Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.
Seorang pemuda datang menemui Rasulullah dan berkata, "Wahai Rasul, ayah saya kini telah tiada sedangkan ibu pula sudah tua. Kalau makan, saya kena haluskan dahulu makanannya kemudian saya letakkan makanan itu ke dalam mulutnya, tak ubah seperti seorang anak kecil. Bila dia mahu tidur, saya letakkan dia didalam ayunan kain seperti bayu dan setelah itu saya menghayunkan nya sehingga dia tertidur.."
Mendengar kisah pemuda berkenaan, Rasulullah menitskan air mata seraya mengatakan, "Wahai anak muda, engkau telah mendapatkan keberhasilan yang sangat layak kerana engkau bermohon kepada ALLAH dengan hati yang bersih dan niat yang tulus dan ALLAH telah mengabulkan doamu.". Anak muda itu bertanya. "Wahai Nabi, apakah asya sudah dapat menggantikan jerih perih kepayahan ibu saya?". Rasulullah SAW bersabda, "engkau takkan pernah bisa menggantikan jerih payahnya bahkan satu rintihan diantara rintihan-rintihannya pada saat melahirkan. Didunia ini tidak ada yang bisa bekerja keras melebihi yang telah dilakukan oleh seorang ibu."
Teman yang berbahagia, Itulah sebabnya menghormati ibu adalah sebuah keharusan. Rintihan ibu ketika melahirkan diri kita, rintihan ibu di kala malam tiba dan bermunajat untuk anaknya akan selalu didengarkan oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Kejayaan seorang anak bererti munajat yang dipanjatkan ibu. Mari kita muliakan Ibu yang setiap rintihannya tak akan pernah kita sanggup untuk menggantikannya.
Note :: Dari mula saat kita melekat dalam rahim ibu, saat dia membawa kita selama 9 bulan, dan melahirkan kita, kemudian menyusukan, menjaga, dari kecil hingga kita kenal erti hidup, hingga kita mengenal apa baik, apa yang tidak, ibu tak berhenti mendoakan, tak pernah berhenti memikirkan anak-anak yang dia jaga selama ini, takkanlah nak "susah" sedikit demi mereka pn nak berkira? Sedangkan hanya dengan satu senyuman dan satu panggilan mengingati mereka itu sudah cukup untuk mereka bergembira? Renung-renungkan..
Edited by : Ust. M. Agus Syafii
4 comments:
Azam :: a'ah kan? betul. baru kita tau, susahnya depa dlu kan? :D
mendoakan agar satu hari nanti kita sabar dalam melayan keuzuran mama papa mama ayah kita... amin
=]
ibu tu perkara ajaib yang tuhan jadikan utk semua manusia kan?
subhanallah...
Kiera :: amin2. :D
Aimie :: kan? kan? hebat kan? pasai tu nabi sebut 3 kali ibu baru ayah. subhanALLAH.. :D
Post a Comment