Followers

Saturday, 12 November 2011

Kita saling bergantung

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Kalau ada yang masih ingat kisah pakcik yang memberi inspirasi? Ada sesuatu dari pakcik tu yang Nadh tak kongsikan. Hari ni Nadh kongsi lagi kepada kita. Moga-moga kita dapat sedikit input tentang hasil kongsi Nadh dengan pakcik tu hari tu.

Baik, back to conversation Nadh n pcik tu tempoh hari. Dia ada sebut kat Nadh dia nak meniaga cendol plak lepas dia dapat lorry tu. Lepas tu Nadh tanya dekat dia, adakah dia akan buat sendiri cendol tu?

Tau apa katanya? Buat Nadh tambah respek dekat pakcik ni. Katanya, dia tak mahu buat sendiri, sebab :

1. Kalau semua dia nak buat, mana dia nak sempat kejar semua. (betul juga kata dia, kalau semua dia nak buat, jenuh la, dah ada pisang goreng, lepas tu ada kueh, nasi lemak lagi, lepas tu nak wat cendol lagi, jenuh nak kampoi)

2. Kawan dia dah ada bisnes tu, kenapa perlu dia buat sendiri, baik dia ambil dari kawan dia, dia dapat bisnes, kawan dia dapat bisnes, (ini betul sangat. kalau semua kita nak buat, memang la bisnes kita kaya raya, dapat banyak duit, tapi orang lain? Kenapa tak kongsi peluang tu dengan orang? sama-sama dapat, sikit pun tak apa lah.)

3. Saya tak ada kepakaran tu, kalau nak belajar, entah bila saya nak pandai. Lebih baik saya ambil dari orang yang dah terang-terang pakar dalam bidang ni. Dan tentu-tentu sedap. (Ini pun Nadh setuju dengan dia. Kita tak pandai tapi kita nak buat jugak. Ni perangai orang kita meniaga, semua nak rembat, at last tak sedap, pastu customer yang jadi mangsa. Cian kan? BayaQ mahai, yang dapat? Hampesss)


Dari kisah kat atas ni, wat Nadh sedar, macam jugak kisah si penyusah antarabangsa tu, sebenarnya kita manusia ni saling perlu antara satu sama lain. Tak kiralah dari segi apa pun, macam Nadh suka nak kait adalah dengan kehidupan, kita bukan macam yang disangka si penyusah antarabangsa tu dalam kisah dia, sebab kalau dia perlukan yang disekeliling untuk mudahkan pergerakan dia, yang di sekeliling juga perlukan kegembiraan dia untuk kebahagiaan mereka. Semuanya saling berkait. Perniagaan yang perlukan yang lain sebagai pembantu atau watak sampingan (kita masih perlu belajar untuk tahu sesuatu kan?).

9 comments:

aimie amalina said...

weeeee
betol tu nadh
sebab itu kita hidup dalam satu komuniti =]

hidup kan saling melengkapi =]

Rozuan Ismail said...

baguslah pak cik tuh.memang otak bisnes plus suka tolong orang lain.respect!!

Raisya Haris said...

Kita saling memerlukan. Ada kaitan ke bang? HAHA!

Iffah Afeefah said...

erm terbaikla

kite memerlukan jiran

y menyokong

y mnasihat

y menghiburkan

mekasihla nadh=)

udin said...

terbaek nadh! motivasi yg baik utk bakal usahawan yg merancang nak buka bisnes sendiri nanti.. hehe.. best2..

kiera'sakura said...

respect pakcik tue jgak...

fRaMe+LenSeS said...

Aimie :: setuju. saling melengkapi. :)

Wan :: itulah. kita kena contohi dia. :D

Raisya :: ehh camtu ka dik? ehehe. ye la as adik n abg kan? :D

Iffah :: hihihi. camtu ye? :P

Udin :: a'ah kan? betul jugak tu. :D

feza said...

ikan dilaut, asam di darat, dalam periuk bikin muafakat..

fRaMe+LenSeS said...

Feza :: kata2 kau igtkan nadh kat kawan nadh sorang tu. ;)

Buta+Pekak+Bisu=CINTA