Lambat ya hari ni Nadh update belog ni. Mungkin kerana sibuk dengan kerja + internet access buatkan tiada masa berkata-kata pada hari ni. Tapi Nadh still nak berkata-kata mengenai subjek pagi Nadh masa Nadh nak keluar kerja tadi.
Apa yang Nadh jumpa adalah. ni ha sahabat kat bawah ni :
Seronok sebenarnya tengok dia, sangat comel. Nadh tengok tadi kan, laju betul dia bergerak, sangat lincah, seperti jalan atas angin plak tengok nya. Seronok plak. Nak je mintak 'power' tu kan? ;P
Pastu terfikir, dek kerana lincah nya dia bergerak, melompat dari pokok ke pokok tu lah akhir skali orang kita buat satu peribahasa kan,
"SEPANDAI-PANDAI TUPAI MELOMPAT, AKHIRNYA JATUH KE TANAH JUA"
Fikir punya fikir punya fikir, jumpa kat bawah-bawah ni, Harap-harap dapat memberi sedikit panduan kepada kita.
Zaman, sekarang, semua nya berseronok, bergembira dengan HIBURAN, sepertinya tiada perkara lain yang lebih penting dalam hidup mereka, terlalu diberatkan, sampaikan waktu ibadat pun masa tu la nak kita berkumpul, (ini sangat banyak kita leh tengok masa konsert-konsert, Jom Heboh la paling mudah, semua berkumpul, kononnya nak dapat tempat depan, TAPI TAK INGAT PLAK YANG TEMPAT DEPAN SKALI KAT NERAKA NANTI PUN DAPAT JUGAK SEBAB NAK TUNGGU KONSERT KAN, SOLAT ENTAH DAH KE MANA?)
Masa asyik dengan concert, berlakulah pergaulan antara laki dan perempuan, (Nadh tak katakan semua) tapi amat jelas yang kita dpat tengok di sana tu, manusia lelaki dan perempuan bergaul dengan tanpa ada halangan, (well, konsert beb, takkan nak letak asing-asing kan,)
Masa ni kita dapat tengoklah yang ada terkinja-kinja tu, tersentuh sana, tersentuh sini,(nak marah camna kan, sebab dah rapat kedudukan masing-masing, SO BILA TERSENTUH TU DIKIRA KOSONG-KOSONG, OPSSS TAK SENGAJA LA DER)
Bila dah kenal macam tu, tercampur tak ketahuan, hati pun mulalah. C.H.E.N.T.A
(Yu, ai dah lama tengok yu, ai rasa, yu lah tulang rusuk ai yang kena hambek satu tu...)
(Yu, ai dah lama tengok yu, ai rasa, yu lah tulang rusuk ai yang kena hambek satu tu...)
Yang ada disebelah menyebelah pula buat tak heran,
(ehhh I'm enjoying the song la, bayaQ mahal, tak kose nak melayan depa tu aihhh)
Lama kelamaan, dari sentuh-sentuh di sana, membawa sentuhan di tempat lain. (ehh, standard bro, ai lap him la. n she lap me too la.)
Masa inilah, hero cuba menunjukkan dirinya, hebat, SUPERMAN.
(saya akan bertanggungjawap, saya jaga awk, saya PASTI AKAN PERTAHANKAN ANDA KERANA CINTANYA SAYA PADA AWAK)
Last, bila dah sedap-sedap kan, akhirnya KANTOI. Si gadis pun MEMBOYOT
(Ucuk, ai pegnen, anak pertama kita, wehuuuuuu)
Dan masa ini, terserlah plak perangai sebenar si LELAKI. Dah tu, mulalah cari jalan-jalan nak larikan diri.
(ehhh, ai buat dengan you sekali je, takkan dah Pegnen? Yu mesti ada orang lain ni, yu tipu, mesti ni bukan anak ai).
Maka, terjadilah PERANG DUNIA KETIGA.
(Ai tak kira, yu dah janji yu nak tanggungjawap, sekarang ai da BOYOT yu nak lari plak)
Akhirnya, (kalau nasib baik la), Setelah puas berPERANG, dan keluarga ambil tanggungjawap atas apa yang terjadi. keduanya akan berkahwin, HERO tanggungjawap atas perbuatan dia (dengan sikap dia tadi, konpem-konpem, TERPAKSA).
Tapi cuba fikir ya, masa nak = SERONOK, dah dapat = SEDAP, dah kantoi = LARI. Orang macam tu ada rasa TANGGUNGJAWAP KA??
Akhirnya, terbuktilah yang :
"SEPANDAI-PANDAI TUPAI MELOMPAT, AKHIRNYA JATUH KE TANAH JUA"
PERINGATAN
Dan Allah SWT berfirman yang bermaksud :
"Dan kahwinilah orang yang sendirian di antara kamu, dan orang yang layak (berkahwin) daripada hamba yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan mengkayakan mereka daripada rezeki-Nya. Dan Allah Maha Luas Pemberian-Nya dan Maha Mengetahui." (Surah al-Nur, ayat 32)
"Dan kahwinilah orang yang sendirian di antara kamu, dan orang yang layak (berkahwin) daripada hamba yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan mengkayakan mereka daripada rezeki-Nya. Dan Allah Maha Luas Pemberian-Nya dan Maha Mengetahui." (Surah al-Nur, ayat 32)
Jadi mengapa takut untuk ke arah yang lebih baik, sedang ALLAH telah sebutkan di dalam ayat seperti di atas, malah di tambah lagi oleh Rasulullah SAW juga dalam sabdanya,
"Barangsiapa yang tidak beristeri kerana takutkan kepapaan maka dia bukan dari golongan kami." (Hadis Dho'if riwayat Abu Mansur al-Dailami dari Abu Said)
Oleh itu, bersama-samalah bergerak selangkah ke hadapan, bagi menghadapi masa mendatang, JAUHILAH ZINA. TINGKATKAN USAHA, InsyALLAH beroleh mandat dan berjumpa jalan untuk REDHANYA.
Sekian. Semoga mendapat manfaat.













27 comments:
Mekasih Nadh sebab saling ingat mengingatkan :')
kelakar..tp mak ai..sapa buat boleh sentap...nice dik..tq berkongsi
insyallah...Qaseh dgr nasihat nie...tapi satu jer...chipmunk nag tupai2 tu comel lah...heheh
heeeee
waaalllaaahhh
otomennnn!dtg selamatkan keadaaan
hahhaaa
suke ah komik comei ni =p
Benda kalau dah jd BUDAYA...Mmg xkan mendapat tentangan masyarakat...Masalahnya benda2 baik diorg tanak jadikan budaya, yang x elok tu laju je diorang ikut...haishhh
jauhi zina ! anda mampu mengubahnya !
jom2 tgk update saya..ada buat album baru nie..rugi tak tengok :P
http://merentasiman.blogspot.com/2011/11/new-album-from-me_15.html
tupai pun gatai kan..hahaha...
thanks nadh....
seronok baca entry ni..pasal tupai je tp byk peringatan =)
nadh nye entry sentiase terbaik
cerita tupai yang penuh dengan mesej.. Tenx abg nadh :)
bila dah peknen mula lah nak bunuh diri , nak buang baby..mcm2 benda lg terjadi.
sweet entri nadh sekali dgn gambar tupai jadi mangsa ye.thanks sbb ingtkan kita yg sentiasa leka dgn syurga dunia
harap terkesan didalam hati pembaca sekalian.insyaAllah. thx nadh. teruskan menulis.
harap terkesan didalam hati pembaca sekalian.insyaAllah. thx nadh. teruskan menulis.
Wah...baguslah pendekatan yang nadz gunakan ni..macam kelakar tapi sebenarnya sedikit sebanyak mengingatkan kita...
biasa la manusia.
comelnya entry nie..
waa sgt kreatif...
baru betul peribahasa tu didefinisikan dlm daily life
waaa gmbr2 pun sgt hebat dan kena dengan cite.hehehehhe
kesimpulannya...jagalah diri anda...
Manusia dah semakin alpa, abg nadh. Komik tupai tue comel arh, suka adik tengok. :3
nadh....mikro suka entri ampa... :) sgt menarik.....
nadh! tu gambo tupai yang first tu amek sendiri ke? cumil!!! google je eks..ehehe
aku suka...thanks roy ats peringatan utk aku ~
gud!! thanx kerana mengingatkan.. kawan yang baik akan sentiasa mengingatkan sesuatu perkara sebelum terlambat kan?
* doakan hubungan aku dijauhi dari perkara-perkara seperti ni ye. dan aku doakan hubungan kau jugak begitu.. mudah-mudahan..amin~~
Qaisyirah :: sesama kamu. ;)
Kak Shida :: tengkiu kak sebab baca. ;)
Qaseh :: Nadh suka jugak. tambah yang 1st tu. comeii amatt.. hihi
Mimi :: maceh suka. suka jugak Mimi mai baca. ;)
Roroi :: yang tu aku setuju. baik tanak ikt. tak baik tu sanjungan..
Sherah :: ya kita mampu mengubahnya Sherah. setuju. ;)
Puteri :: ahahaha. gatai kan? kan? :P sesama tau. ;)
Munna :: suka tupai jugak ae? :)
Iffah :: maceh jiran. tadeppe la. biasa ja tu. tak hebat macam orang lain. ;)
Munet :: sesama dik.
Kak Lydia :: itulah kak kan? T.T
Wan :: sesama wan. ;) hihi. itulah cian tupai kan?
Merpatiblue :: amin2. mudah2an ALLAH tiupkan nur ke dalam hati pembaca. n terkesan membacanya.
KizA :: ;)
Kero :: arap2 depa sedaQ la. ;)
Elly :: jagalah diri anda. hihihi ;)
Raisya :: suka ae? abg suka jugak la camtu dik. ;)
Mikro :: terima kasih mikro. ;)
Sunah :: ehehe. google la boss. ehehe. kamera hp mn leh dapat clear camtu..
Sue :: sesama weyh.
Ruzz :; mudah2an. ;) amin2. aku mendoakan ang. ;)
hurm.. bila konsert tidak dibendung.itu ok lagi. dah tu tiada pengasingan tempat lelaki dan perempuan. byk la kesempatan boleh diambil.
Feza :: itulah. susah kan? seronok sgt ni
ooiihhh dpt mane gmbr comey2 nie...
adakah nama gua diseru disini?
Post a Comment