Followers

Tuesday, 11 January 2011

Tazkirah :: Golongan yang diharamkan Syurga buatnya.

3 golongan yang diharamkan akan ALLAH masuk dalam Syurga, malah nak cium bau Syurga pun tidak..

>> Orang yang minum arak, dan orang yang mengekalkan minum arak.

"Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan. Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimnulkan permusuhan dan kebencian diantara kamu lantaran (meninum) khamar dan berjudi itu, dan menghalangi kamu dari mengingat ALLAH dan sembahyang; maka berhentilah kamu (dari mengerjakan pekerjaan itu)." Al-Maidah : 90-91


ini adalah kerana, arak tu adalah raja kepada kejahatan. kerana apabila mabuk, maka kita hilang kawalan kepada fikiran kita, dan hilang kawalan akan mendorong kepada perkara-perkara yang tidak baik.


>> Orang yang derhaka kepada ibu bapa
ibu bapalah yang menjaga kita dari kita kecil hingga dewasa, bayangkan betapa susahnya kita dibawa oleh ibu didalam perutnya sepanjang 9 bulan dia mengandung. dia ibarat kesusahan dalam kesusahan (apa yang dihadapai oleh ibu). ayah pula bertungkus lumus mencari rezeki, supaya anak dan isteri tidak kelaparan, supaya cukup keperluan anak dan isteri.

"Sabda Rasulullah bermaksud: Dua kejahatan yang disegerakan balasan di dunia ialah zina dan menderhaka kepada dua ibu bapa." (Hadis riwayat Tirmizi).


dan janganlah kita berbuat perkara demikian kepada ibu bapa kita. hargailah mereka sebaik mungkin, jagalah mereka sebaiknya.

>> Orang dayus yang membiarkan isterinya berbuat kejahatan zina, dan dia tahu pula yang isterinya berzina dan dia tidak kisah.
maksudnya, suami yang membenarkan isterinya buat perkara dosa tanpa menegur isterinya. barang siapa perempuan yang berbuat zina dengan suami orang, maka dia akan diazab dengan seluruh azab ahli kubur dan bagi lelaki pula, dosa si suami akan ditanggung akan ditanggung oleh dia. dan Di hari kiamat, pahala si penzina ditukar kepada si suaminya..

wallahualam.
semoga kita tidak berada didalam golongan ini.
Amin.

1 comment:

Cik Liesa said...

hik3...amin...insaf saya baca ni... :)

Buta+Pekak+Bisu=CINTA