Followers

Tuesday, 29 November 2011

Meluah-Luahan-Terluah-Diluah

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca. 

Meluah-Luahan-Terluah-Diluah

Banyak betul kaitan nya dengan hidup kita kan? Kekadang tu kita teringin sangat nak meluah, tapi tak mampu nak meluah, sebab ada macam-macam roadblock untuk kita meluahkan tu. Contoh terbaik, kita tak ada sesiapa untuk kita luah. Atau mungkin kita nak luah, tapi kita tak rasa patut kita luah pada orang sebab biarlah ianya menjadi rahsia kita. Akhir sekali, simpan sendiri lagi baik kan?

Luahan, apa yang kita rasa nak cerita pada orang, mungkin satu masa dalam fikiran kita terlalu banyak sangat kisah dan perkara yang membuatkan hati kita jadi celaru, fikiran berceramuk. Macam selalu kata dulu, kita ni macam belon tau, bila kita masuk je angin, tak henti-henti, lama-lama belon tu boleh pecah. Mama kata kemarin, "dia tak boleh fikir banyak-banyak, nanti dia sakit kepala, tengok semalam, dia tak boleh tidur, fikir banyak sangat la tu, "

Yang terluah dari kita, sebenarnya dah nama pun TER kan, ianya keluar secara tak sengaja. Kekadang waktu sedang bercakap-cakap dengan orang, ianya akan keluar. dalam kita tidak sedar. Tapi selalu kena jaga kata-kata yang keluar tu, tak patut plak rasa share dengan orang. 

Di luah. Perkara sebenarnya yang terbuku, langsung tidak ada filter, cerita semua, macam mana kita rasa selesa bermonolog dalam hati, macam itu jugalah kita cuba untuk keluarkan apa yang ada dalam fikran kita waktu kita bercakap-cakap dengan seseorang tu. 

Apa pun yang pasti, tidak semua orang mampu SIMPAN, tidak semua juga mampu luahkan semuanya, dan yang pasti, TIDAK SEMUA MAMPU JADI PENDENGAR SETIA, dan mampu jadi tempah luahan yang baik!! Oleh itu, mungkin ada ketikanya ianya disimpan sendiri lebih baik dari meluahkan, sebab yang dengar luahan itu juga pasti punya kisah sendiri yang disimpan sendiri sebelum dapat diluahkan. :)

5 comments:

Iffah Afeefah said...

mcm cik plau nye entry
ermm ai pon bkn pendengar y setia lg baik

Ardini Humaira said...

kadang2 lepas meluahkan rasa lega :D

kiera'sakura said...

saya meluahkan pada yg Maha Esa..

lega sbb dpt mengadu menangis depan Dia...

BeloG MTT said...

menyipan,memendam dan merendam apa yang ada dalam hati memang sesuatu yang menyakitkan.. Tapi kalau nk di luahkan pon kadang kadang rasa tak terluah dan terfikir,ada ker yg sudi mendengar dan menjadi pendengar yang terbaik? :)

Raisya Haris said...

Lebih suka simpan sendiri, tapi Maha Esa mesti tahu apa yang tersimpan di dalam hati itu.

Buta+Pekak+Bisu=CINTA