Followers

Monday, 17 October 2011

Arena hiburan yang meloyakan

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca. 

Malam ni Nadh nak beri pandangan Nadh mengenai dunia kita sekarang ni. 
Entry dan pendapat dari seorang yang sangat sakit hati dengan perkembangan yang Nadh rasakan makin lama makin bertambah merepek-repek dan membingungkan sebenarnnya sebab tak ada yang ambil kesah, malah menyokong sangat la dunia merepek ciptaan mereka tu.

1. Baru aja keluar satu movie super merepek bagi Nadh yang rasanya sangat menyakitkan hati. Cerita sundal dan membuatkan kita nampak makin BODOH di mata masyarakat. Baru-baru ni, masa Nadh TERtengok TV, Nadh terdengar la komen dari seorang yang berlakon cerita merepek tu.
"ehh betul ka nampak ghairah? bagus la tu, saya memang nak orang nampak ghairah pun. " 

Reaksi Nadh, panjang beristigfar lepas mendengar nya, dalam hati tertanya plak, "wahhhh anda berasa bangga yang menunjukkan perbuatan sundal kat depan pandangan mata orang, tidak pula la anda berasa malu, yang orang melihat, dah tu, tak rasa rugi ka, lelaki yang "merasa" anda dalam filem tu walau tak tara mana, tapi sedikit sebanyak merasa jugak la menatap tubuh anda tu, menayang tak ketahuan punca tu. " .
yang mendengar plak rasa malu. 


2. Cerita baru jugak ni, muka buruk suara sedap nama dia. Satu lagi karya mengangkat dunia seni kononnya. Lepas selesai cerita akademi hancuss, mentoss, sejuta suara tak sedap lepas tu wujud plak la program ni. Hairan. tak habis-habis mengajak kepada membuka aurat yang tak berkesudahan. Rasa sedih sebenarnya bila tengok perihal yang tak habis-habis ni. Makin lama kita makin LAYU dengan dunia hiburan, menarik sangat ya bagi mereka mengejar dunia hiburan ni. 

3. Hantu sana sini. Kat dalam terowong la, harum sambal malam, Sosok la, Kerok, tak perlu la Nadh nak sebutkan semua kan, tapi makin lama makin banyak sumber-sumber ilham merepek meresap dalam masyarakat kita, kita boleh ja nak percaya kan, tapi bila dah keterlaluan, masyarakat pun bukan main takut lagi dengan hantu, yang herannya, tak solat, tak pula takut, nak peluk-peluk laki perempuan depan orang, slumber badak ja, hantu tu kuasa lagi besar dari ALLAH gamaknya kan? 

4. Meloya, Gosipsitusana, tu cerita kaitan dengan retiss plak. yang tak berkesudahan, lepas satu , satu lagi kena korek, bila retiss putus cinta, retiss kena pukul la, gaduh, malah kes cerai tu dibesar-bersarkan. Nadh yang melihat dapat tengok la, sesetengah tu sengaja diuar-uarkan dengan terlebih cerita supaya nampak sensasi, supaya ramai yang nak menengok, lepas tu yang menengok esok lusa mula la bercakap-cakap di belakang, retiss tu jahat la, retiss ni baik, itu dah ini, macam macam sangat.

Subhanalllah, Cuba kita bersama merenung arena hiburan kita akhir akhir ini? Bermanfaatkah untuk IMAN? Bergunakah untuk pembangunan sahsiah masyarakat? Last-last tau remaja rosak, siasat sana, siasat sini, akhir sekali dipersalahkan sapa?? jangan menuding jari ke sana dan ke sini, tanya diri dulu. Apa kita buat nak halang perkara ni dari berleluasa??

11 comments:

padlie said...

Itu la dunia kita pada hari ni..

Padlie jarang dah tengok tv, makin mengarut dah..

udin said...

hurmmm.. yup.. aku setuju pendapat ang nadh.. zaman la ni golongan retisss ni diagung2 sgt.. ni la petanda akhir zaman dimana akan berlakunya kiamat apabila bunyi-bunyian bermaharajalela.. tak salah nak berhibur.. tapi berpada2 la.. jgn sampai hiburan tu jadi satu gaya hidup.. mmg rosak la jawabnya.. nice entri bro.. hehe.. ;)

fRaMe+LenSeS said...

Padlie :: nadh pn jrg sgt da tgk tibi.

Udin :: jadi gaya hidup mmg rosak la bro. kan? :D

Ardini Humaira said...

betul...
syukur juga kat sini tak ada panggung wayang... tak adalah p tengok wayang cite pelik2 tu :)

Iffah Afeefah said...

Wahhh br nk g tgk filem tu

nk gk tgk hbt sgt ke

smpai nk bgge2

oli-go said...

mudah-mudahan org yang berlakon kat tv dan org yang menonton smae2 dapat kesedaran mane yg elok dan mane yang tak elok.

azwa amani said...

nadh..amani setuju sangat, sebab tu amani malas nak tgok tv dah, amani tgok movie pun movie indon yg habiburahman buat, pelakonnya tutup aurat dan ada pengisian ISlam...melayu kita ni buat filem, mcm menjual agama agama pula...sampaikan masa tgk ada satu movie tu dengan kawan non muslim kat rumah, dia cakap, pelakon ni seksi betul, islam ke?? sentap amani dengar.... sedih sgt nadh...jangan sampai Allah turunkan bala pada negara ni sudahlah..nauzubillah..

fRaMe+LenSeS said...

Ardini :: alhamdulillah. dilindungi dari menda yang tak baik. syukur..

Iffah :: takyah. bazir wet je

oli-go :: moga2 la. jauhkan la yang tak baik ni. malu la..

Amani :: terlalu banyak sgt Amani. yang hairannya kat atas2 tu, leh plak wat diam. tu heran tu. sedih a..kalau Nadh jadi macam amani mesti Nadh rasa malu. sedih.

aimie amalina said...

toink2
tulah cite owg skrg
aihhhh
x paham la mimi
nape la kan
sebb bile jiwa dah dididik dgn ini
nak lagi nak lagi
nilai agama = zero
hayooo
moga jauh la dr ni kan...

Niena Pengembara Ilahi said...

hmmmm... terfikir camne pelakon kasi anak bini makan, sedangkan berpegang2 tu haram. mendedahkan aurat juga haram.. renungkanlah

fRaMe+LenSeS said...

Aimie :: kita yang tahu ni, kena jaga terbaik la nilai2 ni. takut sebenarnya..

Niena :: hurmm.. shian depa kan?

Buta+Pekak+Bisu=CINTA