Followers

Monday, 3 January 2011

Nota petang 03-Jan-11

Bismillairrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

First of all, nak ucapkan jutaan terima kasih atas apa yang pernah berlaku sebelum ni.Rasanya tiada kata-kata mampu diucap buat seketika waktu.Juga tiada hujah atau perkataan bisa menceritakan perasaan diterjah tetiba dipetang hari ni..Dalam erti kata lain, keterujaan yang disentap sekalip mata sahaja.

Magic sangat la.. magic yang saya wat satu hari lalu sekarang sudah hilang kuasanya..Semua aturan Yang Maha Esa, saya hanya mampu redha dengan apa yang diaturkan, yang da ditakdirkan buat saya di tengah hari ni..

Jujur saya sedikit ralat dengan perkara ini. Dengan alasan-alasan yang diberikan, saya terima, tapi saya sedikit ralat la. Sebab terlalu difikirkan masa depan tu kan. Walau sudut hati saya menerima hakikat tu, dan mengiakan kata-kata yang diberikan, iaitu tanak disia-siakan masa dia, sebab tidak mengenali saya yang hanya ada dalam dunia maya ni. Tapi saya sedikit pun tidak berasa hendak menyalahkan dia, kerana saya sendiri sedar, semua ni dibuat oleh encik abg demi untuk melindungi si adik dari lelaki-lelaki jahat yang berniat mempermainkan adik dia. Saya juga seorang abg, dan saya faham benar dengan tindakan si abg, walau dalam hati sedikit memberontak, kerana si abang belum mengenali, tapi sudah menghukum. Apa pun. Saya tidak marah kamu. Kamu di pihak yang benar.

Dalam dunia yang semakin melonjak dengan kebangkitan perkara-perkara sumbang dan menakutkan ketika ini, juga ditambah dengan penipuan-penipuan dari alam maya yang berleluasa sekarang, saya menerima alasan yang diberikan dan arahan yang dikeluarkan dari si abg kepada adik. Saya sendiri juga risaukan tentang perkara ini. Seringkali saya berpesan kepada sesiapa sahaja yang ada bersama dengan saya untuk berhati-hati dengan perkara ini kerana Lelaki sekarang sememangnya tidak boleh diharap. Saya akui sendiri, cinta yang disemai kebanyakan sekarang kebanyakan berkisar kepada nafsu dan atas sebab itulah banyak perkara sumbang berlaku.

Dan ajaibnya, sakit kepada saya pun tiba-tiba menyerang. Seperti dah dijanjikan pulak la nak tiba dipetang hari yang kurang aman ni.. apa pun. Saya tidak menyalahkan sesiapa didalam hal ini. Malah berterima kasih, dan dipanjatkan setingi-tinggi syukur kehadrat ALLAH, kerana, walaupun hanya sedikit masa yang diberikan kepada saya, tapi ianya sangat bermakna.

Pesan saya kepada kamu, berhati-hati. Berjaga-jaga. Dan sekiranya benar apa yang kamu katakan yang kamu sudah memulakan perubahan yang saya sebutkan sebelum ini, saya syukur sangat.. Alhamdulillah.. akhirnya ALLAH tiupkan “nur” dan memberikan kekuatan kepada kamu untuk ini. Saya sangat berterima kasih diatas segala tiap perkara yang berlaku selama ini. Dalam masa yang singkat ini, rasanya diri sendiri juga telah mendapat sedikit kekuatan dari masa yang singkat ini.

Yang terbaik saya doakan dalam kehidupan kamu, ingat dalam tiap perkara yang kamu lakukan itu, ALLAH sentiasa ada bersama. Dan wajiblah bagi kamu untuk mengingati-NYA. Jangan disibukkan kamu akan hal dunia itu, sedangkan akhir perjalanan kita adalah dunia akhirat yang takkan berakhir selama-lamanya. Ingat, dan sentiasa meletakkan hierarki utama dalam hidup kamu dan jangan ubah walau sebaris susunan yang dan ditetapkan oleh NYA. ALLAH, Nabi Muhammad SAW, IBU, AYAH, Adik beradik, kaum keluarga, dan kemudian barulah diikuti oleh yang lain.

Pastikan setiap babak kejatuhan atau kebangkitan kamu itu sentiasa ada DIA dalam ingatan. Perlu diambil satu pesanan dari Nabi Muhammad itu bahawa, ujian buat umat-umatnya adalah ujian kesenangan. Maka beringatlah kamu, agar jangan dek kerana kesenangan itu, kamu semakin jauh dari DIA. Dalam empat yang disayangi Nabi adalah orang muda yang sentiasa ingat kepada ALLAH. Dan orang senang yang tak pernah lupa untuk menzahirkan hartanya kepada jalan ALLAH.

Jika satu hari nanti, saya diperlukan. insyALLAH Saya sentiasa ada.

Sekian.

Assalamualaikum.


Nadh | 04:42 pm |


No comments:

Buta+Pekak+Bisu=CINTA