Followers

Monday, 3 January 2011

Semangat


hari baru semangat baru.
apa la yang aku maksudkan dengan semangat baru ni..
fikir.. fikir.. dan fikir..

meh kita korek-korek sikit sejenak dari segala segi..

Semangat dari kerja --> pas apa yang da berlaku, rasa patut ka aku bersikap terlalu optimis lagi macam dulu. kesabaran tu penting, memang benar la.. tapi kan, setakat mana yang nak bersabar tu? tu baru dia, cik Nadzirah adik aku tu camna? perghh.. malu la nanti dia lagi banyak dari aku.

Semangat dari study --> ini yang kedua, yang ini pun aku semakin down la. dulu rasa dok terlompat-lompat nak kasi setel, nak dapat degree la.. apa la. nak jadi besh studeng macam masa dip dulu la.. tapi sekarang kan, makin merudum semangat aku. macam da tanak teruskan pun ada jugak la. Mama suruh selesaikan jugak, sebab dah setengah jalan.. tapi macam mana..? kot mana nak cari semangat yek.. ? tettt~~

Semangat merencanakan masa depan --> rasa macam-macam dalam pala otak ni sebelum ni la.. tapi since keadaan yang semakin tak kena ni.. makin tak ketahuan, dah tak berani dah nak rasa atau nak rancang apa-apa. seriously aku sangat jeleshh ng adik aku la. bulan-bulan memang meletops la.. bulan lepas da bonus sebulan, bulan ni ada lagi. seyes la.. aku sedikit cemburu, tapi aku gembira bagi pihak dia. syukur sangat sebab ALLAH murahkan rezeki My Beloved Sis.

Semangat dari family --> ni nak habaQ sikit la.. aku sedikit ambik ati dengan seseorang la. priority dia, 1. kawan, 2. kawan, 3. kawan, 4. kawan, semua kawan-kawan la. agak geram la dengan apa yang terjadi. da la balik lama-lama sekali, nak spend time dengan family, semua ada, dah dok kalut dengan kawan-kawan, sakit hati ja rasa. mau ja sound.. tapi fikir-fikir balik la. lantak la.. balik pn sebab Mama ng Ayah, malas nak fikir da aihh.. besaQ da, pandai la fikir sendiri.


Ya ALLAH, baca-baca balik. suma la kat atas ni dikira semangat negative ni.. down sokmo.. camna ni..? nampak gayanya terpaksa la memulakan dari bawah semula.. persoalannya.. mampu ka? agagagagagagag.. biar masa la yang menentukan..

;)

2 comments:

kiera'sakura said...

you can do it n u already proved ckit demi ckit.. dnt give up ye...

fRaMe+LenSeS said...

Kiera :: maceh sangat.. :D

Buta+Pekak+Bisu=CINTA