Followers

Thursday, 20 October 2011

Tips Menghadapi Kesedihan : Bergembiralah wahai kamu

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca. 

Nadh baru sampai rumah. Keluar buat pertama kalinya selepas dah lama tak keluar berjalan kan.
Malam ni Nadh keluar tengok satu cerita tadi. Tak apalah, nanti Nadh akan kongsikan ilmu-ilmu yang Nadh dapat dari cerita tu, moga-moga nanti kita boleh sama-sama recheck diri kita kan? 

Tadi ada seorang sahabat Nadh hantar SMS. "Ada tips untuk hilangkan rasa sedih tak?"
Nadh yang masa tu dok tengok cerita terbaca SMS tu lambat, iaitu kira-kira 1 jam 18 minit lambat dari time dia hantar SMS. Bila Nadh reply SMS tu dah terlambat, dah ada orang yang tenangkan dia. Rasa bersalah pula, tapi malam ni biarlah Nadh luahkan di sini sahaja, moga-moga jika bukan sahabat Nadh tu, tapi mungkin orang lain dapat berkongsi ilham dari Nadh tentang cara nak hilang kan kesedihan.

1. Fikirkan hal-hal yang menggembirakan.
Bila bersedih. Ubat paling kuat adalah memikirkan kegembiraan kita. Contoh malam ni Nadh nak ambil cerita tahi lalat la. Bila kita berasa sedih kerana tahi lalat, cuba fikirkan kegembiraan yang kita  dapat dengan tahi lalat kita ni. Mungkin satu ketika kita pernah ditackle seorang pakwe hemsemm sangat-sangat, atau awek se-cun Lisa Surihani datang mengurat kita sebab dia minat tahi lalat kita? Atau mungkin pernah satu ketika dulu, kita menang pertandingan tahi lalat terbanyak masa zaman sekolah dulu? Kegembiraan lalu sebenarnya bisa merawat kesedihan.

2. Buangkan kesedihan tu dengan cara fikir disebalik yang menimpa. 
Sekiranya tak berkesan, kita kena buangkan kesedihan tu, dengan cara fikir yang disebalik kesedihan tu. Contoh dia macam ni, katalah kita berasa sedih, sebab dekat muka kita ada banyak tahi lalat. Fikir la macam mana lah agaknya rupa kita kalau tak ada tahi lalat tu, mesti takkan ada yang menegur kita kan? mungkin mana kita nak tahu, jodoh kita hadir kerana minat kat tahi lalat kita tu. Banyak sebab untuk kita melawan kesedihan tu bila melawan rasa.

3. Fikirkan kelemahan itu satu kelebihan. 
Macam cara tadi kita melawan dari segi cakap, ni kita tackle plak fikiran kita sendiri. Kes tahi lalat tadi, apa kata kita pergi depan cermin, "Ya ALLAH, banyaknya tahi lalat aku, kalau kata muka orang len ada 2 3 4 bijik ja, aku tak terkira weyh, ni kurniaan ALLAH, orang len leh kita, kat aku jangan harap, kelebihan tu. MasyaALLAH..." 

4. Fikirkan yang lagi kurang dari kita. 
Kita berasa yang kita sedih, tapi kita sedarkan diri kita yang kesedihan kita itu, apalah sangat dengan orang yang lagi teruk ditimpa bencana. Contoh tahi lalat lagi ye, kita rasa kita sedih sebab kita ada banyak tahi lalat, tapi cuba fikirkan pula manusia-manusia lain yang berasa sedih kerana tidak ada tahi lalat di rupa mereka, atau kita gembira hati memikirkan yang ada lagi manusia yang dalam dunia yang terlalu susah sampaikan mereka tak ada masa nak kira tahi lalat kat muka mereka. 

5. Kita jangan duduk bersendiri. sebab bila bersendiri diri terdedah kepada kesunyian yang akan membawa kesedihan ke tahap yang lagi teruk. Carilah tempat berkongsi. Lebih baik jika dapat cari orang yang betul rasa dekat dengan kita. Si pencinta tahi lalat mungkin? 

6. Cari yang lagi lemah dari kita. Yang ini sebenarnya berkesan juga. Tahu kenapa? Bila kita rasa kita dibawah, dan kita jumpa yang lagi teruk tekanannya, pasti kita terpaksa rela menjadi kuat. Demi memujuk si dia. Akhir sekali, dalam kita asyik memikirkan orang, kita sedang merawat diri sendiri juga sebenarnya. Contohnya, si dia yang lagi banyak tahi lalat dari kita. Kita nak pujuk dia, dan semasa itu kita juga sebenarnya sedang hadapi perkara sama, akhirnya dalam memujuk dia, kita sendiri paham yang, "kita juga istimewa, kita sama-sama istimewa."

Yang sebenarnya, menghadapi kesedihan ini berkait dengan jiwa, dan jiwa yang dekat dengan ALLAH itulah jiwa yang tidak pernah berasa duka kerana bila tiap kali duka mengetuk jiwa, kita dapat rasakan yang sebenarnya ALLAH 'kirimkan' satu lagi kedukaan supaya jiwa kita dekat lagi kepadanya, supaya mulut kita tak berhenti menyebut-yebut namanya, supaya hati kita tidak berhenti berdoa kepadanya.
"Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan yang hina” (Surah Al-Mu'min : 60)

Penting sekali adalah, kita kena sedar yang kejadian, kesedihan kita adalah berkait dengan perjalanan kita juga. Mungkin kita sedang terlebih-lebih dhadapan hinggakan terlupakan yang kurang bernasib baik? Atau mungkin juga kita terkebawah sangat, sampai kurang bermotivasi, jadi dicuit sikit kita untuk bangun kembali, atau mungkin dalam kesedihan itu sebenarnya untuk mengajar kita dari bawah, bak kata orang lama, 

"Mana nak dikenal erti kegembiraan jika kita tidak pernah berasa sedih, mana datangnya bahagia bila diri belum pernah merasa derita" 

Bererti, kebahagiaan sebenar itu bukan datang dari diri yang tidak pernah jatuh, tapi yang pernah merasa peritnya akan lebih kuat mempertahankan bahagianya. 

Sekian, Semoga bermanfaat.

8 comments:

cik najihah said...

kadang2 bile bersedih ni lebih baik tenangkan diri dengan bace al quran kan..lepas pade tu jiwe mmg tenang sangat

Siti Nurazlinda said...

Imam Muda :)

Iffah Afeefah said...

Nadh...

kiera'sakura said...

hargai apa yg ada dgn kita.. usaha tuk jadi lebih baik.. yg terkebelakang jadikn pengajaran..

azwa amani said...

good sharing nadh..betul tu, kalau kita sedih, cba fikirkn ttg org yg lbh kurg drpd kita...msti kita akn rasa lbh bersyukur..

Anum said...

terima kasih untuk tips nie

IBU GEBU said...

tips yg bermanfaat untuk semua... thanks nadh!

fRaMe+LenSeS said...

Cik Najihah :: setuju. itu yang terbaek. :D

Nurazlinda :: ;) aminkan je la.

Iffah :: ye jiran. napa jiran?

Kiera :: setuju. :D

Amani :: ya ka Amani. terima kasih atas ingatan. moga-moga kita bersyukur ng apa pun yang kita dapat. sebab suma ada hikmah.

Anum :: sesama n maceh sebab sudi baca.

Kak Ita :: sesama kak, maceh juga sudi baca.

Buta+Pekak+Bisu=CINTA