Followers

Friday, 4 November 2011

Rahsia Pakcik Yang Berjaya.

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Kemarin masa Nadh balik kan, Nadh jumpa seorang pakcik. 
Dia kata dia baru balik dari KL. Menuju ke utara ke rumah dia di Bandar Baharu, Kedah. Katanya dia dah selesaikan kerja dia di KL. Dia baru beli lori.

Nadh ni pun tanyalah, pakcik ni buat kerja transportation ka pcik? beli lorry? 

Dia jawap, "tak la, pakcik ni meniaga goreng pisang ja. "

Agak dah lama berkongsi cerita, Nadh tanyalah kat dia, berapa banyak pakcik boleh dapat sehari.
Tau apa jawapannya? Sehari dia leh dapat sehingga lima ratus ke enam ratus, malah pernah mencecah 800+.
Nadh dah dalam hati "wowwww.." hebatnya  

Kagum rasa Nadh. Dengan meniaga pisang goreng sahaja dia leh dapat wang yang banyak. Lebih dari kita yang bekerja ni. Terpengaruh seketika. 

Kemudian dia share dengan Nadh apa rahsianya untuk menjadi peniaga berjaya. 
1. Katanya Taat dengan masa. Kalau macam pakcik ni, dia meniaga setiap hari pukul 2 hingga 6 petang. Jadi dia akan pastikan dia ikut masa yang dah ditentukan ni. Waktu tutup, waktu buka kena ikut masa.

2. Katanya lagi, kena berani. Perniagaan ni adalah berkaitan dengan berani. Berani gagal. Tak cuba tak tahu. Contoh : Dia bagi tahu dekat Nadh. Ada tempat elite kat tempat Nadh ni, dia kata dia nak cuba, meniaga dalam tempat elite ni, goreng pisang dalam kedai. bagi Nadh cadangan ini menarik. Lain dari lain.

3. Kreatif. Kalau kata hari ni, kita meniaga kat satu tempat, dan bahan makan contohnya, kita buatlah sesuatu untuk bagi dia jadi istimewa. Bukan merosakkan rasa ya, tapi bagi kelainan. Contohnya pakcik tu, goreng pisang dengan kuah istimewa. Itu kelebihan dia, Creative.

4. Kita jangan kedekut ilmu dan jangan takut nak belajar. Contohi Kaum C yang berjaya dalam perniagaan. Yang mana baik dalam cara mereka itu, kita ikutlah. Tak salah nak mengikut kan?Asalkan itu perkara yang baik?

5. Strategi perniagaan. Macam tadi dia kongsikan dia meniaga tepat masa. bagi Nadh ini satu strategi sebenarnya. Customer dia dah tahu masa berniaga dia. Jadi setiap hari mereka akan tunggu masa ini untuk datang kepada dia. Dah macam fix, jadi mereka akan hanya datang pada masa-masa ini untuk mendapatkan apa yang mereka mahu dari gerai dia.

6. Kesabaran. Pakcik ni ada tanya Nadh. Kalau kita nak kira keuntungan kita mcam mana dia tanya kat Nadh. Dia bagi contoh, hari pertama 20, hari kedua 40, ketiga 70, keempat 100, kelima 120. Mana kita nak ambil? Kalau Melayu kita dia tak kira yang kurang, dia ambil yang 120. Tapi sebenarnya kita kena ikut yang tengah-tengah tu. Kesabaran tu penting. Jangan la setiap hari kita kan kira kita nak dapat banyak ja. Ada hari jatuh juga. Jangan kerana gagal tu, kita nak putus asa. 

Last pakcik tu pesan, jangan lihat saya yang hari ini. Sebab hari ini kamu lihat saya yang dapat beratus-ratus. Patutnya kamu lihat saya yang dapat 20 30 ringgit dulu tu. (waktu saya susah). 

Note :: Setuju dengan pakcik ni, sekarang da berjaya baru kita nak tengok, patut kita terinspirasi dari kegagalan yang bawa dia untuk bangkit hari ni kan? Macam itu jugalah kita dapat hidup. jatuh itu petanda kebangkitan. Bukan penamat kejayaan. Kita boleh!!

10 comments:

Rozuan Ismail said...

banyak dapat belaajr dari pak cik tu walau dia hanya jual goreng pisang.attitude dia adalah kunci kejayaan dia

Iffah Afeefah said...

Baikla jiran

dgr ckp pkcik tu

eh peramah terlebih

fRaMe+LenSeS said...

Wan :: siapa sangka kan meniaga pisang goreng can earn him that much. really ispiring kan?

Iffah :: ehehe. Nadh. macam tatau. :P

ROROI said...

Nak tepati masa tu la org kita paling susah nak buat...Lg satu kerap sangat cuti...Cuti kemerdekaan negara jiran pun depa layan~

Penyu said...

gaji gua sehari tak sampai rm200. hoho

Mat Gebu said...

Kann,....pcm pun sehari tak de gaji punnn....erkk...hehe

sergeant keroro said...

pcm tu auta xde gaji, hehe.

musim raya haji ni banyak cari resepi gulai.

p/s : tabik giler dengan pakcik ni, serius!

aimie amalina said...

waaaa
terus terinspirasi bile membace nii
ase cm segala die buat tu penuh dgn disiplin kan
emm3..

jomsantaisekejap said...

Kata org, manusia gagal merancang tp bukan merancang utk gagal. Usaha tangga kjayaan. Aoa yg pak cik kecapi adalah usaha gigih dia selama ini...

faizzzz said...

Kisah yg sgt bermanfaat

Buta+Pekak+Bisu=CINTA