Followers

Wednesday, 2 November 2011

Yang rosak dan malu.

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Nadh dah nk tidur ni, tapi sayang plak kalau tak sampaikan sesuatu kepada readers alang-alang otak masih berjalan ni.

Tadi Nadh berbual dengan sahabat Nadh. Dia ceritakan tentang satu masa dahulu dia pernah menangkap pasangan student berkhalwat. Dia kata punyalah asyik pasangan student tu sehinggakan kawan sahabat Nadh yang duduk dekat di cermin pun mereka tidak sedar sedangkan itu dah sangat dekat tu.

Lepas ditangkap keduanya dihukum. Sahabat Nadh kata. Mereka disuruh berbogel dan rendam diri dalam air laut masa tu. Menangis nangis keduanya merayu masa itu minta dilepaskan, tapi sahabat Nadh kata kamu keluar dari air, aku akan charge kamu. Maka menangislah keduanya.
"tolonglah jangan abang, malu..."

"kamu malu dengan kami, tapi kamu buat begini kamu tak malu?"

Point pertama yang kita dpt dari kisah ini.
KITA BERASA MALU BILA BERHADAPAN DENGAN ORANG, TETAPI TIDAK PULA KITA BERASA MALU DENGAN ALLAH, TUHAN YANG MAHA MELIHAT, MAHA MENDENGAR, MAHA MENGETAHUI SEMUANYA, HINGGAKAN WALAU TERJATUH SEHELAI DAUN DI MUKA BUMI INI PUN TAK TERLEPAS PANDANG OLEHNYA.

Nota : mereka dilepaskan sbb kesian student terjejas pengajian nanti.

Sahabat Nadh kata, nasib baik la tu, ada kat satu tempat tu, lepas kena tangkap, dia ugut plak. Kalau taknak kena charge, ikut aku. Lepas tu anda faham faham la ye babak seterusnya.

"sekali dah dapat. Terlepas, nak lagi la.". Macam kata sahabat.

"kena yang dah rosak, dia ikutkan aje.". Sahabat menambah.

Nadh kata balik, yang belum rosak pun silap silap ikut. Ye lahh, nak jaga malu kan. .?

Soalnya, masa buat tak malu ya? Moga ini menjadi pengajaran buat kita. Agak dah nak sangat, pergi kawen, konpem halal!! PAHALA.


P/s: suja tengok Aril n Elysa tadi. Simple saja. (kalaulah masyarakat kita macam tu. )
Published with Blogger-droid v1.7.4

10 comments:

Gadis Pantai Timur said...

malu itu separuh drpd iman..

IBU GEBU said...

bagus ya nadh selalu sembang2 dgn kawan2 isu2 semasa & kongsi pengalaman... dengan itu kita akan belajar daripadanya & boleh pula dikongsi bersama kawan2 yg lain...

azwa amani said...

aril and elysa tu sape nadh?? ..budak zaman sekrg x kenal tuhan, sebab tu takde malu dan rasa takut..nauzubillah, mohon perlindungan daripadaNya..

mas saari said...

tulah, kalau kita tengok yang kena tangkap merogol tu, siap malu2 tutup muka lagi bila wartawan nak ambil gambar! tapi buat dosa rogol anak orang tu tak malu...

Anum said...

kisah yang menarik

Lulu Caldina said...

nadh, lulu dah tukar feed, giliran blog lain lak yer :)

BeloG MTT said...

Teladan yang bagus di share bersama supaya orang lain tak turut terjebak :')

Suka juga tengok Aril dan Elysa tadi..Cerita feberet MTT buat masa nihh :) ♥

Iffah Afeefah said...

terbaikla nadh

mmg terinsaf sebentar

oohhh teruknye ai

aimie amalina said...

hayoooo
teringat yg baru2 ni,tangkap pasangan kapel dgn menggunakan van jenazah

ha
kalo x sedo lag x taw la kan...

ciksufi said...

lorr..niat dah baik nak cegah kemungkaran tapi kenapa disuruh berbogel pulak..hmm..yg tgk tu tak malu pulak..

Buta+Pekak+Bisu=CINTA