Followers

Tuesday, 18 January 2011

Redha ALLAH vs redha Manusia

"yang di bawah menafsir, yang disekeliling menghukum, tapi sedar tak kita yang sebenar-benarnya menilai itulah DIA yang berada di atas.."

rasa saya semua pun sedar tentang hakikat ni..
tapi kita sebenarnya lebih kuat takutnya kepada yang disekeliling, walaupun kita tau yang diatas tu adalah Yang Maha Melihat, Maha Mendengar, Maha Mengetahui.

percaya atau tidak..
masih ramai yang takut untuk berubah, tudung contohnya, seperti salah satu post di FB saya. kerana orang takut, orang di luar melihat, dan berkata-kata. itu lebih ditakuti dari menjawap balasan-balasan di Akhirat nanti. saya sendiri pernah berada dalam situasi ini, dimana seseorang bagitau saya, takut la.. "nanti ada ka lelaki yang suka kat dia.", "nanti lelaki tu nak ka kawin dengan dia.. ". masing-masing takut dengan cabaran di masa depan nanti, sedangkan itu semua tidak logik untuk dibicarakan. malah, ada ja manusia yang bersama dengan seseorang setelah dia berubah. leh lihat post ni untuk cita.

contoh kedua, kita leh lihat sndiri tentang perkahwinan. harap maklum, saya bukan menentang, sebab saya sendiri pun belum selesai lagi, cuma nya sedikit takut dengan keadaan semasa, kos yang melampaui batas dan terlalu menunjuk-nunjuk. dari kisah benar yang terjadi la..masa nak kenduri, nak itu, nak ini, bila da selesai ja.. nak bayaQ pn susah.. tu realiti kehidupan masa sekarang la.. rasa saya la, kalau ikutkan ISLAM, tade la teruk sampai macam sekarang ni..hantaran, walau hanya senaskah Al-Quran pun ok. tapi sekarang ni..yang leh saya kata adalah MENAKUTKAN..

apa pun.. saya cuma boleh berbicara dan mengulas perkara ini, lain dari tu, Doa la agar ALLAH bantu kita semua.. utamakan Redha ALLAH, bukan redha manusia ni.. nak ikut redha manusia, sampai bila-bila pun takkan selesai.. sini kata setuju, di sana, siapa tahu.. kalau tak tadak la orang kata, "rambut sama hitam,, hati lain-lain.." kan?

No comments:

Buta+Pekak+Bisu=CINTA