Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.
Sedang Nadh kemas-kemas tepom Nadh semalam, Nadh terjumpa satu number. Number milik salah seorang adik yang Nadh kenal dah dekat 5 tahun. Iaitu sahabat seseorang yang pernah Nadh sayang satu masa dahulu. Nadh pun ambil tindakan untuk SMS dia. Lama juga tunggu, akhirnya berbalas.
Dia cakap dia masih ada dekat Australia. Ada lagi satu sem kot tak silap, lepas tu dia habis belajar. Dan dia akan balik sini akhir bulan 11 nanti. Nadh harap akan ada peluang untuk Nadh jumpa dia satu hari nanti. Sebab sepanjang kenal, Nadh tak pernah jumpa dia, walau banyak kali bertanya khabar. Sebab dia ni seorang yang sangat caring dan amek berat (ehh bukan sama ka? hihihi). Paling Nadh tak lupa, dia pernah menangis dek kerana cerita Nadh dahulu. Mudah betul dia tersentuh kan? semua sebab apa? mesti la sebab ambil berat kan?
Nadh sebenarnya nak kongsi mengenai adik ni. Seingat Nadh kan, dia ada satu penyakit yang mana dia akan buta bila tiba masanya nanti. Tapi Nadh begitu kagum dengan semangat yang dia ada. Dia tak putus asa, malah masih berusaha, masih lagi belajar, tak hanya duduk di satu ruang dan meratapi masa depan yang akan berlaku. Sungguh kagum dengan semangat yang ada pada dia.
Bagaimana jika kita satu hari mendapat berita seperti itu? Adakah kita masih terus gagah melangkah, atau terkedu dan seterusnya putus semangat dan tak lagi bangkit? Dia wajar dijadikan contoh !!
Note :: Nadh mendoakan kesihatan dia. Moga dia sihat-sihat aja dan sembuh. Moga ALLAH lindung dia.
8 comments:
masyaAllah besarnya dugaan dia.. semoga dia cepat sembuh dan Allah permudahkan urusan dia
bila kita tahu kita akan hilang sesuatu, kita akan mengisi masa yang ada dengan sebaik2nya...
Sungguh kuat smngt die
jirn nk cnthi die
Insya-Allah...moge Allah sentiasa melindungi adik tu =_=
dia sakit apa yg smpai boleh jd buta tu? kesiannya..
smoga kesihatan dia bertambah baiklah hendak-Nya..
Allah itu Maha Adil dan Maha Mengetahui, setiap apa yang terjadi pasti ada hikmahnya...semoga dia sehat-sehat di sana...
amin2...
Aima :: amin2. mendoakan dia.. :D
Sunah :: betul tu bos :D
Jiran :: sama2 kita mencontohi dia.
sea :: amin2.. mendoakan dia. :D
SZ :: tak sure. tapi tau la dia mmg sakit. cian kan? mga2 dia tambah baik
meaw :: amin2.. :D
Post a Comment