Followers

Friday, 21 January 2011

Tolong bersatu

Assalamualaikum..
selamat pagi dekat-dekat nak tengah hari ni..
tujuan saya menulis dan mencoret sebab nak meluah isi ati juga perasaan yang da lama berkocak dalam ati saya..

saya rasa pelik sangat.. sebab kenapa sampai sekarang masih tidak dapat mencapai persetujuan antara kita. kenapa masih lagi nak berbalah, masih nak bergaduh, bercakaran antara satu sama lain. sedangkan pihak lain bergelak sakan melihat kepincangan antara kita semua.

itu satu menda yang mengecewakan dan menyedihkan banyak pihak sebenarnya.. kerana jika kita lihat kembali, kita yang sepatutnya bersatu, kita berada di bawah satu panji, satu laluan sebenarnya iaitu ALLAH juga beragamakan ISLAM.. tapi kenapa kita yang berantakan sesama kita..? sepatutnya kita bersatu padu, memajukan, menaikkan nama ISLAM dipersada dunia, tapi kita tak henti bertuduh-tuduhan antara satu sama lain.

kita tengok balik kat lua, yang lain sebenarnya punya objektif luar jangkaan yang kita pun tidak tahu, buktinya, satu per satu perkara dipersoalkan, semuanya demi mengurangkan kuasa kita yang sepatutnya kita pegang sendiri, tapi makin lama skop kita semakin dikecilkan hanya kerana kita berbalah dan rasa "tidak mahu bergaduh" dengan mereka, dan atas alasan itu, ada sahaja la apa yang mereka lakukan disenyapkan dan didiamkan, hanya demi menjaga hubungan ini. yang sepatutnya seperti dalam Islam sendiri,( betulkan saya sekiranya saya silap), ada dua bentuk dua pengikut dalam Islam, iaitu Ahlul Zimmi dan Ahlul Harbi. Zimmi yang berasal dari kata Zimmah atau bererti atau janji adalah yang sepatutnya dilindungi , dan harbi ni sepatutnya di perangi.. (bukan ingin menaikkan sentimen ya).. tapi hanya sedikit luahan yang ingin benar melihat ISLAM ditegakkan sebaiknya dalam negara kita ini. dan kaum kerabat kita bersatu, bukan berantakan seperti sekarang.. kita bergaduh, depa bergembira, sebab makin lama makin banyak yang depa dapat..

kalau semakin kita dok ralit dengan pergaduhan yang entah apa-apa ni.. sampai bila pun kita takkan bersatu.. sama-sama di pihak lain mengambil kesempatan, dan makin lama, tiada apa lagi yang berada dalam tangan kita, semuanya terlepas ke tangan mereka. saya arap sangat, yang diatas-atas tu fikir apa kata saya sekira nya depa membaca. ni cuma sedikit buah fikiran saya, yang mengharapkan kita bersatu.

tu saja. sekian.
assalamualaikum.

No comments:

Buta+Pekak+Bisu=CINTA