Followers

Friday, 11 November 2011

Kisah Si Penyusah Antarabangsa

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Tersebutlah kisah di muka bumi ALLAH yang besar ini, terdapat seorang manusia yang sangat malang. Asalnya dia dilahirkan dengan penuh kemudahan, tapi satu hari dek kerana kecelakaan yang tak diduga, dia lumpuh. Langsung tiada lagi keceriaan buatnya selepas kejadian itu.

Segalanya berubah 360 darjah. Jika dahulu, dia punya tangan, kini tiada lagi guna pada tangannya itu. Jadi dia langsung tidak boleh buat kerja menggunakannya, yang dapat hanyalah mengharap ehsan si adik bantu dia menggangkat barang, malah untuk menyuap makan pun seseorang diperlukan.

Tidak cukup dengan itu, dia juga tidak dapat berjalan. Mujurlah ada seorang jiran dihadapan rumahnya menghulurkan tangan.

Hendak ditambah buruk lagi situasi dia, dia juga buta dan kurang pendengaran disebabkan kecelakaan itu. Pun begitu, dia beruntung kerana seorang dari sahabatnya sudi tinggal untuk membawa dia ke mana dan menunjuk arah.

Satu hari, dia benar benar down, dia rasa dirinya sangat tidak berguna. Dia sangat kecewa dengan kurang upayanya diri hingga mengambil keputusan untuk membunuh diri ketika mereka sedang berjalan. Dia mengesot ke arah tebing bukit, dan bersedia untuk terjun.

Saat itu, si adik menjerit,
"wahai abang, janganlah engkau terjun."

Dibalasnya,
"sudahlah adik, biar aku pergi, aku tak sanggup lagi menggunakan kudrat tangannu untuk diriku.".

Si jran pula cuba juga untuk menghalang, lalu ditengkingnya
"pergilah kau, biar aku pergi, kau punya kaki, biarlah aku lepaskan kau agar kaki itu bergerak untuk dirimu, bukan untukku."

Tiba tiba sahabat berkata,
"wahai sahabatku, jika hari ini kau tiada mata untuk melihat, janganlah kau risau, kerana akulah matamu, jika kau runsing kerana kurang dengar, percayalah yang aku adalah telingamu, kau mungkin lumpuh tangan, tapi adikmu adalah tanganmu, dan jiran kakimu. Tidak kah kamu berasa bersalah meninggalkan kami, yang sentiasa ingin melihat tawa mu, senyuman darimu? Kami tidak pinta apa pun sebagai ganti, tapi cukuplah senyumanmu srbagai balas buat khidmat kami, sesungguhnya, kami sayangkan kamu."

Kata kata sahabat buatkan dia terlopong, dia terkejut, dan menangis, dalam tangisan yang sedu itu, dia sedar yang, sebenarnya, tiada apa yang dimaksudkan sebagai beban, cumalah rasa yang tak sepatutnya ada. Mata, telinga , kaki dan tangan cuma simbolik, tapi kewujudan sahaja sudah cukup buat ketiganya berbahagia. Mereka mungkin pinjamkan kudrat buatnya, tapi senyum dia cukup untuk mereka lupa akan erti beban . Kerana kasih sayang pegang kunci noktah buat pengorbanan itu.

Bukankah adil itu, pabila kudrat dibayar dengan kegembiraan jga kebahagiaan mereka tika melihat kita tertawa??
Published with Blogger-droid v1.7.4

5 comments:

aimie amalina said...

huwaaaaaaa
sedih pulak baca
emmm
walau kadg2 kita rasa kita mgkin ssh kan org
byk pekara yg kita boleh buat utk mnjadi pelangi diorang kan?

msredcheesecake said...

i like... nice entry... macam ditujukan utk jiran dia je.....hheee

Iffah Afeefah said...

Hurmmmmm T.T

kiera'sakura said...

semua tue pinjaman...

tak salah berkongsi pinjaman yg bersifat sementara tue =)

fRaMe+LenSeS said...

Aimie :: nadh suka pendapat aimie tu.. comei sgt.. hihihi

Msred :: ehehe. cam tahu je? weee~~

Kiera :: betul la tu. :D sementara ja kan? :D

Buta+Pekak+Bisu=CINTA