Followers

Friday, 28 January 2011

40 Hadis Akhir Zaman

Kuliah Maghrib Surau Ar-Razi - 28-Jan-2011

Dari Buku 40 Hadis Akhir Zaman.

Hadis ke 2 - mengenai kenapa Islam menjadi sasaran kemusnahan. dan mengenai ujian ALLAH yang turun sekiranya tiada orang yang mencegah kepada kemungkaran.

walaupun satu tempat tu ada orang soleh yang mencegah kemungkaran, tapi sekiranya ada banyak kejahatan, kemaksiatan, kemungkaran, maka akan berlakulah musibah atau kebinasaan. contohnya adalah tsunami yang berlaku, semua mati kan, dan bercampur antara orang-orang yang berbuat kemungkaran dan yang tidak, tapi apabila satu hari nanti, dibangunkan orang-orang ini di akhirat, maka masing-masing akan dibangkitkan mengikut amal masing-masing, sekiranya ketika mati tu tidak berbuat maksiat, akan tetapi masa mati terkena musibah dek kerana lalu dikawasan berkenaan, maka akan dilepaskan pada hari berkenaan.

sekiranya kita terlihat kepada kemungkaran, cegahlah, seperti kata Nabi Muhammad SAW :
"sesiapa yang melihat maksiat, hendaklah mencegah dengan tangan (yakni kata Ulama' adalah dengan kuasa), dan jika tidak mampu, dengan lidah (tegur dia, sekiranya tidak membahayakan, atau memudaratkan), dan dengan hati (iaitu selemah-lemah iman)."

kesimpulan dia, sapa yang redha dengan perkara maksiat, maka mereka termasuk dalam kemaksiatan itu.

Hadis ke 3 : Seluruh Dunia datang mengerumuni dunia Islam.

Dari Nabi Muhammad SAW :
"hampir tiba satu masa dimana semua bangsa seluruh dunia mengerumuni kamu sepertimana orang yang nak makan mengerumuni hidangan. "

maksud nya, orang Islam dikerumuni macam makanan yang dihidang dan orang berebut nak makan. dan dari konteks sebenar, apa yang terjadi sekarang, Umat-umat islam ditindas dan diserang, dzalimi dan dijajah oleh kuasa-kuasa luar.

kemudian para sahabat bertanya,
"Adakah kerana kami sedikit, yang mai nak serang dan jajah kami itu? "

Rasulullah menjawap :
"bahkan kamu ramai ketika itu, akan tetapi kamu tu seperti buih, seperti buih yang dibawa oleh arus"

cuba kita tengok buih, nampak bulat kan? tapi didalam nya kosong cuba kita cucuk plak dia dengan jari, automatik akan pecah kan? jika tidak dipecahkan pun, lama kelamaan dia akan pecah sendiri, tak begitu? inilah maksud Nabi Muhammad, pendirian umatnya ketika itu adalah seperti buih, iaitu hanyut seperti buih.

lihat kepada keliling kita, apa yang dah kita terpengaruh dengan "senjata-senjata" ciptaan kafir laknatullah ini, paling mudah, lihatlah Malaysian Idol, black metal, hip hop, rap, dan sebagainya, seakan semua ini datang dengan mengikut trend zaman semasanya.. inilah dia yang dikatakan oleh Rasulullah, kita hanyut dengan perkara berkenaan. kata Rasulullah lagi, dan kamu itu akan mengikur jejak langkah sejengkal demi sejengkal, selangkah demi selangkah.

menurut statistik semasa, kalau tidak silap umat Islam ketika ini berjumlah 1oB orang, tapi apa maknanya semua ini sekiranya seperti buih?? dan hasil dari kelemahan ini, kemudian ALLAH akan cabut pula rasa gerun dari hati musuh-musuh kamu, kemudian ALLAH letakkan kedalam hati penyakit Al-Wahan.

sahabat bertanya lagi.
"penyakit apakah itu wahai Rasulullah,.? "

Jawap Rasulullah :
"inilah dia penyakit Cintakan Dunia dan takut akan kematian"

pada ketika perkara ini berlaku, orang kafir sudah tidak takut lagi kepada orang Islam, sebagaimana Parsi dan Rome takutkan pemerintahan dizaman kerajaan Islam satu ketika dulu, dalam kita sedar atau tidak , sebenarnya orang kafir ini sangat takutkan kepada kebangkitan umat Islam, ini kerana ALLAH ada berjanji, akan diberikan kejayaan kepada golongan yang beriman, beramal soleh, yang berpegang teguh kepada Islam.

maka dengan itu, wajarlah kita menjauhi penyakit cinta kepada dunia yang mana adalah kepala kepada semua kerosakan, dan penyakit takut mati yang berpunca dari kerana merasakan tidak cukup amal didalam diri. yang sebenarnya, ALLAH sengaja menghiaskan kepada orang-orang kafir tentang kemanisan dan keindahan dunia ini, akan tetapi sekiranya kita "sihat" dari penyakit ini, pasti kita akan sedar akan kebesaran mengingati dan memperingati hal-hal mati itu, lebih besar dan lebih nikmat dari terlalu leka dengan keindahan dunia ini. samalah kita berdoa agar ALLAH turunkan kejayaan kepada para muslimin dan diberikan kita kejayaan didunia dan diakhirat.

"Wahai orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada ALLAH dan perhatikan apa yang kamu siapkan dalam diri kamu"

wallahualam.
semoga mendapat manfaat.

;)

2 comments:

Heidi Shafiq said...

mari kite same2 bangkit.. :)

fRaMe+LenSeS said...

ya cik heidi.. jom3.. ;)

Buta+Pekak+Bisu=CINTA