.

"Kau nak sibuk kenapa? Ada aku jerit kat telinga kau ka orang tua?". Amani mencebikkan bibir sambil mata merenung tajam Pakcik yang berada di sebelahnya. 
"Adik-adik. Mungkin Pakcik tak tahu apa yang mengundang marah adik, tapi Pakcik tahu, tiap apa yang menimpa kita, adalah limpah kurnia ALLAH kepada kita, merupakan satu cabang kasih sayang DIA kepada kita dik, mungkin hari ini adik berada di bawah, di uji kemapuan sabar adik, tapi satu hari nanti, adik bakal sedar yang hikmah sebenarnya lebih besar dari ujian yang ditimpakan kepada adik ini.".. Pakcik berucap lagi.

"Sudahlah kau wahai orang tua, aku tidak kenal kau, dan aku tak mahu dengar ceramah kau petang-petang ni.". Amani dengan biadapnya membalik kotak air yang diminumnya kepada pakcik tadi. Pakcik tidak sempat mengelak, dan habis basah bajunya terkena air minuman Amani.

Pakcik hanya menggelengkan kepalanya sambil memerhatikan Amani pergi meninggalkannya. Dalam hatinya berdoa agar Amani dapat menemui sinar yang dicarinya itu. Dia berdoa agar Amani akan kembali tenang. Tiada secebis rasa marah pun didalam hatinya melihat Amani dan perlakuan Amani terhadapnya tadi, baginya inilah harga yang perlu dibayar untuk satu dakwah yang tidak mengenal erti putus asa.

**********************************************

Amani baru selesai bersolat tika dia mendekati pintu keretanya, masuk dan pantas jari mencapai butang ON bagi menghidupkan radio keretanya. Irama Mohram dari lagu yang menyerikan cerita Syurga Cinta sedang berkumandang di siaran radionya. Hatinya terdiam seketika dan terkenangkan apa yang berlaku tadi.

"kenapalah aku sebodoh itu? Ya ALLAH, ampunkanlah aku Ya ALLAH, Aku terlalu tegar mengejar cinta yang tak sepatutnya aku agungkan. Aku lalai ya ALLAH, aku lalai sehinggakan aku terbuat apa yang tak sepatutnya aku buat." Amani menangis penuh kesal. 

Ketika ini jugalah teringat pesanan dari seorang Ustaz ketika dia mendengar tazkirah selang beberapa minggu yang lepas.

Dari Ma’qil bin Yasar berkata : Rasululloh shallallahu’alaihi wa sallam bersabda :
“Seandainya ditusuk pada kepala salah seorang kalian dengan jarum besi panas, maka itu lebih baik dari pada menyentuh wanita yang tidak halal baginya.” (HR. Thobroni)

Amani tambah teresak lagi tangisnya. Mengenangkan apa yang dah dia lakukan tadi, malah dia telah berlaku sangat tidak sopan dan menjatuhkan maruahnya bukan sahaja di hadapan seorang yang bergelar abang kepadanya, malah, dia juga telah mengherdik seseorang yang berhati suci datang ingin menegur dan mungkin juga datangnya lelaki itu untuk membantunya. 

"Ya ALLAH, ampunkanlah aku Ya ALLAH. Aku benar-benar telah terikut akan bisikan syaitan durjana yang telah berjanji bakal merosakkan anak adam dengan sumpahnya satu ketika dahulu.". Dalam tangisnya Amani berazam untuk menemui Shahir dan memohon maaf, dan kepada pakcik yang diherdiknya tadi. Dia benar menyesal dengan perlakuannya tadi.

**********************************************

"Maafkan saya. Tiada apa yang dapat saya lakukan. Berlaku hentakan yang kuat tadi mungkin semasa dia kemalangan". Doktor Ana mengeluarkan kata. 
"Apa?". Mengalir lagi air mata Adilla. Kalau tadi kerana ibu, tapi sekarang Shahir. Dia sekarang dalam keadaan tidak sedarkan diri. Akan tetapi dia pelik kerana macam mana tadi Shahir biasa sahaja, tapi baru sekarang rebah. 

"Saya faham apa yang kamu nak katakan itu Cik Adilla, tapi itulah yang terjadi, saya juga hairan kerana ini kali pertama pesakit mampu bangun seperti tiada apa, tapi kemudiannya rebah. " Balas Doktor Ana, seperti sudah faham akan apa yang hendak disoal.

Serentak dengan itu , keluarga Shahir pun sampai. 

**********************************************

6 comments:

Iffah Afeefah said...

jiran makin komplikated ni

payah den nk nyambung

sakit apakah?
tumor?
koma?

waaaa tatau2

sergeant keroro said...

sekejap sangat amani insaf, haha

Cik Pulau said...

wooo...
konflik sajaaa...
kuasa Tuhan tu..Syahir.. Syahir.
nextttttttt ipah..

Anum said...

good entry

kiera'sakura said...

"inilah harga yang perlu dibayar untuk satu dakwah yang tidak mengenal erti putus asa."

teringat bab dakwah orang muda dalam buku Aku Terima Nikahnya tue...

semoga kamu berdua diberi idea nk menyambung cerita ye.. :)

fRaMe+LenSeS said...

Iffah :: mana la ai tau. hihihi

kero :: nadh kena cita jugak ka pasal Amani ni? oraitttt~~

Anum :: terima kasih. ;)

kiera:: amin2. :D

Buta+Pekak+Bisu=CINTA