Followers

Wednesday, 16 November 2011

Peranan Orang Ketiga

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Semalam Nadh ada tengok satu cerita kat TV. Mengisahkan dua suami isteri yang bergaduh, lepas tu isteri dia mendapatkan nasihat dari seorang makcik tu. And makcik tu la yang nasihatkan perempuan tu tinggalkan suami dia, sebab suami dia suka marah-marah, then suami dia buat kerja haram, meragut apa suma. Masa tengok tu Nadh rasa sangatlah tak setuju dengan isteri tu sebab macam jadi 'Mak Hangguk' saja dengan apa yang makcik tu katakan. Pada Nadh kan, mungkin betul, tapi setengah nasihat tu bagi Nadh macam tak berguna diberikan la, macam nasihat suruh tinggalkan suami tu.

Rentetan dari cerita tu, Nadh nak share sesuatu pagi ni mengenai "Peranan Orang Ketiga".

Dari kisah di atas, dapat kita simpulkan yang sebenarnya peranan orang ketiga ini. Yang mana mungkin dianggap macam angin berlalu sahaja, tapi pihak ketiga yang negative ini sebenarnya sangat-sangat bahaya dalam kita tak sedar. 

1. Cuba bayangkan ya, macam kes atas tadi, si isteri meninggalkan si suami di rumah. Sebab, terpengaruh dengan "nasihat" (nasihat dalam bracket) yang diberikan oleh pihak ketiga. Sedangkan suami tidak izinkan. 

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Apabila seorang isteri keluar rumah, sedangkan suami membencinya (tidak mengizinkannya), dia akan dilaknat oleh semua malaikat di langit dan semua apa yang dilaluinya (di bumi) selain daripada jin dan manusia, sehinggalah dia kembali semula (kepada rumah suaminya).” (Hadis riwayat Thabari) 

2. Keduanya. Bila pihak ketiga itu negative, dan si peminta nasihat itu sedang buntu, tak mustahil dia akan lebih buntu. Dari segi psikologinya la, orang yang minta nasihat ini, dia nak dengar pendapat, tak kiralah dari segi apa sahaja. Tapi kalau negative sahaja yang didengarnya, tak mustahil dia AKAN LEBIH NEGATIVE. Dalam menasihat ni, kita kena pandai main peranan kita, mungkin perkara itu negative, tapi tak boleh kita nak negativekan dia sahaja, Kena pandai la, sebab kita taknak dia lagi 'MORAL DOWN'.
3. Yang penting sekali adalah. Yang kita semua pun tahu, si peminta nasihat itu sebenarnya perlukan telinga untuk mendengar curahan perasaan dia tu. Jadi, tak rugi pun kalau kita, berikan untuk dia. Agak kita tak rasa yakin dengan nasihat yang bakal kita beri itu baik atau tidak, just jadilah telinga yang mendengar. Itu sudah cukup nak tenangkan dia walau sekejap.

4. Bila kita rasa dia sedang negative. Positive kan dia balik. Basuh sikit minda dia tu. Ini tak senang, tapi tak adalah susah sangat. Ayat paling mudah, bandingkan keadaan dia dengan sekeliling yang lebih menyedihkan dari dia. Pasti dia sedar YANG DIA LEBIH BERUNTUNG. ;)

Peringatan, jangan kita jadi Orang ketiga yang merosakkan. Sebab buruk padahnya. Nasihat buruk yang kita berikan dan diikuti oleh dia, kesan buruk dari sana, turut sama membawa percent ke kantung buku amal kita. Renung-renungkan.

9 comments:

Iffah Afeefah said...

Kne plih org ktge y hati baik
tak brt sblh

ps: org ktge ai da ade

JIJI YU said...

nadh..nk positifkan diri amat susah

mas saari said...

sebelum dengar pandangan orang ketiga ni lebih baik bincang dulu dengan suami kan?

selesaikan cara elok..

Anum said...

jangan jadi org yang merosakkan

fRaMe+LenSeS said...

Iffah :: ai tau la.. dia dia tu kan? kan? weeee

Jiji :: susah, sebab tu orang ketiga tu kena ada n amek peranan dia. ;)

Kak Mas :: setuju ng kak. orang yg berpengalaman. ;)

Anum :: ya betoi. ;)

QasehSuci said...

erm...betul apa yg yg nadh ckpkan tu...

kiera'sakura said...

orang ketiga...

pandangan diambil, nasihat diikuti

aimie amalina said...

huwaaaa
ketahanan mental sgt perlu bile bersembg dgn org ketiga ni kan

fRaMe+LenSeS said...

Qaseh :: ha kan? :)

Kiera :: ikt la. ikt la. :P

Mimi :: betul tu. takut kita yang spoil mereka nt. ;) hati2

Buta+Pekak+Bisu=CINTA