Followers

Thursday, 6 October 2011

Mencintai Setulus Hati

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Kehidupan bagai bahtera yang belayar di tengah lautan. Waktu terasa cepat berlalu, dilalui dengan manis, pahit, getir, penuh tawa dan derai air mata semua seolah berlarian, melangkau kebahagiaan dan penderitaan. Kisah itu begitu nyata dalam perjalanan hidup kita. Kita menyukai kelembutan mata pasangan kita, kedamaian disetiap belaiannya hingga tahun berganti tahun dan pesonanya perlahan memudar, terhakis kisaran emosi, hempasan derita, ujian, cubaan dan air mata yang membuat kerutan-kerutan diwajah orang yang kita cintai. Termangu dalam kesendirian, terhanyut dalam kelembutan sinar kedua bola matanya. 

Pada keceriaan di setiap derai tawa orang yg kita cintai. Kehadirannya membawa nuansa jingga dan ungu dikehidupan penuh warna. Kita merindukan akan ketenteraman, kasih sayang dan kebahagiaan. Justeru itu kita mudah terluka dan menderita kerana orang yang kita cintai. Kita menjadi sakit dan penuh derai air mata kerana orang yang kita kasihi. Itulah cubaan yang paling berat di dalam kehidupan, maka kita harus mempunyai sebuah kekuatan dan kesabaran yang besar agar kita boleh memaafkan.

Memaafkan hanya boleh dilakukan oleh orang yang mencintai pasangan kerana cintanya kepada Allah. Itulah sebabnya memaafkan hampir menjadi ubat mujarab bila kita sedang terluka dan menderita kerana cinta. Menyentuh hati yang paling dalam, menyejukkan dari keresahan dan kegelisahan.

Ketika kaki kita menginjak bumi, meraih jemari, rebah dalam kehangatan pelukan menyembuhkan luka. Tidaklah bererti apa-apa luka yang kita rasakan kerana bukan seberapa besar luka dan derita namun seberapa besar kekuatan dan kesabaran yang kita miliki untuk menanggung luka dan derita itu. Bila kekuatan dan kesabaran yang kita miliki kecil dan rapuh maka luka kecil pun kita sudah merasa teramat menderita. Jika kita memiliki kekuatan dan kesabaran yang besar, sebesar apapun luka dan derita itu tidak akan bererti apa-apa bagi kita, kerana Allah melimpahkan kelembutan dan kasih sayang di dalam diri kita.

Sebagaimana sabda Rasulullah : 

Ancient by SpexSphotography


Credit to : M. Agus Syafii

13 comments:

Anum said...

good sharing

azam said...

mencintaimu sedalam² hatiku......

susahnya bercinta, cinta kepada Allah saja

Sunah Sakura said...

memaafkan bukan bermakna pihak yang satu lagi itu salah, tetapi kerana kita sayangkan perhubungan itu hingga meletakkan ego kita serendah-rendahnya...

Sunah Sakura said...

eh, silap..

memaafkan bukan bermakna pihak yang satu lagi itu betul dan kita salah, tetapi kerana kita sayangkan perhubungan itu hingga meletakkan ego kita pada tingkat yang paling rendah...

kiera'sakura said...

cintai Allah kelak Dia akan mencintai kita dan seisi kesayangan kita... insyaAllah

JIJI YU said...

mencintai kerna mencari redha ALLAH

aimie amalina said...

tersentuh dihati =]

FasiHaH SupiaN said...

dalam nya apa yang tersirat disebalik cinta..

Niena Pengembara Ilahi said...

:)

PCL said...

singgah baca , tq.

IBU GEBU said...

sungguh puitis... sangat setuju dengannya!

msredcheesecake said...

Andai kata terluka, msred harap dapat hadapinya dgn tabah.... Teguhnya iman boleh membantu kita rawat luka...

fRaMe+LenSeS said...

Anum :: terima kasih. :D

azam :: setuju. kepada ALAH kita beri segalanya. :D

Sunah :: setuju. memaafkan itu mennenangkan jiwa. kita tak kalah tapi kita menang sebab kita berani nak jatuhkan ego kita. :D

kiera :: setuju.

Jiji :: alhamdulillah. :D

aimie :: alhamdulillah.. :D

Fasihah :: dalam betul ye? :P

PCL :: sesama. :D

Ibu gebu :: setuju jugak la camni. :P

Buta+Pekak+Bisu=CINTA