Followers

Tuesday, 11 October 2011

kisah Helang Tua dan Helang Muda

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Alkisahnya, ada terdapat sepasang helang yang tinggal diatas sebuah bukit yang dihujung. Diantara keduanya, satu adalah yang muda, dan satu lagi sedikit tua dari helang itu. Keduanya sebenarnya adalah helang sesat yang terjumpa dek kerana ketentuan yang telah ALLAH tentukan.

Si muda hidup dengan amat selesa. Hampir segalanya disediakan si tua pada si muda, malah di buat semua keperluan si muda, hampir semua tersedia, hinggalah kepada makanan, si tua akan mencari, bersusah berusaha demi makanan si muda, dan akhirnya dihidang didepan si muda, cuma menanti untuk dikunyah sahaja.

Satu hari, si tua tersilap mencari makanan, yang diberikan itu rupanya makanan yang tertukar ketika dia sedang sibuk memburu makanan lain. Apa yang diburu menjadi santapan helang lain. Tetapi ditukarkan dengan buruannya.

Kemudian seperti biasa, makanan dihidangkan kepada si muda. Si muda tanpa berfikir panjang terus menyantap apa yang telah terhidang tanpa berfikir panjang. Akhirnya, dia pengsan dan akhirnya jatuh sakit.

Apabila diperiksa, ianya nampak sama, tetapi sebenarnya lain dan berbeza sekali dari yang asal. Si tua terkejut, tapi akhirnya si dia akur, yang selama ini, terlalu banyak yang disuapkan buat si muda, hinggakan si muda menjadi keterlaluan mengada yang akhirnya menyusahkan dirinya sendiri, keterlaluan manja hinggakah yang disantap juga tidak diperiksa, konon si tua bakal memberikan yang sama seperti selalunya, terlalu manja hingga menjadi tak berguna dan keterlaluan melampau.

Akhirnya, tinggallah dia dengan sambil lewanya dan menanggung kesan atas kekurang bijaksananya dia. Dan hidup dengan kecacatan pasti kerana menanggung kesilapan atas dirinya yang langsung tidak mahu berusaha itu.

Moral dari kisah ini, keterlaluan bergantung kepada orang itu hingga diri berasa terlalu selesa itu sebenarnya satu 'disaster'. Jangan kita sambil lewa dalam hidup, kerana itu bakal menyusahkan diri dikemudian hari.

6 comments:

Miss Nadya said...

kisah ini lebih kepada mendidik anak kan??:)
nad suka..:)

new entry :: Diam Tanpa Kata ツ

Niena Pengembara Ilahi said...

menarik....

betul... jgn jadi spt si helang muda tu krana terlalu bergnttung kpd si helang tua, dan jgn juga jdi spt helang tua yg terlalu prihatin sehingga mencampakkan dirinya ke lembah kesusahan

cik pulau said...

moga kita semua dijauhkan dari terlalu bergantung pd org lain..
hai si helang tua..
hai si helang muda..
ehmm

Iffah Afeefah said...

Suke entry ni

sy br pestime dtg sni haha

aizamia3 said...

moga kita tidak berada dalam situasi kedua-duanya..

boleh bergantung tapi bukan secara total..
boleh menjadi seorang yang prihatin tapi biarlah ianya berpada-pada..

fRaMe+LenSeS said...

Miss Nadya :: a'ah memang. bukan kata anak2 saja, tapi dalam mendidik sesiapa pn. :D moga2 kita beringat aa

Niena :: setuju. keduanya pun perlu muhasabah diri dia kan?

cik Pulau :: moga2 kita tak macam tu kan? amin2.. :D

Iffah :: ngade. :P

kak Aizamia :: semuanya kena berpada2 kan kak? tak keterlaluan bergantung, tak keterlaluan prihatin, kerana keduanya merosakkan.

Buta+Pekak+Bisu=CINTA