Followers

Wednesday, 9 November 2011

Dalam Hati Ada Taman

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Kalau semalam mengenai persepsi, hari ini Nadh perjelaskan lagi dengan hujah dan contoh nyata yang Nadh jumpa di reality tentang kenapa kita tiada hak menghukum sewenangnya.

Tersebutlah kisah seorang manusia ni. Dia ni leh consider as jahat, sebab buat kerja x baik. Tarik kereta, bergaduh tu semua adalah mainan ja bagi dia. Pernah kena tangkap dengan polis, dan ada rekod jenayah.


Oleh kerana dia ini ada kelayakan dalam bidang elektrik, satu hari dia ditawarkan kerja oleh seseorang. Semasa dia bekerja :

1. Dia diberikan petty cash yang banyak oleh majikannya supaya tiada masalah short duit masa buat kerja. Tapi dia sangat jimat. Tiada wang dari petty cash disalahgunakan, malah dia gunakan satu beg plastik untuk tempatkan resit dan wang baki dalam plastik tu.

2. Majikan dia pernah tanya, aku tengok kau ni, "jimat ja, kau byr murah plak tu kat budak kerja kau. Boleh saja kalau kau nak buat konon bayar mahal, tapi duit tu kau tipu. Tapi kau x buat. ", jawapnya, "tak mahu la saya tipu abang.". Majikan dia kata "kalau kau tipu pun abg x rasa apa sebab abg pun dah tahu kau jahat, lainlah kau baik tapi kau tipu abg, lagi la abg terasa."

3. Satu hari, dia dihantar training sahaja di sana, tapi akhirnya majikan dia tolak projek tu due to tak dapat nk commit project tu. Jadi dia terus diminta stay di company tu. Tiba-tiba satu hari majikan dia ada masalah dengan projek lama, iaitu kekurangan tenaga kerja, dia yang masa itu ada di Lumut (tempat kerja baru dia tu), terus ambil cuti tanpa gaji sebab nak pergi bantu majikan dia dekat Selatan masa tu. Sampaikan bekas majikan dia suruh dia balik sana, baru dia pulang, betapa dia kenang jasa yang diberikan padanya.

4. Dia dalam kerja sangat komited. Pernah majikan dia dimarah dia sebab melawak ditempat kerja. "abang tak larat abg duduk kat luar la, bagi saya buat.". Terkejut majikan dia. Tapi "no heart feelings" la kan, sebab mereka bekerja di tempat yang merbahaya, high risk electrical kan. tapi bab kerja dia memang bagus. Hasil kerja dia diakui bermutu n kemas oleh customer. Dan mereka sangat berpuas hati.

5. Majikan dia pernah tanya, kenapa kamu x kahwin? Jawapnya "saya ni manusia abg, kalau saya tak makan, tak apa, dah biasa, tapi kalau saya ada anak isteri, tengok mereka x makan abg. Menangis saya abg, saya tak sanggup tengok, lagipun saya samseng abg, orang x dapat buat saya, mereka cari anak isteri saya.". Dalam hati mereka juga punya belas kasihan, sama juga seperti kita. Jika kita ada syg, mereka juga ada taman,berkeinginan.

Apa yang coretkan diatas adalah apa yang dikenal pasti dari salah seorang yang kita dok kata jahat tu. Apa yang dipanggil AMANAH, JUJUR, KENANG JASA, KOMITED, dan PUNYA HATI. Bukankah itu salah satu juga dari nilai yang makin kurang dari orang yang ngaku diri mereka baik di luar sana??

Renung-renungkan. Tiap satu punya musabab kejadiannya. Jangan terus menghukum. Kerana kita mungkin tersilap hukum. Tersalah mengandai
Published with Blogger-droid v1.7.4

5 comments:

aimie amalina said...

terlalu byk hikmah dlm cite ni =]

suke sangat!

mas saari said...

orang jahat pun ada hati jugak! kalau dia betul2 untuk berubah apa salahnya kita support dia kan?

kiera'sakura said...

jgn menilai seseorang dari luaran nye...

fRaMe+LenSeS said...

Aimie :: itulah. depa pn sama macam kita kan?

Kak Mas :: setuju. kita kena sokong depa. :D

Kiera :: yup. :D

feza said...

itulah persepsi kebanyakkan masyarakat, tengok luaran je dah fikir dia ni jahat. hakikatnya, jahat2 dia, mesti ada yang baik, yang kita sendiri kalah.

kita la yang jahat sebenarnya sebab salah menilai orang baik yang dilihat jahat. respect dengan orang mcm ni. kalau dia ada keluarga, mesti dia sangat penyayang.

Buta+Pekak+Bisu=CINTA