Followers

Friday, 28 January 2011

Jumaat

kembali dengan idung yang merah,berhingus plak tu..
ditambah plak dengan mata yang merah..
seingat saya tadi, jiran di sebelah saya menyedari apa yang berlaku..
masa saya berdoa tadi, tetiba rasa jiran di sebelah tu mengusap2 lengan kanan saya seperti menenangkan saya..
seriously saya tidak tahu apa yang jadi tadi..
cuma mungkin sedikit muhasabah ketika khatib sedang berkhutbah, sambil tangan menaip isi-sisi khutbah, hati tersentuh dan mula turun setitis demi setitis keinsafan didalam hati..
dan sebaik bermula takbiratul ihram, dia tak berhenti-henti sehinggalah salam dan doa, dan saya berhenti sekejap selepas "ditenangkan" untuk membersihkan kesan-kesan agar tidak dilihat orang.

ya ALLAH, rupanya kau sedang tunjukkan sesuatu kepadaku..
apa mahuku, mana arah tujuku,
pohonku, kau ampunkanlah dosa aku, dosa kedua ibu bapaku, dosa adik beradikku, dosa ahli-ahli keluargaku, kaum-kaum kerabatku, sahabat2ku dan juga dosa semua umat-umat mu.
izinkan aku mendapat petunjukmu, mana arah ku, tujuanku, mana perjalananku, apa patut aku lakukan sekarang.. benar-benar mahukan izinmu untuk arah tujuku selepas ini..

ya ALLAH, janganlah kau "hilangkan" lagi nikmat pemberianmu ini, aku sangat bergembira dengannya, kerana tiap kali selesai, hati tenang sekali, bantulah aku, berikan aku kekuatan untuk memperkasakan diri dalam menghadapai hari matiku, berikan aku kekuatan dalam proses aku membina diri, dalam menghadapi hari-hari akhirku, kau tiupkan jugalah "Nur" kedalam hati aku, kedua ibu bapaku, adik2ku, ahli2 keluargaku, sahabat2ku, agar kami sama-sama dapat benar-beanr kembali ke jalan yang kau redhai..

bantulah kami dalam memperingatimu, kau kuatkanlah hati kami kepada perkara-perkara yang disukaimu, dan mantapkan iman kami supaya kami membenci perkara-perkara yang kau benci, jauhkanlah kami dari perkara-perkara lagha yang boleh membuat kami leka dari mengingatimu.

Amin yarabbal alamin.

No comments:

Buta+Pekak+Bisu=CINTA