Followers

Thursday, 13 October 2011

Lelaki romantis

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Salam malam jumaat. Memandangkan malam jumaat ni org kata sinonim dengan malam memper-erat cinta, jadi mlam ni Nadh nk ceritakan n kongsikan ciri-ciri lelaki romantis.

Sesetengah berpendapat yang romantis ni lelaki yang pandai ambil hati perempuan, pandai memujuk. Ada juga yang kata lelaki bila bagi bunga tu dia seorang yang romantis.

Jadi, malam ni kita kupas sedikit ja (tatau la kot jadi banyak kan?) ciri lelaki spesis romantis ni.

1. Punctual - Dia sangat romantis bila dia sangat punctual. Nak tahu ke-punctual-an dia tu, cuba tengok bila tiba waktu seruan azan memanggil-manggil dia meramaikan saf hadapan menunaikan solat sebaik masuknya waktu. Romantisnya dia sebab 5x sehari tepat masanya dia berjumpa kekasih utamanya.

2. Taat - tiap perbuatan dia senantiasa menunjukkan kepada taat kepada ALLAH. Dia takut nak sentuh anda. Malah jika anda sedang cuba "menggoda " , secara automatiknya anda akan diberi amaran agar menghentikan perbuatan tu. Romantisnya dia sebab dia tidak melupakan amanat kekasih utama iaitu ALLAH yang melarang hambanya mendekati zina.

3. Pengingat - antara ciri penting seorang yang romantis adalah ciri dia yang suka mengingatkan kita akn pentingnya pengabdian diri kepada ALLAH, malah dia akan menegur kita tanpa segan silu sebab dia nak kita dapat yang terbaik. Andai kata dia bukan untuk anda, dia nk jadi antara yang terbaik untuk bakal anda satu hari nanti. Romantis dia kan? Sebab ingatan pada kekasih utama x pernah luput.

4. Penyayang - dia penyayang bila mengikut perintah n meninggalkan larangan. Tandanya pengasih kepada diri sendiri. Bila dia menegur itu bermana dia kasihkan kepada yang ditegur. Romantiknya dia kan? Dia tahu ALLAH sayangkan dia sebab itu dia yang sayang ALLAH nak di sana nanti bertemu kekasihnya itu, si penduduk neraka tak dapat la kelebihan tu. Ruginyaa.

5. Pemurah - dia seorang yang tidak kedekut untuk mnyeluk poket tiap kali datang pakcik atau adik- adik datang meminta sedekah atau untuk pembinaan masjid atau surau. Menandakan dia sangat kerana tidak lokek mengeluarkan harta demi membantu hamba kesayangan kekasihnya yang lain.

Terlalu banyak ciri, tapi ketahuilah yang mana hatinya dekat dengan ALLAH adalah yang sedang menjadi yang terbaik n mungkin paling romantis antara semua, kerana berkaitan dengan kekasih utama dia usaha terbaik. Tu yang paling besar, kecil-kecil macam kita ni apa ada hal?

Sepertimana yang kita ketahui,
"selangkah kita mendekati, 10 langkah dia datang kepada kita. Sejengkal kita kepadanya, sehasta dia mendekati kita"

P/s :: boleh x saya nk jadi romantis mcm ni?
Published with Blogger-droid v1.7.4

7 comments:

rara pinkmafia said...

bolehhh =)

JIJI YU said...

lelaki yg patot dijadikan pasangan adalah lelaki yg bisa mendekatkan pasangannya denga sang pencipta

msredcheesecake said...

Ada lagi ke laki camni? Cer tunjuk sorg... Harap ,asih ramai yg camni...

Iffah Afeefah said...

Bole je

Kak ipor msti.ske

CikTomyam said...

boleh ja..

nadh lelaki yg romantis pun..^^

kiera'sakura said...

boleh!!!

insyaAllah, berusaha ye sye mendoakan... =)

fRaMe+LenSeS said...

Rara :: hihi. maceh2.. amin2. :D

Jiji :: setuju.. :D tu penting. :D

msred :: amin2. arapnya ada ramai lagi spesis ni..

Iffah :: ehhe. maceh.. :D

Cik Tomyam :: terima kasih kamu. :D **blush**

Buta+Pekak+Bisu=CINTA