Followers

Saturday, 19 November 2011

Melupa, Terlupa dan Dilupakan

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Situasi Pertama.
Kita dilupakan. Kemudian kita bersedih, apabila terasa diri dia seakan dilupakan. kecewa kenapa dunia seakan melupakan kita, sekeliling bagaikan mengelak dari kita. Bila kita mendekati mereka menolak untuk bersama, sepatah yang kita tanya, satu perkataan sahaja untuk menjawap pertanyaan kita. Masa ini, hati menjadi tersangatlah tidak tenang.

Berbagai persoalan menyerang jiwa, kenapa ianya terjadi, mengapa ini yang berlaku, adakah kita telah buat sesuatu salah hinggakan ini yang menimpa.

Situasi Kedua.
Kita seronok bergembira, bersama rakan-rakan kita. Banyak masa yang diluangkan, seharian kita bersama mereka, dengan terlalu banyak activity yang dilakukan. Dari berjalan-jalan, kita singgah pula ke lane bowling untuk bermain, kemudian setelah selesai, kita beratur ke kaunter membeli tiket wayang. Kemudian, jam di tangan di perhatikan. “Ohhh masih punya waktu. Lebih kurang lagi satu jam setengah untuk wayang bermula”, jadi kita mengambil peluang untuk mengisi kantung perut sebelum masuk dan meluangkan masa selama hampir 2 jam untuk cerita itu.

Dalam kekalutan kita ketika itu, kita terlupa yang kita punya 5 waktu untuk kita singgah sebentar dan sujud menghadap yang Esa, dan kita terlupa untuk menunaikannya, malah 2 waktu penting ini kita TERLUPA dan 1 waktu lagi di akhir waktu, itupun nasib baik kita dapat 1 rakaat sebelum terdengar Azan di masjid berdekatan rumah kita. Jika tadi bila terasa DILUPAKAN, kita menangis, tertanya-tanya mengapa, tapi bila TERLUPA, tidak pula kita gunakan untuk teresakkan diri menangis meratapi KEGAGALAN kita menunaikan tanggungjawap yang sepatutnya diletakkan sebagai TANGGUNGJAWAP UTAMA kita.


Melupa, Terlupa dan Dilupakan. Tiga situasi penuh beza tentang diri kita dan kehidupan. Kita takut bila yang diri dilupakan, tapi tidak menangis pula bila kita melupakan, tambahan pula bila hal berkait dengan bakal kehidupan abadi kita satu hari nanti. Semasa kita terlupa, kita menganggap ianya remeh, tapi bila dilupakan, kita merintih sepenuh jiwa.

Entah mengapa ini terjadi, sedang DIA tak pernah MELUPAkan kita. Cuba lihat awan di langit, adakah masih punya sang Matahari untuk menyinari hari kita? Cuba lihat pohon-pohon di sekeliling, adakah mereka sudah tidak lagi mengeluarkan udara untuk kita bernafas, cuba cari air di setiap ceruk yang ada, adakah ianya juga sudah kering kerana menjawap dan membalas degilnya kita dengan LUPA yang kita buat tu?

Jawapannya adalah TIDAK, kerana ALLAH itu bersifat dengan MAHA PENYAYANG, dan MAHA PENGASIH, DIA tidak menarik segala keperluan itu, tetapi itu juga tidak bermaksud dia redha dengan kesalahan kita, cumanya MAHA PENGAMPUN memberi kita ruang untuk kembali kepadanya.

I ♥ Black&White ! by SpexSphotography

5 comments:

Iffah Afeefah said...

ai slalu terlupa
dilupakan dan sentiasa melupakn hurrrmmm

kiera'sakura said...

itulah kita selalu terlupa tapi DIA tak pernah melupakan..

msredcheesecake said...

Kita selalu ingat benda yg tak penting. Dia yg sepatutnya kita selalu ingat, kita selalu lupa..... Bila susah, tak malu minta tolong dari Dia. Penyakit org kita...

aimie amalina said...

emmmmm
sedihhh
diri ni selalu gak tersasar
kerana "lupa"
huhuhu

fRaMe+LenSeS said...

Iffah :: nak wat camna. manusia tak penah benti wat siap. y penting berubah. ;)

Kiera :: yup.

Msred :: setuju. kita pn kadang2 tak lepas dari buat y sama. moga2 kita senantiasa sedar akan slp n bertaubat.

Aimie :: itulah kan. T.T

Buta+Pekak+Bisu=CINTA