Followers

Thursday, 27 October 2011

Kereta habis minyak

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Pernah x readers berhadapan dengan kenderaan yang kehabisan minyak? Nadh ada 2 experience, tapi keduanya berakhir dengan baik. Yang pertama dia habis cun-cun depan stesen minyak, dengan speed yang tinggal, moto Nadh berhenti betul-betul dekat pam minyak.

Kedua, sebelum sempat gerak.detect minyak tak ada. Dua kejadian yang bg Nadh cukup menginsafkan diri betapa ALLAH melindungi diri Nadh.

Cuba kita semua bayangkan minyak yang habis itu sebagai nyawa yang dah habis. Masa tu, tubuh longlai tidak bernyawa ibarat kereta yang tidak boleh bergerak. Waktu itu, katakanlah kereta itu berhenti di tempat yang tak baik, dalam hutan yang gelap mungkin, atau ditempat maksiat, atau tengah ruang paling membahayakan.

Baik, sekarang minyak sebagai nyawa dan kereta sebagai jasad. Kita pergi dikala belum tiba ke destinasi dan dalam keadaan tidak bersedia. Bukankah itu sesuatu yang merugikan kepada kita? Perginya bukan sebagai mukmin sejati, yang taat kepada Maha Pencipta, tapi kita pulang sebagai munafiq, atau fasiq yang terang-terang dibenci ALLAH.

Di mana kita selepas itu? Kita pun tahu.

Jadi, bersedialah dari sekarang sebab kita tak tahu bila mnyak nak habis. Terhenti di tempat baik atau tidak juga pilihan kita. Masjid ka pusat maksiat? Pilih sendiri destinasi kita di sini, dan kita juga buat pilihan untuk di sana nanti.

Yang mana satu? Tepuk dada, tanyalah Iman.
Published with Blogger-droid v1.7.4

7 comments:

Iffah Afeefah said...

Y bersedia knia sckopnye lebih baik

Asyikin said...

info dan contoh yang bagus :) terima ksih nadh

aimie amalina said...

sangat menakutkan biler pikir nyawa akan habis ibarat minyak yg habis di kwsan yg dalam
yg x de bantuan =(

JIJI YU said...

kete takpe le ada warning die..ni takder warning..tetibe je datang..

cik AngguR said...

TAK MAU PIKAQ LA TAKOT HAAAA

hadiee said...

ish3 ni kes tak tengok meter minyak la neh?? haha

suatu penyesalan bg kita jika 'minyak' abis di tempat yang tak selamat. nauzubillah.

fRaMe+LenSeS said...

Iffah :: baik sedia sekarang. :D

Asyikin :: maceh cik ckin. :D sesama. :D

Aimie :: takut kan? moga2 kita bersedia la. amin

Jiji :: betoi gak tu. keta ada lampu, kita ada juugak bro, hari2 tgk dunia macam2 jadi. ALLAH sentiasa bagi peringatan, tapi kita ja y tak sedar..

Sue :: takut? kena pikiaQ jugakkk

Hadie :: itulah. beringatlah..

Buta+Pekak+Bisu=CINTA