Followers

Monday, 31 October 2011

Motivasi : Mengenai perbandingan

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Hari ni Nadh nak kongsi mengenai "Disamakan". 

Tadi ada bersembang dengan seorang sahabat Nadh, Dia ada kongsikan dengan Nadh, dia takut dia akan disamakan dengan seseorang setelah dia dapat tahu banyak info mengenai masa lepas seseorang tu. 

Kekadang tak dapat nak dinafikan, kita akan berasa rendah diri bila kita dapat tahu sesuatu yang rasa kita, kita tak mampu untuk jadi begitu. Masa tu mulalah jiwa kacau sekejap, (ambil masa nak betulkan balik ni), tak dinafikan, moral down mungkin sekejap, sampai bila otak dah centre balik, baru kita rasa kembali tenang. Tapi masih lagi dengan tanda soal dalam hati dengan perasaan berbolak balik tentang info baru yang kita dapat tu. 

Since Nadh berdepan dengan kes ni, so Nadh nak kongsikan beberapa info dengan readers, mungkin sedikit sebanyak bila readers turut berada dalam situasi yang sama, readers akan dapat encounter masalah ni. 

1. Positivekan minda. Kenapa Nadh kata macam tu, sebab bila kita positif, kita akan berfikiran lebih waras berbanding dengan hati yang macam kapal kena ombak besar ni. 
2. Fikirkan kebaikan. Bila minda dah positif, kita cuba fikirkan kebaikan kita dapat tahu mengenai info tadi. Cuba bayangkan, apa yang kita dapat dengan info tu. Bukan untuk kita rasa rendah diri sebenarnya, tapi itu adalah "gift" yang mana kita sepatutnya berasa bahagia kerana gifted dengan info tadi. Ambil yang baiknya, kita dapat belajar sesuatu yang baru dalam perhubungan.

3. Belajar untuk jadi lebih baik. Sesudah dua di atas, kita kenalah fikir dan belajar cara untuk menjadi lebih baik. Kalau dari kisah yang kita tahu tu, adalah sesuatu yang best, kenapa tidak kita fikirkan sesuatu, atau buat sesuatu melangkaui apa yang kita tahu tu.

4. Cipta sejarah baru. Kalau kita rasa si dia pernah melalui hari-hari indah dulu, kita pun kenalah buat sesuatu. Cipta sejarah baru bersamanya. Jadikan detik-detik indah tu satu yang akan sentiasa dikenang hingga bila-bila. Kalau dulu si dia pernah bersama-sama kayak dengan yang tersayang, kenapa tidak kita plak ajak dia berenang bersama, mungkin bunyinya lawak, tapi kena ingat, kita kan sedang mencipta sejarah?

5. Kita istimewa. dan kita akan jadi yang lebih istimewa. Simpan ni dalam kepala otak kita. Maka dengan itu, kita akan mendapat keyakinan dan kita akan berjaya buat sesuatu. Ingat, penghalang kejayaan itu bukan dari luar tapi faktor dalaman itu yang sebenarnya menghentikan perjalanan kita. Moral yang tinggi dan bermotivasi itu akan jadi benteng kuat menolak serangan minda kita.

Atas mungkin sedikit sebanyak melegakan. Tapi percayalah, bila kita berjaya menjadi yang istimewa, memory-memory lalu itu hanya sekadar angin yang pernah berbisik alunannya di tepi telinga kita, ianya indah dan mengasyikkan, tapi sekarang yang lebih mengasyikkan tu sedang di hadapinya. Kenangan lalu itu terindah, tapi masa depan itu lebih indah bila diri sedang menjadikan nya yang lebih baik, yang lebih baik kerana perjalanan sekarang adalah perjalanan menuju jalan redha ALLAH Yang Maha Kuasa.

Sedikit peringatan, didalam perhubungan,bukan hanya persamaan yang kita cari tapi yang kurang pada kita dan kurang pada dia dengan kelebihan diri masing-masing tu yang menyatukan dan melengkapkan 2 hati, ingat tak orang kata, cinta adalah mengenai "melengkapi" satu sama lain?

Cinta Ilahi by Bicara Hati

P/s : Untuk semua, yang bercinta usahalah ke arah perkahwinan, yang dah tawen, indahkan lagi taman-taman dunia ini untuk beroleh taman di sana kelak. Selamat Berjaya.


Versi Akak VOGUE kat SINI

17 comments:

Miss Nadya said...

terima kasih di atas nasihah nadh...Insyaallah nad akan cuba but yg terbaik..Amin...

azam said...

:) kadangkala perbandingan boleh menjatuhkan....

Sunah Sakura said...

saya...selalu rasa begini...sentiasa rasa begini...membandingkan diri dengan yang da lepas...kerana saya rasa saya tak mampu untuk jadi seperti yang da lepas...sampai bila2 pun saya akan tak mampu...kerana saya adalah diri saya...tidak mungkin untuk menjadi orang lain...

tapi saya setuju dengan nadh...ciptalah kenangan baru yang lebih indah untuknya...

pernah baca kat blog kak mas saari sebelum ni... :)

Sunah Sakura said...

nah nadh... www.massaari.com/2011/09/siapa-dia-sebelum-daku.html

fRaMe+LenSeS said...

Miss Nadya :: amin2. moga2 terlaksana hendaknya..

Azam :: betul tu. moral down..

Sunah :: terima kasih kongsi ng Nadh entry tu. Nadh da baca. terbaik perkongsian kak Mas kan.? pandangan orang yang da ada dalam situasi tu. Nadh ni mentah lagi. :D

Iffah Afeefah said...

Ermmm ai pon cmtu
rase byk sgt pk kot
baikla cube positifkn pkiran

Asyikin said...

thanks for your info :)

cycys said...

thanks abg diatas entry yg terbaik ni :)

Anum said...

nasihat yang bagus

aimie amalina said...

hurm3
betol3

semlm bace netri angah tu
tetibe rase diri ni masih sgt terlopong dgn cerita dulu

hurmm, kene pikir positif utk meneruskan khdpan dgn bakal teman hidup kan

emm3

azwa amani said...

tq nadh entry ni kene betul dengan amani skarg ni..huhu

fRaMe+LenSeS said...

Iffah :: ya. postivekan dulu fikiran tu. :D

Asyikin :: sesama. :D

Cycy :: sesama dik. moga2 dapat la sikit noh. :) suma tak sempurna, tapi kita usahalah jadi lebih baik. :D

Anum :: insyALLAHandai digunakan kat tempat yang baik .:D

Aimie :: betul tu aimie. usahalah ye. :)

Amani :: ya ka? opss. dua orang dah ni. hihihi. Ada pape, kongsi la. mgkn Nadh leh bagi buah fikiran?

bersama kak Es said...

POSITIF itu yg penting kannn.. :)

angah said...

terbaik bro..

fRaMe+LenSeS said...

Kak Es :: bukan hanya dalam hal ni. segala hal perlu dipositivekan minda tu. :D

Angah :: maceh bro. :D

syarifahsidrus said...

suka sangat!!!

cipta kenangan baru kan :)
yang pertama memang indah,tapi tak semestinya yang hadir selepas itu tak mampu menjadi yang terbaik

fRaMe+LenSeS said...

Syafirahsidrus :; Nadh setuju ng kamu. yang baru tu tak semestinya tak mampu jadi yang lebih baik kan? :D

Buta+Pekak+Bisu=CINTA