Followers

Thursday, 24 November 2011

PHOTOS | SAYANG, I WILL SAVE YOU!!

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca. 

Kebelakangan ini rasanya Nadh kurang menulis kan? Rasa macam mana tak tahu, nak kata tiada ilham, ada juga sikit-sikit, tapi tak reti macam mana nak realisasikan message melalui penulisan plak. Jadi terpaksalah biarkan ianya pulih. Sementara itu, Nadh cari juga isi berguna untuk tatapan readers belog serba kurang ni. 

Di bawah merupakan kisah antara kaum-kaum singa yang menyelamatkan seekor anak singa yang jatuh ke bawah tebing yang runtuh. Kisah dramatic ini telah diambil oleh jurugambar hidupan liar Jean-Francois Largot di Kenya Masai Mara pada bulan Ogos 2011

Gambar 1  : "Oihh geng..Anak kiah jatuh woihh.. tulongggg~~"
Gambar 2 : Sementara depa nak sampai, aku nak turun dulu, Yang.. tunggu auntie ya, auntie datang ni"
Gambar 3 : ALLAH, tak lepas. sat Yang, Auntie cari jalan lain, sabaQ sat..

Lepas tu, satu geng turun untuk kerja-kerja menyelamat.
"Weyh, turun pelan-pelan weyh. Hati-hati.."

Dan Mummy pun sampai untuk menyelamat. 
"Yang, Mummy datang ni, tunggu, sabar kat bawah sana, sikit je lagi ni."

Anak dia nak terjatuh dah. tapi si Ibu pantas menarik si anaknya.
"Got you Yang. Alhamdulillah selamat. "

"Lets get back to the save place. Kita nak naik dah ni.."

Dan akhirnya anak selamat sampai ke tanah yang selamat. Di selamatkan dari bahaya yang hampir meragut nyawanya. Keduanya melepaskan lelah, anak kerana diselamatkan, dan ibu kerana sempat menyelamatkan.

Berbeza dengan keadaan kita di muka bumi hujung sini, iaitu di Malaysia. Situasi seperti gambar bawah ini, adalah hampir menjadi perkara biasa. Ibu bukan menyelamatkan, malah ada yang sanggup membunuh anak yang dikandungnya,
1. Demi menjaga nama baik (KONON),
2. MALU. (lepas kantoi, tapi sebelum kantoi tak fikir MALU DENGAN ALLAH)


Sebenarnya kan, ia dah disebutkan dalam satu hadis Rasulullah, iaitu Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. Rasulullah saw. Bersabda: ”Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka"

Dan di bawah ini merupakan bala yang menimpa menurut satu hadis lagi.
"Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan diubah menjadi makhluk lain”. H.R Tarmizi.

Dan jika ditafsirkan bala-bala itu merupakan :
1. Bala berbentuk cuaca panas
2. Bala berbentuk gempa bumi
3. ALLAH mengubah manusia jadi makhluk lain (tgk zaman sekarang, zina berleluasa, anak-anak dibuang, kan itu pangai yang lebih teruk dari BINATANG?)


Renung-renungkanlah.

13 comments:

Sunah Sakura said...

subhanallah...bagusnya...haiwan pun sayangkan anaknya...kita manusia ni ada yang da lebih rupa dari haiwan da..

Naniey TJ said...

manusia da hilang iman dlm diri.... srnk kjr hdp d dunia yg smntara....

Eera Shera said...

so sweet..

kalo manusia buang anak, malu la kat binatang..grrr

Areef Ibn Naim said...

salam,

haiwan yg tkde akal fikiran tu pun tau utk membuat kebaikan... tp kita manusia istimewa yg dikurniakan akal fikiran, kadangkala lebih takut utk membuat kebaikan drp kejahatan, huhuhu...

FasiHaH SupiaN said...

sepatutnya manusia perlu belajar dari haiwan lah....

fazae said...

sedangkan haiwan pun sayang anak -_-" binatang ada otak tanpa akal ! manusia tuhan cipta sebaik2 makhluk punn tak lehh fikir kann :) dunia akhir zaman :D doakan mereka bertaubat amin..

Iffah Afeefah said...

nadh kagum sudahhh

AmirFX said...

Kesian betul.. Nasib baik sempat selamat.... Alhamdulillah..

mas saari said...

haiwan pun sayangkan anak... sanggup lakukan apa saja demi anak!

tapi ada segelintir manusia buang anak macam sampah je!

bersama kak Es said...

macam nak nanges tgk gambo ni...
haiwan pun tahu nilai kasih sayang

Izzah Idz said...

terharu..^__^

Raisya Haris said...

Terharu adik ); Siapa yang buang anak tue sepatutnya rasa malu dengan haiwan yang takda otak tapi ada rasa sayang terhadap anak diorang.

Solihin Zubir said...

subhanallah.. collnya mak singa tu slamatkan anak beliau..

malula manusia2 yg senang lenang melempar anak sindri masuk longkang..

Buta+Pekak+Bisu=CINTA